keluhan seberat Himalaya…

Sekelumit perjalanan hati merempuh getirnya ujian rasa….biarkan saja ia berkelana…..ia pasti bercerita apa saja yang datang menyapa disepanjang perjalanannya.

Saya senang menyelami rasa hati sesiapa saja, termasuklah dari lawan jenis saya. Walaupun mungkin sukar kerana memiliki hormon yang berbeza, sedayanya saya cuba memahami dan menghayati perasaan mereka supaya saya boleh berlaku adil dalam menimbang sesuatu perkara . Saya pernah terdengar seorang pelajar perempuan di sekolah saya berkata….lelaki adalah spesis yang sangat kuat menanggung derita kerana mereka  punya keluhan yang seberat gunung Himalaya …. kata-kata ini diluahkannya setelah pelajar lelaki tak berhenti mengomel kerana dimintalebih bertanggung jawabmelaksanakan tugasan di kelas. Walau ada duty roster, pelajar lelaki selalu ngelat buat kerja dan banyak songelnya … ngeh3x…. lelaki memang akan panjang alasannya jika diminta lebih bertanggungjawab dalam sesuatu perkara….

nampaknya seperti biasa saya mulakan bicara dengan perkara yang ntah apa-apa…. : D

aah kesian,  bila saya bercerita tentang kenduri rumah terbuka atau jjamu make, ada yang termengaitkan ia dengan wang hantaran yang tinggi sungguh sekarang, Saya menyangka  rendang dan ketupat atau pun nasi dagang yang mungkin dihighlightkan…rupanya isu hantaran kawin pulak yang menjentik fikiran. Apa nak dikata, mungkin itulah kesedihan lelaki zaman sekarang yang tak mampu nak diselindungkan…saya tumpang merasa kasihan. Mungkin bagi lelaki, asal ada saja majlis makan-makan, maka igauan tentang wang hantaran akan kerap melintas dibayangan. saya beranggapan mungkin majlis jjamu make ni ada tempias hubungan dgn wang hantaran bagi lelaki yang teringin menokhtahkan zaman bujang. Bak kata Al-syarqawila ni blanja mahai. Lembu sekoq pun dah dua ribu setengah. la ni mana main 5ribu…la ni lapan sembilan ribu, tapi biasa org dok buat sepuluh ribu. Makanya ikut la belaka. Letak murah tak up to date ….letak mahai “nak ka tak nak ?”…. alahai  sadis sungguh getaran keluhan rasa anak muda ini. Hati saya dapat merasa getarannya….Himalaya pun turut bergetar saya rasa…..uiks !

Betol juga tu….perkahwinan sesuatu yang memang patut  dipermudahkan….tapi tergugat pulak dengan isu wang hantaran yang sekarang  macam dah jadi satu persaingan. Siapa yang paling tinggi hantarannya maka paling hangatlah dipuji orang , mungkin memberi gambaran paling laku di pasaran . Yang belanja hantaran mereka RM5000 ke bawah mungkin nampak lekeh, murah dan kurang mengancam untuk dijadikan topik perbualan terutama dikalangan tetamu perempuan…..ntah apa-apa lah orang pompuan ni. Itu yang kekadang tuan rumah sanggup berhabis dan bersakan-sakan dalam hal wang hantaran kerana takut malu dgn umpatan ompompuan nih …. orang lelaki rasanya kurang bersembang topik-topik glamer macam isu hebatnya wang hantaran…yo dok ??

Saya bersembang dengan beberapa rakan saya bertanyakan pandangan mereka tentang isu ini. Ntah dari mana dan bila istilah ini timbul tiadalah pula diketahui. Kata mereka ‘ ini orang melayu punya perangai’. Ramai mereka bersetuju bahawa sepatutnya tiada wang hantaran. Ia adat yang memalukan dan boleh menjatuhkan maruah pihak perempuan. Kata seorang rakan saya ” dalam Islam mana ada wang hantaran weh. Mas kawin je yang wajib ..itu je yang disebut pemberian wajib utk pengantin perempuan. Patut kah pihak perempuan minta duit dengan pihak lelaki sebab nak digunakan utk buat kenduri, beli baju, beli lembu, bunga telur dan macam-macam lagi. Bukankah itu urusan keluarga perempuan ?… malu la minta duit kat orang. lagi pun nampak macam meniaga anak pulak bila ada kes tawar menawar wang hantaran….haru betol

Payah juga saya nak memihak …. emosi saya agak neutral dalam hal ini. saya fikir kalau tiada kewujudan wang hantaran mungkinkah ada pihak yang tidak mampu mengadakan majlis ‘mewar-warkan perkahwinan ??  tapi kalau dibiarkan ada ‘wang hantaran’ maka akhirnya ia akan jadi satu pertandingan dan satu bebanan …maklumlah orang melayu kita memang gemar berlawan. Apa-apa saja mesti nak ‘lawan-lawan… kalau tak berlawan susah nak cari hidung sapa paling kembang..hehehe

Saya mempunyai ramai teman-teman yang berkahwin tanpa wujudnya wang hantaran. Tak banyak sangat campurtangan kaum kerabat,  maka majlis mengumumkan pernikahan mereka diatur dan diuruskan oleh rakan-rakan yang lain. Namun mereka ternyata tetap bahagia bahkan lebih tenang memulakan alam rumahtangga. Semuanya serba kekurangan tapi masih sangat mengembirakan kerana hasrat disatukan dengan sah dapat dilaksanakan. Hal ini berlaku kepada teman-teman yang berkahwin di luar negara. Mereka cuma perlu memikirkan urusan wali, mas kawin, jurunikah dan saksi. Tak perlu susah-susah pasal wang hantaran… ringkas, tangkas dan pantas … hmmm kalau cenggini lah punya mudahnya, saya rasa tawel sensei patut ambil peluang. Berkahwin di Dublin mungkin isu wang hantaran tak menjadi isu yang getir , maka rebutlah peluang keemasan ini….saya rasa ia memang satu peluang keemasan….ntah ta’taw : D

aah senang cerita ikut je ‘citarasa’ RIRK … kenduri bubur caca atau pengat pisang apa salahnya …itu pun kenduri juga . Biar pun bersalahan dengan adat tapi ia tak sedikit pun melanggar syariat. Yang penting jangan potong stim orang yang nak menikah dan mendirikan baitul muslim. Ibubapa tolonglah bantu mudahkan urusan depa. Kesian depa,  kalau depa buat maksiat, sapa yang susah ??? haa sapa susah ?…fikir-fikirkan lah….

alaaa….panjang pulak entri ni…..tapi nak sambung lagi….hehehe….ni ada beberapa luahan rasa/pandangan yang saya kutip dari sebuah laman forum….baca jer ler…

dari lynn

teringat waktu saya kawin tahun lepas…saya org perak..bayaran tok imam rm80..n hantaran saya rm7000…itu ikut permohonan ibu bapa…sebab kat perak hantaran dikatakan belanja hangus (bermaksud digunakan untuk kenduri) so mak anggarkan tetamu yg hadir dalam 1000 dan dianggarkan sekepala dalam rm7.00…so jadila hantaran rm7k…mmm..ada yang kata mahal..ada yg kata murah..saya ngan bakal husband x kisah apa org kata orang….janji kitaorg kawin..kitaorg memang kongsi duit dalam semua hal walaupun sebelum kawin..cuma mas kawin je x leh nak kongsi…so…untuk hantaran yang rm7000 tu pun kitaorg kongsi…x ingat la berapa…tapi mana2 duit yg ada dalam simpanan tu semua keluarla…beli barang, baju, kad,..semua la…semua kongsi..siapa ada duit kuar dulu…dan alhamdulillah…lepas kawin x der masalah hutang nak disattlekan sampaila ada anak sorang sekarang…

So mungkin boleh kongsi ngan kengkawan…especially yg perempuan, jgn la nak bebankan bakal suami kita…kesian kat dia…nnt kita nak kongsi hidup ngan dia…sanggup ker kita nak tengok dia termenung jeee lepas kawin mikirkan hutang n so on…

musa assamirah

buat kaum laki yg kena cas hantaran tinggi tu takkan x faham2 lagi. maksudnya hang kena reject.. bakal pak mertua tak berkenan dengan hang.

tapi jika yg mintak cas tinggi tu anak pompuan. tolonglah faham hang tak cukup ensem… menyakitkan mata. langsung xdak daya penarik. dahlah busuk. tolonglah faham.. jgn la suka paksa orang.  xsemua yg kita inginkan bleh jadi milik kita.

wartawan

Hmm….
kahwin nih…
bukan setakat kene pikir pasal hantaran, mas kahwin, kenduri je…
kene pikir pasal life selepas kahwin….
kurang2 kene sedia duit untuk 6-12 bulan berikutnya…

sebabnya,
mungkin ada yang akan menginap di tempat penginapan sendiri…
kalo yang tinggal rumah mak bapak lain cerita ler…
nak beli barang2 rumah, perabot…

pastu lak kene yang ‘advance’….
tak lama pastu menanti lak kehadiran cahaya mata…
nak kene bali baju baby ler…
macam-macam lagi ler…

aku dulu hantaran + mas kahwin rm 6,500.00
pastu mende-mende luar dari perkara tersebut…
macam g survey barang hantaran ke…
g berbincang dll…. rm 2,000.00-3,000.00

standby untuk selepas perkahwinan… rm 10,000.00
semuanya kurang-kurang bila nak kahwin…
kene standby dalam rm 10,000 – 20,000.00

perkahwinan tu bukan menyusahkan…
tetapi keperluan manusia yang kekadang
menaikkan jumlah berkenaan…
kepada lebih daripada rm 20,000.00 tu
lu pikirlah sendiri

19 Komen

  1. Tawel said,

    26 Oktober 08 pada 3:44 am

    Waduh nama saya pula yang terpampang! Hehe. Tapi orang-orang Islam yang kahwin kat tempat saya ni, memang ringkas majlisnya.

    Hari tu member saya kahwin (orang Pakistan), kenduri dia senang saja. Dia bagi beberapa ratus euro pada satu restoran yang beroperasi dalam kawasan masjid di sini, untuk kos buat ayam masak tandoori.

    Lepas tu, ayam tandoori tu diedarkan pada sesiapa yang datang singgah masjid tu. Kenal atau pun tidak, itu belakang cerita. Selagi ada tandoori, selagi itulah akan diberi.

    Jadi kalau orang tanya kenapa tetiba bagi tandoori, nanti orang kedai tu cakaplah yang si fulan ni kahwin. Haa..gitu la bagaimana orang tahu kawan saya kahwin.

    Sebenarnya ada lagi benda nak komen pasal wang hantaran ni. Tapi nantilah tulis di blog sendiri 😛

  2. ummuhanah said,

    26 Oktober 08 pada 8:39 pm

    waaah bagus jugak kenduri kawin cara ‘edar ayam tandoori’…. harap ada orang kat malaysia berani cuba ni. kalau pun tak ayam tandoori bolehlah diganti dengan ayam percik atau ayam masak merah.
    hmmm…tak lama lagi mawi nak kawin …. kalo tak silap hantarannya RM30 000 serba satu ….issskk dasyatnya !

  3. thanaif said,

    27 Oktober 08 pada 12:28 am

    Jika serba plastik dan tempelan implan juga akan berharga jutaan dan ribuan ?

  4. wuzara said,

    27 Oktober 08 pada 2:01 pm

    susah gak orang nak kahwin ye…

    tu yg ramai loan bank rakyat

  5. ummuhanah said,

    27 Oktober 08 pada 7:39 pm

    thanaif…ada lelaki yang tak kisah pasal ‘plastik atau silikon’…selagi cantik semuanya okey. Cuma belum pernah kedengaran hantaran kawin yang berharga jutaan…..

    wuzara….kawin tak susah kalau masing-masing cuba mudahkan…yang susah bila kedua pihak memang nak ‘susah’. Beruntung kalo pilih gadis kelantan, dengar cerita hantaran kat sana ‘sedang-sedang’ saja…

  6. RIRK said,

    28 Oktober 08 pada 6:33 pm

    Assalamualaikum,

    Kalaulah ada org macam Khalifah Umar……yg melarang mas kahwin mahal-mahal.

    Oppsss….ada wanita yg bantah yg katanya tiada harga siling bagi mas kahwin…dan Umar pun setuju.

    Saya cadangkan kerajaan PR anjurkan majlis kahwin ramai-ramai (bukan kahwin ramai) anjuran kerajaan…..boleh jimat.

    Bagus gak kalau ada anjuran kahwin ramai-ramai…..boleh joint sekali (lagi).

  7. ummuhanah said,

    28 Oktober 08 pada 11:04 pm

    RIRK….
    Rasulullah bersabda bahawa sebaik-baik wanita itu adalah yang rendah maharnya….maka sorotilah berapa dirham mas kawin yang diberikan oleh baginda kepada Khadijah….calculate dan tengoklah sendiri makna ‘rendah’ mas kawin yang baginda maksudkan itu ….
    Munasabah kah majlis kawin ramai-ramai ?? hiss jangan disama tarafkan berkahwin dan berkhatan….nak borong ramai-ramai sekali sedangkan keperluan mendirikan rumahtangga ni bukan fizikalnya sahaja …. sangat dalam persediaannya.
    Bayangkan lah ramai pasangan yang akan ambil kesempatan berkahwin sekalipun mereka tiada kesanggupan memikul tanggungjawab sebagai individu yang dah kawin….bahkan mungkin ada yang sekadar cuba-cuba kawin kerana majlis kawin dah disponsor …… nak susah apa, kawin je la….eh! lagi bermasalah ni saya rasa….maka saya tak SETUJU !!

    Cuma yg nak joint SEKALI LAGI tu …. rasanya kaedah ‘edar ayam tandoori’ bersesuaian sekali … padanlah tu, bakal pengantin pun bukan dok banyak seri lagi … mungkin baki sikit-sikit je lagi.. : D

  8. RIRK said,

    30 Oktober 08 pada 10:10 pm

    salam,

    Betul ke mahar kahwin rasulullah saw serendah itu ?
    Saya pernah mendengar katanya yg afdhal bagi lelaki adalah sebanyak mana yg mampu diberikan oleh lelaki kpd si perempuan. Lantaran itu juga mahar kahwin yg baginda bagi tidak kurang hebatnya. wallahualam….bagus juga kalau ada sesiapa rajin mengecek berapa mahar kahwin baginda dgn siti Khadijah. Dan…mungkin sahaja ustaz yg menerangkan tsbt tersalah faham.

    Tadi, ketika saya ingin mengakhiri coretan diari utk hari ini, saya minta seorg sahabat di rumah utk memberikan kata-kata hikmah. So, saya nak kongsikan di sini ;

    YANG PALING JAHAT BUKANLAH BINTANG, MATAHARI DAN BUKAN JUGA BULAN, TETAPI ADALAH MASA, YANG PERGI DAN TIDAK PERNAH KEMBALI

    eemmm…..

  9. ummuhanah said,

    31 Oktober 08 pada 1:01 am

    RIRK

    wahai sahabat, saya minta menyoroti rahsia mas kawin Rasulullah saw kepada Khadijah supaya dapat dikaitkan dengan hadis baginda tentang ‘rendah’ mas kawin seorang wanita. Seingat saya dolu-dolu seorang ustaz menceritakan bahawa mas kawin khadijah bernilai 500 dirham…hmmm rasanya banyak jugak tu kalau diconvertkan pada harga sekarang…maka mungkin itulah ‘rendah’ yang baginda maksud.

    Sekarang ni satu dirham = RM15…maka 500 dirham adalah bersamaan RM7500…cantiiikk

    Jadi kesimpulan saya, baginda juga mengadakan satu nilaian yang baik sebagai mas kawin kepada isteri baginda.

    saya kurang bersetuju tentang kata-kata hikmah yang diserta….maaf utk ini.
    masa bukan musuh manusia dan tidak pernah melakukan apa-apa kejahatan kerana ia telah datang membawa kesempatan….tapi manusia itulah yang jahat kerana membiarkan masa lalu begitu sahaja . Kalau bukan kerana hebatnya sumbangan masa …mana mungkin Allah telah bersumpah dengannya. Surah Al-Asyr mungkin memberi jawapan yang tepat terhadap pandangan saya…

  10. rahman said,

    31 Oktober 08 pada 10:22 pm

    assalamualaikum…….
    den sekadar nak bagi pendapat yang tak berapa nak berpendapatan ni :-p

    pertamanya RIRK ada tulis….

    YANG PALING JAHAT BUKANLAH BINTANG, MATAHARI DAN BUKAN JUGA BULAN, TETAPI ADALAH MASA, YANG PERGI DAN TIDAK PERNAH KEMBALI.

    den rasa bukan yang paling jahat….tapi YANG PALING JAUH…
    kalau tak silap den dipetik dari kata2 imam ghazali…

    yang keduanya….
    kita berbalik kepada hadith RASULULLAH SAW:

    1-Sebaik-baik wanita adalah yang
    elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya.
    2-Di antara dalil keberkatan seorang wanita adalah mudah proses perkahwinannya dan sedikit maharnya.

    den rasa,hadith ni dah jelas…..sebaik2 wanita adalah yang rendah maharnya…tapi kalau yang tinggi maharnya?
    (pikir le sendiri…hehehe)

    den teringat kata2 sorang kawan den lepas dia baca sokkabau tentang kes zina yang dah banyak jadi kat malaysia ni….
    “bila bab hantaran,mak bapak letak harga bukan main tinggi lagi…tapi ko tengok la man….anak2 diorang gadai maruah dengan harga yang amat murah sekali.akhirnya yang jadi mangsa makan sisa orang lain adalah lelaki2 yang tak tahu apa yang dah jadi kat budak2 pompuan ni”.
    den tak mampu kata apa2….
    mengangguk pun tak…menggeleng pun tak….
    tapi menjadi persoalan dalam hati….
    adakah sesuatu maksiat tu terjadi HANYA kerana kurangnya didikan agama?
    ATAU disebabkan ketidakmampuan seseorang lelaki tu menyediakan hantaran yang (kita boleh katakan) amat tinggi pada masa ini menyebabkan banyak kes2 zina yang berlaku…?

    kakcik ada katakan…..

    “Sekarang ni satu dirham = RM15…maka 500 dirham adalah bersamaan RM7500…cantiiikk
    Jadi kesimpulan saya, baginda juga mengadakan satu nilaian yang baik sebagai mas kawin kepada isteri baginda”.

    ok…pertamanya nak tanya….
    adakah kadar inflasi pada zaman RASULULLAH sama pada masa ini…?
    baik sekiranya ada yang mengatakan sama atau lebih kurang macam tu….
    yang keduanya….ummul mukminin KHADIJAH adalah wanita yang kaya sebelum berkahwin dengan RASULULLAH.tapi setelah berkahwin dengan RASULULLAH,segala harta yang ada telah diserahkan semuanya kepada RASULULLAH dijalan jihad….
    jadi kalaulah kita hendak menyamakan mahar 500 dirham yang bersamaan RM7500…..dengan hantaran yang lebih kurang sama dengan 500 dirham pada hari ini……
    SAMAKAH AKHLAK DAN KEPERIBADIAN KITA SEPERTI UMMUL MUKMININ KHADIJAH?
    sedangkan SEGELINTIR…diulangi…SEGELINTIR wanita itu hantarannya ada yang lebih tinggi dari 500 dirham tetapi betapa buruk akhlaknya seolah olah berharga 5 dirham atau mungkin lebih rendah dari itu…..
    apa yang menjadi persoalan den adalah….
    adakah keperibadian seseorang itu semahal hantarannya?
    urusan dan tanggungjawab sebagai lelaki bukan terhenti setakat menyediakan mas kawin dan hantaran….tetapi mencakupi segala hal…..tanggungjawab sebagai anak,suami,bapa,sahabat,pemimpin,jiran,masyarakat dan lain2 lagi….
    DAN TANGGUNGJAWAB SUAMI YANG PALING BESAR ADALAH SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH DIDALAM SURAH AL TAHRIM AYAT 6:
    WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN,PELIHARALAH DIRIMU DAN AHLI KELUARGAMU DARI SEKSAAN API NERAKA.

    jadi seandainya seseorang itu telah dididik oleh ibubapanya agar menjadi wanita solehah….maka ibubapa silalah letakkan hantaran yang tinggi….ianya berbaloi memiliki seorang isteri yang solehah walaupun terpaksa berhutang ataupun bergadai harta……
    namun sekiranya anak anda masih tidak diajar hatta menutup aurat dengan betul…….
    maka sia2 lah ibubapa meletakkan hantaran yang tinggi….
    hanya beroleh dosa jika sekadar untuk bermegah2 dengan nilai hantaran itu.dan bertambah lagi dosa kerana tidak mendidik anak……
    lebih teruk lagi…menjadi beban kepada menantu yang terpaksa berusaha keras….bukan hanya untuk menyediakan nafkah tetapi dalam hal pendidikan untuk isteri dan anak2….

    banyak lagi sebenarnya yang den nak sentuh pasal hantaran ni….tapi sebab den sedar ni bukan rumah den…maka den mintak maaf pada tuan empunya blog sebab bagi komen panjang2…..(mintak maaf kak cik…hehehe)
    jadi den rasa…cukuplah sampai sini….

    WALLAHUA’LAM….

  11. ummuhanah said,

    31 Oktober 08 pada 11:46 pm

    hamboiihh…ekau ni rahman bukan setakat singgah minum kopi ni…macam nak menginap terus kat blog den ni…

    kak cik bukan nak menyebelahi kaum wanita sangat….cuma kalo kita teringin nak melihat ‘mas kawin’ Rasulullah itulah ‘cerita’nya…..soal inflasi tak yah kita besarkan sangat lebih-lebih lagi nak dibuat perbandingan zaman baginda dgn zaman kita…. apatah lagi zaman kita dah tak de sapa dah pi meminang anak dara naik unta… : D

    lagi satu….kalau lah rasa sayang sangat dan tidak berbaloi nak keluarkan RM7500 atau 500 dirham sebab sukar utk mencari Khadijah di zaman ini, maka adakah pembawa 500 dirham itu juga sudah sehebat Rasulullah ??

    Payahnya…..tapi masih boleh diusahakan kot…

  12. RIRK said,

    1 November 08 pada 1:13 am

    Salam,

    Citer bab kahwin ni, dalam satu seminar oleh seorg pengamal undang-undang berkata, di banding di Kelantan, di Selangor banyak kes-kes sumbang mahram. Ada kes-kes di mana sianak sudah sampai “sayang” kepada sang ayah yg sepatutnya menjaga dgn sebaik-baiknya.

    Kenapa byk di Selangor….katanya kerana di negeri Kelantan atau di negeri-negeri yg tidak susah utk berpoligami, bagi lelakinya yg masih sihat walafiat serta berjiwa muda, mereka akan kahwin lagi utk yg kesekian kalinya.

    Tetapi di Selangor di mana tidak mudah utk berpoligami, (kerana kata org pompuan berpoligami ni jahat), mereka mencari jalan yg lain, paling mudah, anak sendiri. Maklumlah, kalau nak pergi melaram kat tempat yg pelik-pelik, apa pulak kata org. Berbeza dgn org Cina, tepuk dada tanya selera.

    Saya sangat setuju kita jadikan trend mahar atau “kos” kahwin rendah. kat pulau jawa, maharnya cuma senaskah al quran, sejadah dan pakaian solat wanita. Saya taklah kata kita tiru trend di pulau jawa, tetapi setidak-tidaknya janganlah melambung-lambung tingginya. Nanti kesian para wanita, tak kahwin-kahwin mereka. Dgn kos kahwin yg berpada-pada atau rendah tidak hanya menggalakkan ramai pemuda kahwin, tetapi juga boleh menggalakkan lelaki yg dah berkahwin utk berkahwin lagi.

    Selain boleh mengurangkan gejala tidak sihat sumbang mahram, juga membuat lebih ramai wanita muslim berkongsi kebahagiaan berumahtangga serta memiliki anak sendiri, bukan hanya anak saudara dan akan jiran sahaja.

    Cuma masalahnya dalam negara sekuler yg mengamalkan ideologi dan sistem kapitalis ini adalah kos hidupnya terlalu tinggi. Perkara yg sepatutnya menjadi tanggungjawab negara diberi kepada org tua dan NGO. Sebab tu wujudnya negara Islam sangat penting.

    Tetapi jika para wanita kita memiliki kesedaran ttg kebaikan dan kepentingan poligami, saya rasa masalah ini sedikit sebanyak boleh di atasi.

    Kepada pemilik blog, maaf jika kali ni saya cerita banyak pasal poligami. Yelah….puan kan pompuan..biasanya org pompuan benci poligami…betulkan ?

  13. ummuhanah said,

    1 November 08 pada 3:02 pm

    hmmm….makin panas…kalau tak kontrol boleh berasap blog saya ni…

    Saya ada membaca tentang kadar pelacuran dan mengandung anak luar nikah yg tinggi di Pulau Jawa…..ajaib…kalau mas kawin semurah itu kenapa masih ramai yang tak berminat nak kawin……mungkinkah isu rendah atau tingginya mas kawin bukanlah isu penggalak kpd perkahwinan ??….ntah…

    Saya adalah penyokong poligami….cuma berharap tak sampai kepada tahap pendokong poligami…hehehe….
    Ada beberapa perkara yang saya nak kongsi perihal poligami ni …elok saya jadikan entri baru nanti…tunggulah…saya kena bagi laluan pada ‘cerita’ lain yg sedang menanti….

  14. rahman said,

    1 November 08 pada 9:52 pm

    ummuhanah
    lagi satu….kalau lah rasa sayang sangat dan tidak berbaloi nak keluarkan RM7500 atau 500 dirham sebab sukar utk mencari Khadijah di zaman ini, maka adakah pembawa 500 dirham itu juga sudah sehebat Rasulullah ??
    ——————————————————————————-
    den dah agak benda ni mesti terpacul dari seseorang…hehehe….
    baiklah…..adakah yang membawa 500 dirham itu yang meletakkan harga?seperti yang den kata,kalaulah keperibadian seseorang wanita itu tidak dapat menandingi UMMUL MUKMININ,perlukah hantarannya mengalahkan UMMUL MUKMININ?
    kalaulah 500 dirham itu satu nilai yang amat tinggi untuk hantaran UMMUL MUKMININ,maka ianya adalah WAJAR…malah den akan katakan….SEPATUTNYA ADALAH LEBIH TINGGI DARI ITU…..
    sekiranya si perempuan menganggap si lelaki tidak sehebat RASULULLAH dan si lelaki pula menganggap keperibadian si perempuan itu tidak setinggi KHADIJAH….maka atas dasar kesedaran,bukankah lebih molek kalau segala urusan untuk satu2 perkahwinan/hantaran itu dipermudahkan?

    ini hanyalah sekadar pandangan peribadi….
    diakui….den hanya ciptaan,masih belum layak bergelar hamba….apatah lagi nak menandingi RASULULLAH…
    tapi apa yang den dambakan hanyalah sekadar seseorang isteri itu MENOLONG DEN UNTUK MENOLONG DIA DAN ANAK2 DARI AZAB API NERAKA….
    den tak kisah siapa bakal isteri den hatta bekas bohsia atau pelacur sekalipun asalkan dia telah bertaubat dan dalam perjalanan untuk memperbaiki diri serta mencari keredhaan ALLAH…
    insyALLAH,dengan ilmu yang tak seberapa yang den ada,den bermohon pada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan disamping den dapat memperbaiki diri den sendiri….
    sebab kata2 sorang ustaz dalam ceramahnya masih teringang ingang dalam pala den sampai sekarang….
    “setapak lagi kaki kita perlu melangkah untuk masuk ke syurga…tapi dengan tidak semena mena,datang tangan anak….datang tangan isteri….menarik kita untuk bersama-sama mereka kedalam neraka”.

    ummuhanah
    Saya ada membaca tentang kadar pelacuran dan mengandung anak luar nikah yg tinggi di Pulau Jawa…..ajaib…kalau mas kawin semurah itu kenapa masih ramai yang tak berminat nak kawin……mungkinkah isu rendah atau tingginya mas kawin bukanlah isu penggalak kpd perkahwinan ??….ntah
    ——————————————————————————-
    faktor kemiskinan mungkin….
    atau mungkin sebab tidak berbalik pada ajaran islam yang sebenar……..
    macam kat malaysia la….kang kata sekular kang…ada yang marah…..

  15. nuriman said,

    1 November 08 pada 9:56 pm

    tul ke kat indon mas kahwin diorang hanya peralatan solat je?tu pun bila tngok sinetron hehehehe…

  16. ummuhanah said,

    2 November 08 pada 12:50 pm

    waaahh…memang berasap ni….. 😀

    ye le rahman…betoi le apa yang ekau kata tu….den memahaminya dengan baik. Perkahwinan sepatutnya dapat dipermudahkan … steady & simple
    tapi satu yang ketara bila den amat-amati….bukanlah isu hantaran tinggi yang membantutkan sesebuah perkahwinan dari berlangsung… soal hantaran rasanya ‘kecil’ bila hati sudah suka….berapa saja nilainya pasti akan diusahakan dgn segala daya …..bukankah cinta itu buta, tuli dan pekak juga??
    Sebenarnya bila sebut ‘kawin’….ada halangan lain yg jauh lebih besar dari wang hantaran, sebab itu w/pun duit banyak ada yang masih dok bujang jugak ….rasa-rasanya lah
    …..hehehe tak sanggup nak panjangkan…nanti terbakau !
    apa-apa pun pendapat rahman betol dan bagus sekali 😀

    nuriman,
    kalaulah masa kita dulu depa bagi peralatan solat je sebagai maskawin….camana yer ??…tak terkata saya…. 😀

  17. permata said,

    3 November 08 pada 4:59 pm

    askm mlmh
    lama x update blog
    sibuk ngan family ke
    lps ni pening kepala nk right kertas plak
    selamat maju jaya

  18. ummuhanah said,

    4 November 08 pada 5:26 pm

    permata….mlh dah update…..pening kepala tu biasa…..sakit perut lagi biasa….manusia ni camtu ler….ujian jugak tu…

  19. RIRK said,

    4 November 08 pada 11:59 pm

    Salam,

    nuriman…saya tak tengok sinetron
    saya bukan jenis suka tengok sinetron
    dan maklumat tsbt sama sekali bukan dari sinetron
    dan juga bukan dari dengar-dengar cerita orang lain


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: