mereka sedang berjuang, tetapi kita ?

Di bumi ALlah, bertebaran para dai’e yang mengajak manusia agar kembali mengenal pencipta-Nya.

Di bumi yang bertuah ini, para pendakwah Islam yang ikhlas membenihi di dalam jiwa orang Islam mahupun yang bukan akan akhlaq-akhlaq yang baik. Ada di antara mereka tidak putus-putus mengajak mereka yang lupa dan alpa untuk kembali mengenal ALlah. Di ajar kembali bersyahadah, tahu tentang solat, apa itu puasa, apa itu ertinya sirah RasuluLLah.

Di waktu yang sedang berlalu ini, ada para pencinta di jalan ALlah yang menggalas di bahu-bahu mereka dengan tuntutan menuntut ilmu untuk memberi kefahaman kepada umat Islam. Ada di antara mereka yang terus membaca kitab-kitab susunan para ulamak, ada pula yang menulis tazkirah dan nasihat sebagai peringatan untuk diri mereka dan juga umat Islam umumnya. Ada pula yang menghafaz al Quran dan terus dihafaznya.

Di malam-malam yang menghening ini, masih ada lagi perindu yang merindui ALlah yang tidak betah untuk berdiri, rukuk dan sujud kepada-Nya. Lalu menadah tangan berdoa – agar umat Islam seluruhnya diselamatkan dari azab api neraka. Meminta-minta dengan penuh pengharapan sambil membiarkan air mata mengalir terus agar hidayah selalu diberikan tidak putus-putus. Semoga ALlah tetap memberikan kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat.

Di perkampungan itu, walau dengan kepayahan, masih ada pejuang-pejuang Islam yang tetap menyebarkan Islam dengan azam yang kuat, bahu membahu antara satu dengan yang lain. Tetap senyum dan ceria menyampaikan ajaran Islam. Diajar cara berdoa, membaca al fatihah,

Para pejuang tidak mengenal penat dan lelah. Kesatuan memberikan mereka kekuatan. Ilmu yang ALlah beri menjadikan mereka lebih faham pentingnya mencari kesatuan dan bukan mencari ruang-ruang perpecahan.

Para pejuang itu, menghiasi diri mereka dengan akhlaq yang baik. Tidak merendah-rendahkan antara satu dengan yang lain apatah lagi ulamak yang sudah dikenali kesolehan dan warak mereka. Semakin ilmu bertambah, terasa benar banyak lagi kejahilan. Lalu semakin takutlah ia kepada ALlah. Semakin jelas pula pakaian taqwa pada dirinya.

Di saat-saat yang semakin penting ini, teringat pula.. apa amal jariah yang sudah dibawa sebelum menyinggah di alam baqa’… ALlahu ALlah…

http://jarumemas.blogspot.com

10 Komen

  1. wuzara said,

    9 November 08 pada 11:12 am

    “sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal sholeh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar” (Al Isra’:9)

    Islam muncul pertama kali dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing sebagaimana mulanya, maka berbahagialah orang-orang yang terasing (ghuraba) tersebut. (HR Imam Muslim)

  2. ummuhanah said,

    9 November 08 pada 4:37 pm

    terima kasih wuzara….tulisan ini saya ambil dari blog anak pejuang. Saya rasa tertarik dan ingin tulisan ini dikongsi dengan pembaca yg berkunjung ke blog saya….

    saya juga pernah membaca kupasan yang panjang tentang hadis ghuraba ini dari Dr Yusuf Qaradhawi…..terima kasih anda turut membawanya ke sini .. semoga dapat dihayati…

  3. thinker said,

    9 November 08 pada 11:16 pm

    ya, mereka sedang berjuang. Moga kita juga berjuang, jgn sampai kita terlena walau sesaat, lalu dibuai mimpi2 indah yg bersifat fatamorgana…

    Salam ziarah kak, wassalam…

  4. budak kampung said,

    10 November 08 pada 12:04 pm

    iringan doa juga memadai kpd mereka w/pun niat dihati ingin turut serta..

  5. ummuhanah said,

    12 November 08 pada 2:43 am

    thinker
    anda memang seorang pejuang….

    budak kampung…
    berpesan-pesan dgn kebenaran….berpesan-pesan dengan kesabaran juga adalah perjuangan…

  6. RIRK said,

    13 November 08 pada 4:31 am

    Salah satu perkara yg menarik mengenai hadis Ghurabak ini adalah, para ulamak ketika mengupas mengenai hadis ini, mereka turut mengaitkannya dgn bbp hadis lain yg berkaitan seperti (lebih kurang ertinya);

    Akan senantiasa dari kalangan umatku sekelompok org yg senatiasa mendapat kemenangan. Tidak menghalang mereka akan tindakan pihak2 “berkuasa” yg menekan / menzalimi mereka kecuali sedikit kesulitan….namun mereka tetap konsisten……Para sahabat bertanya, di manakah mereka, lalu jawab baginda MEREKA DI BAITUL MAQDIS ATAU SEKITAR BAITUL MAQDIS…dalam riwayat yg lain…MEREKA DI SYAM ATAU DI SEKITAR SYAM.

    Hadis ini merupakan hadis soheh, riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.

    Siapakah “sekelompok umat” yg Rasulullah maksudkan ? Siapakah yg ada di Syam atau Baitul Maqdis ? Hizbut Tahrir ? Hamas ? Hizbullah ? Fatah ? Atau siapa ?

    Nabi saw tidak memberikan nama kumpulan atau kelompok secara spesifik. So, tak de siapa boleh mengada-ngada mendakwa kelompok akulah yg Nabi saw maksudkan.

    Namun begitu baginda telah menjelaskan ciri-ciri kelompok atau anggotanya secara jelas dan terperinci. Contohnya…mereka adalah org yg terasing. Terasing bermaksud berbeda dgn kebanyakan org. Contohnya ketika org mengagung-agungkan idealisme kufur spt demokrasi dan HAM dsbgnya tiba-tiba kelompok tersebut bercakap dgn idealisme yg berbeda iai tu Islam dan mengajak manusia meninggalkan “ajaran suci” demokrasi dan HAM. Hal ini persis spt keadaan mula-mula Nabi berdakwah di Mekah. Sehingga berkata org2 jahiliyyah..apa yg Muhammad sebut2 ni, tak masuk aqal…gilake….peliklah Muhammad ni ?

    Ciri yg lain seperti…kelompok ini serta anggotanya selalu ditindas hanya kerana mereka mengajak manusia kepada agama Allah.

    Ciri lain seperti…para anggotanya tetap konsisten berdakwah walaupun dizalimi dan ditindas.

    Demikianlah beberapa ciri Da’i akhir zaman yg Nabi sebut-sebut tersebut. Jadi saya rasa kita patut mencontohi ciri-ciri kelompok atau org yg dimuliakan Nabi saw di akhir zaman ini. Walaupun mungkin bukan kita yg Nabi maksudkan…namun mudah-mudahan dgn mencontohi ciri-ciri hebat org terasing tersebut kita akan diredhai Allah Swt.

    Kata ustaz Soleh, al Irsyad Chengal Lempong….berjuang utk Islam ni tak de yg mudah. Semuanya susah. Kalau kita nak berjuang dijalan Allah tetapi menimpikan yg mudah-mudah…silap. Jadi kita mohon kepada Allah supaya dibukakan jalan agar kita berjaya, walaupun terpaksa mengharungi liku-liku perjalanan yg susah.

    Teringat tulisan syed qutb ketika menafsir ayat berpesan dgn kebenaran dan berpesan dgn kesabaran. Kata beliau kenapa berpesan dgn kebenaran dikaitkan dgn kesabaran ? Sebab, katanya lagi, sudah menjadi sunnatullah, berpesan dgn kebenaran tidak mudah, jalannya penuh ranjau dan duri, jadi Allah ingatkan…..sabar !

    TQ

  7. shafifah said,

    13 November 08 pada 3:10 pm

    Pengajian Kitab Bersama al-‘Allamah al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syatiri.

    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
    Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: ad-Da’wah at-Tammah wa Tazkiratul ‘Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
    Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-‘Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  8. ummuhanah said,

    13 November 08 pada 4:40 pm

    MasyaAllah RIRK….terkedu saya membacanya. Terima kasih atas perkongsian ….perjuangan memerlukan kesabaran dan ketaatan ….. ramai yang sukar istiqamah kerana sukar mempertahankan kesabaran ….. mudah-mudah kita bisa setia bersama golongan yg memperjuangkan kebenaran

  9. Syababal Islam said,

    31 Januari 09 pada 4:26 pm

    Syabas PM Turki dalam ketegasan dalam Isu Palastin di hadapan PM Israel di Persidangan Davos. Ana teringat kisah penduduk Taif. Awalnya mereka menentang dakwah Nabi SAW sehinggakan Nabi berdarah dibaling dengan batu. Tetapi siapakah penduduk Taif pada masa kemudiannya. Siapakah umat yang membela Islam setelah kewafatan Nabi Muhammad ketika umat Islam mula mempertikaikan Islam. Itulah penduduk Taif. HIDUPKAN SEMULA JIHAD FI SABILILLAH

  10. ummuhanah said,

    31 Januari 09 pada 10:04 pm

    Saya juga ingin mengucapkan syabas pada Recep Tayyip Erdogan. Keberaniannya itu sedikit memberi hiburan kepada kita yang sedang terbakar dengan kemarahan kepada Rejim hina Israel. Sedikit penghinaan yang sempat beliau tinggalkan utk si bongkak peres tu pastinya disambut dgn rasa syukur dari muslim seluruh dunia…..saya berdoa dan ikhlas mengharapkan moga-moga ini petanda utk suatu kebangkitan yang akan melanyak dan melenyapkan negara haram Israel dan rejim zionis dari bumi Palestine. Semoga lebih ramai lagi pemimpin Islam didunia berani bangun mengecam dan mencabar Israel….

    HIDUPKAN JIHAD FI SABILILLAH


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: