jjamu make *

Sepanjang syawal ini ramai juga yang menjadikan kenduri rumah terbuka sebagai agenda. banyak sungguh kenduri di musim raya ni. Selain dari jemputan kenduri orang nak menikah yang bersambung-sambung memenuhi syawal saya, jemputan majlis rumah terbuka juga tak kurang hebatnya. Kalau terlalu melayan kesemuanya, maknanya tak merasalah saya nak melengkapkan sambutan syawal saya dengan 6 hari berpuasa. Orang kelantan lebih sinonim dengan istilahjjamu makeatau punpanggil make‘ …membawa maksud diundang ke jamuan makan. Jjamu make ni kapasiti kendurinya lebih kecil berbanding ‘bekwoh’.

Semasa beraya di Kelantan, saya pernah ‘terjelepek‘ kerana memenuhi undangan rumah terbuka dari sanak saudara. Bayangkanlah dari pagi keluar rumah sehingga malam baru sampai ke rumah semula. Macam satu trip dari Kedah ke terengganu, kemudian ke Pahang … ngeh3x..

Bukanlah jauh sangat pun perjalanan tu, tapi jalanraya jam di mana-mana, baik dari Pasir Mas ke Tanah Merah, Pasir Mas ke Kota Bharu…fuuu banyak sunggoh kereta atas jalanraya. Samada kat jambatan Salor, jambatan Tendong dan jambatan Sultan Yahya…memang jujuk sokmo kheto. Perjalanan yang sepatutnya setengah jam jadi satu setengah jam, yang setengah hari jadi sehari. Tapi saya tengok orang Kelantan yang mastautin kat sana memang dah mangli dgn suasana ini, cuma yang pulang sekali-sekala macam saya ni yang kurang sabo mengharungi lautan kereta di jalanraya . Atas sebab inilah saya telah tinggalkan kerja saya di ibu kota dan memilih negeri yang hijau sawah padinya dan tak sesak jalanrayanya … malah ikan puyu dan ikan sepat benua kat sini enak-enak sungguh saya kira…

aarrgghh…back to the topic, tiada istilah rumah terbuka bagi saya. Rumah saya memang sentiasa ternganga utk sesiapa saja kenalan yang sudi menziarahi saya ‘ just give me a call, and I will make myself available’….biarpun koleksi kuih raya saya cuma tinggal balangnya saja, namun biskut marie dan biskut lemak empat segi masih banyak dan stok sentiasa tersedia…..datang je lerr…ngeh3x

Baru-baru ini saya ada membaca pandangan Dr Fadzilah Khamsah tentang konsep rumah terbuka di negara kita. Majlis rumah terbuka sebenarnya boleh dijadikan medan bertemu sahabat atau kenalan kita. Ia juga peluang yg baik utk bermesra dan mengeratkan silaturrahim sesama saudara dan jiran tetangga. Cuma yang agak ketara sekarang ini ialah majlis rumah terbuka seakan tergelincir dari landasan yang sepatutnya. Ada yang mengadakan rumah terbuka lebih kepada untuk menunjuk-nunjuk dan bermewah-mewah. Tuan rumah kadang-kadang terlebih menayangkan menu atau hidangan yang pelbagai nama dan rasa, yang boleh mengundang kepada pembaziran, pemborosan dan masalah juga kepada kesihatan.

Pasang niat untuk membuat majlis rumah terbuka kerana nak mengeratkan silaturrahim dan dalam suasana yang sederhana. Jangan kerana trend sekarang ramai orang buat rumah terbuka maka kita pun teringin sama. atau kita terikut-ikut mengadakan rumah terbuka kerana malu diperlekehkan oleh kawan-kawan. Lebih penting tuan rumah dan tetamu masing-masing memahami matlamat atau niat majlis rumah terbuka diadakan, kerana setiap pekerjaan baik dibina atas niat yang baik sudah pasti dipandang tuhan…maka itulah yang kita harap-harapkan..

23 Komen

  1. Tawel said,

    13 Oktober 08 pada 11:20 am

    Dah ramai dah orang mula naik segan sebab tak buat rumah terbuka. Seperti mana juga dah ramai orang naik segan kalau hantaran kahwin anak perempuannya di bawah RM 5000.

    Dah ramai juga orang naik bangga kalau dapat buat rumah terbuka dengan cara yang mewah. Seperti mana juga dah ramai mak bapak yang bangga mengenakan hantaran kahwin yang terlalu tinggi kepada si lelaki, yang mana ia sering diperhabiskan dalam majlis perkahwinan yang cukup mewah dan berkaraoke.

    Belia benci konsumerisme! :p

  2. ummuhanah said,

    14 Oktober 08 pada 6:22 am

    Tawel Sensei ….luahan rasa ini menyentuh jiwa …. is that why you have been single far too long ? hehehe..

  3. rahmanw said,

    14 Oktober 08 pada 8:56 pm

    Tawel
    Dah ramai dah orang mula naik segan sebab tak buat rumah terbuka. Seperti mana juga dah ramai orang naik segan kalau hantaran kahwin anak perempuannya di bawah RM 5000.

    Dah ramai juga orang naik bangga kalau dapat buat rumah terbuka dengan cara yang mewah. Seperti mana juga dah ramai mak bapak yang bangga mengenakan hantaran kahwin yang terlalu tinggi kepada si lelaki, yang mana ia sering diperhabiskan dalam majlis perkahwinan yang cukup mewah dan berkaraoke.

    Belia benci konsumerisme! :p

    ——————————————————————————-

    errrrrrr………no comment………
    (sebab den sokongūüôā )

  4. RIRK said,

    16 Oktober 08 pada 2:26 am

    Salam,

    Adik saya bagi tau, kat negeri ogham putih, mereka selalu berparti. Hampir setiap hujung minggu mereka berparti. Di situ mereka juga minum-minum……alkohol. Dalam istilah lain, arak.

    Saya rasa, memang fitrah manusia utk berkumpul ramai-ramai dan makan-makan.

    Samada parti, bekwoh, jjamu make, makang puluk, dinner dan segala macam istilah lagi, initipatinya sama…berkumpul, bersosial dan makan-makan.

    Dan Islam tidak menafikan fitrah ini. Islam cuma menyalurkannya dgn cara yg benar. Islam menetapkan bagaimana kita bergaul antara lelaki dan perempuan serta apakah makanan yg boleh dimakan dan minum. Islam juga menggariskan adab-adab dan akhlaq dalam majlis sosial seperti itu. Umpat-mengumpat….dilarang. Kalau dijemput…jangan tak datang. Begitulah jelita & comelnya Islam.

    Demokrasi oh demokrasi
    kau seperti metanol
    sesiapa yg meneguknya
    kan jadi buta

    RIRK
    rindu islam…..rindu khilafah

  5. ummuhanah said,

    16 Oktober 08 pada 4:57 pm

    RIRK…
    saya bersetuju dgn semua pendapat anda …itulah…Islam memang sangat jelita dan sangat comel…
    kalau saya buat majlis atau kenduri, saya jemput kesemuanya….ahli parti demokrasi dan ahli parti khalifah ….ngeh3x

  6. RIRK said,

    16 Oktober 08 pada 7:49 pm

    Rahmanw,

    Saya Tak tahu pulak sekarang org segan kalau hantaran bawah RM5000. Kalau cam tu……berita kureng baik niii….

  7. ummuhanah said,

    16 Oktober 08 pada 8:13 pm

    kan harga barang naik …. agaknya bagi impak jugak le pada hantaran kawin …. issskk saya ada anak pompuan nih !!

    sedikit cerita ttg seorang saudara saya ….bila anak pompuan yang nak kawin, letak hantaran sampai RM8000, tapi bila anak lelaki dia yang nak kawin, siap pesan pada anaknya itu ” kalau lebih dari sebelah tangan (RM5000), maka mak tak nak ‘masuk’…. kita tak padan ngan depa… “

  8. RIRK said,

    17 Oktober 08 pada 6:36 am

    Emmm..tulah manusia.
    Org lain…biar mahal-mahal
    Tapi diri sendiri tahu pulak nak murah

    Bukan apa…..memang itu hak perempuan nak letak berapa pun,
    Islam pun taklah larang,
    Tapi Islam bagi panduan,
    Tapi kalau terpaksa pinjam secara riba’..tu dah kira haram,

    Yg kita mahu bagaimana dua mempelai dapat kahwin
    agar lengkap agama mereka
    agar Allah meredhai mereka

    tapi tak dpt dinafikan juga
    sekarang harga mahal
    ……..siapa suruh hidup dalam sistem kapitalis ?

    mungkin solutionnya adalah kita patut buat secara sederhana sahaja KENDURI
    Bekwoh kecil-kecilan ke…..yg disebut sekadar jjamu make

    So…hantarannya tak yahlah mahal-mahal
    Apalagi kalau sang mempelai lelaki dah ada bbp anak
    ….lagi kesian kalau hantarannya mahal-mahal

  9. ummuhanah said,

    17 Oktober 08 pada 9:50 am

    kalo harga barang mahal mesti kaitkan dgn jahatnya kapitalis …. rasional le tu…
    ….errr ada pilihan ke kita ???…..

    semua kerja paling baik jika bersederhana ….. kalo sekadar jjamu make pun apa salahnya…lagilah kalau mempelai dah ada anak ….. bubur caca jamu orang mesjid pun okey saya kira …..

  10. RIRK said,

    17 Oktober 08 pada 2:20 pm

    SATU

    Yelah….faktanya kita sekarang bukan hidup dalam sistem Islam, tapi sistem bukan sistem Islam…….
    Sistem apa…..kan sistem ekonomi kapitalis !

    Jadi…setiap ada kesempatan kutuk sistem kufur…apa salahnya kita kutuk,

    Lagipun org Melayu ni sekali cakap bukannya nak faham,
    Beratus kali..baru nak fikir,
    Beribu kali…..baru nak faham,
    Lama-lama bila dah banyak faham….baru le terfikir nak berubah……tu pun masih pikir-pikir,

    Tapi rasanya bukan org Melayu je kot,
    Org jahiliyyah zaman Nabi lebih kureng je,

    Berapa banyak Allah kutuk kepercayaan dan cara hidup org jahiliyyah,
    Namun sebahagian besarnya umpama kepala batu,
    Tak cukup dgn mengejek Nabi, menyiksa sahabat….mereka cuba membunuh Nabi,

    Tapi Nabi sabar….sabar…..sabar dan sabar,
    Berdakwah tanpa mengenal erti takut, penat dan lelah,
    Sehinggalah datang pertolongan Allah,

    Bila Islam dah kuat….baru mereka bukak mata,

    DUA

    Tak kire le bubur caca ke, bubur lambuk ke, bubur kacang ke……yg penting sang mempelai dan anak-anaknya itu bahagia dunia akhirat ,

    Nabi pun suka kerana umatnya bertambah-tambah ramai !

  11. ummuhanah said,

    17 Oktober 08 pada 8:19 pm

    uiks…melawan nampak ?…ngeh3x…

    nasib baik saya bukan melayu asli ….. campur siam skit-skit….kalo tidak tentu malu jugak dituduh ‘payah paham…dan nak kena peringat berkali-kali’….dah tu melayu dilebih “kureng samakan” dgn arab jahiliah pulak…huii kejamnya…

    maka perkuatkanlah islam…supaya ramai yang buka mata….dan saya nak menumpang luaskan mata sama….

    lagi satu kalo kenduri bubur caca …. jangan lupa jemput saya sama, saya suka kenduri orang tua-tua tambah ahli keluarga…hahahaha

  12. rahmanw said,

    19 Oktober 08 pada 8:38 pm

    RIRK
    Rahmanw,

    Saya Tak tahu pulak sekarang org segan kalau hantaran bawah RM5000. Kalau cam tu……berita kureng baik niii….
    —————————————————————————
    kat melaka ni den blom pernah lagi dengar hantaran bawah 5 ribu….jadi 5 ribu tu adalah hantaran yang paling rendah kat sini…
    maknanya….betul la macam yang ko kata,makpak dah mula segan kalau hantaran anak bawah 5 K.
    insyallah,sepupu saya bertunang 9hb 11…..
    den tanyakan mak sedara den hantaran untuk pompuan tu….
    macam yang dikata……rm5000 adalah yang terendah….

    tapi tulah kesilapan segelintir orang melayu ni….
    bila kita buat kenduri kecil-kecilan…mesti ada yang mengumpat…
    ataupun bila kita tak adakan bersanding,pasti ada sedara mara yang membantah…..

    tapi mintak maaf awal2…
    den tak setuju kalau dikatakan hantaran tinggi disebabkan kenaikan harga barang….
    kalaulah islam menganjurkan kesederhanaan….perlu ke malam berinai?perlu ke bersanding?perlu ke mengupah dj?perlu ke mengupah jurugambar?
    untuk 4 perkara ini sahaja,den rasa rm 1500-2500 lebur macam tu je….

  13. ummuhanah said,

    20 Oktober 08 pada 12:44 pm

    weh rahman….marah nampak…..
    nanti kawin tak yah buat bekwoh…buat jjamu make je….pengat pisang !!

    tapi rasanya betol la pandangan Rahman ni….kak cik sokong ! perkara2 sampingan yang tak berapa penting tapi memakan kos perlu ditolak dalam satu majlis perkahwinan…usahakan untk bersederhana dan menjaga syariaat.

  14. rahmanw said,

    21 Oktober 08 pada 12:51 am

    ummuhanah
    weh rahman….marah nampak…..
    nanti kawin tak yah buat bekwoh…buat jjamu make je….pengat pisang !!

    tapi rasanya betol la pandangan Rahman ni….kak cik sokong ! perkara2 sampingan yang tak berapa penting tapi memakan kos perlu ditolak dalam satu majlis perkahwinan…usahakan untk bersederhana dan menjaga syariaat.
    ——————————————————————————–
    dok maroh aih……..
    cuma bagi pendapat je…..
    bukan apa kak cik……tentang hantaran ni rasanya den dah banyak sentuh kat shukur…..kalau den bagitau kat sini pun tetap dengan perkara yang sama………tak ada banyak perbezaan pun….
    semalam sorang hambaALLAH kat kampung den ni bertunang….
    MASYALLAH……..
    mengucap panjang bila den dengar hantaran untuk pompuan tu…..RM9000……..

    den kata: kadang2 den selalu terfikir…..kalaulah mengenakan hantaran tinggi ni semata mata untuk bermegah dan berbangga hingga mengkembangkan hidung yang dah sedia kembang tu……
    kemana la agaknya nak dibawa perasaan megah tu?

    adehhhhh……….dunia oh dunia…..

    ingat lagu nasyid sekolah den…..

    dunia kian ketandusan,
    semangat persaudaraan,
    semua tenggelam arus perlumbaan,
    saudara dipersiakan,
    menuju matlamat keduniaan,
    yang salah dirempuh jua,
    pembangunan insan dipandang ringan,
    kemana arah dunia……..

  15. Tawel said,

    21 Oktober 08 pada 4:40 am

    @Ummuhanah, Hmm..mana-mana lelaki pun akan marah kalau hantaran tinggi sangat. Kalau untuk digunakan pada perkara-perkara yang perlu dalam majlis perkahwinan, tak kisahlah. Ini sampai meleret-leret kepada benda yang merepek dan membazir.

    Kalau yang meleret-leret ni boleh janji perkahwinan bahagia sampai ke syurga, tak apa lah juga. RM 10,000 eden sanggup bayar.

    Oh ya, ni bukanlah sebab utama saya masih single sehingga sekarang..hehe.ūüėõ

  16. nuriman said,

    21 Oktober 08 pada 7:50 am

    salam ummuhanah..ambo tak wat rumah terbuko..kalu ada saing ambo ko maghi ambo masaklah..tu lah umah terbuko ambo..sbb ambo tak cekaklah..so kalu ummuhanah nak maghi ghumoh ambo nati ambo jjamu demo make…….

  17. nuriman said,

    21 Oktober 08 pada 7:59 am

    mak ayah ambo tak letak jumlah hantaran utk anak2 perempuan diorang termasuk sy.

    ..sy ada anak lelaki naik gerun bila pk pasai hantaran..zaman anak sy gamaknya berapa hantarannya nanti ya?

  18. ummuhanah said,

    22 Oktober 08 pada 5:17 am

    Rahman…..cerita wang hantaran rupanya begitu menakutkan bagi lelaki….errr…tapi sekarang kan ada pasangan yg dah ‘berkongsi’ sediakan wang hantaran ???..boleh cuba kut

    tawel….’citarasa’ dan ‘impian’ jangan mulus-mulus sangat dik….beri ruang sama utk sedikit ‘kekurangan’….

    nuriman…..mudah-mudahan kita dikurniakan ‘rezeki’ utk berjumpa. Jgn la bimbang sangat pasal ‘hantaran’ dan anak lelaki Iman tu…. carilah bakal besan yang baik-baik…yang baiiikk sangat….ehem macam saya !…
    rasanya memang dah ada yang berminat nak ‘berbesan’ dgn saya… : D

  19. alsyarqawi said,

    25 Oktober 08 pada 4:16 pm

    panasnye isu…masuk sket.rm5000 skrg pun blm tentu dapat.g la survey kat mana-mana umah.below 5ribu rasanya tak dok la.mana taknya,yang anak cerdik sket alasanya” anak kami ada kelulusan”…yang anak kurang cerdik sket ” la ni blanja mahai.lembu sekoq pun dah dua ribu setengah.”yang lagi satu alasan plak”la ni mana main 5ribu.la ni lapan sembilan ribu,tp biasa org dok buat sepuluh ribu”makanya ikut la blaka.letak murah tak up to date.letak mahai “nak ka tak nak”..gitu la gamaknye.sedangkan Nabi s.a.w habaq mai “pada sapa-sapa yang murah hantaran ka mahar ka,yang tu la paling mulia”…tp la ni mana pikiaq semua tue.sbb tak nak kluaq sesen pun,nak kemah canopy canggih2 ,pakat nak melawan kenduri adik beradik la,apa la.pancaragam la.so,jadi la ragam-ragam manusia.ape pun tepuk dada tanya iman la.InsyaAllah,perkara baik Allah permudahkan.sabda Nabi”kalau engkau percaya pada Allah,Allah percaya pada engkau”…ada jalan yang akan dibuka.gerenti punya.pada laki-laki jgn tkt dengan hantaran ni…hehe..

  20. alsyarqawi said,

    25 Oktober 08 pada 4:18 pm

    kalau alasan barang naik,tu tipu la makanya.sbb ape,kita pi la mana-mana,tak pun time bazar ke,raya ka,belanja sakan macam tu jgk.nak kawin kata barang naik plak….

  21. ummuhanah said,

    26 Oktober 08 pada 12:07 am

    syarqawi…..memang ada jalan yang akan dibuka. Muallimah pernah baca tentang tawaran pinjaman untuk sesapa yang tak cukup duit utk hantaran…kut net ni banyak iklan camtu…errr…ni dikira sebagai ‘jalan’ jugak ke ??

  22. alsyarqawi said,

    9 November 08 pada 10:14 am

    hantaran ni bukan penting sangat.mas kahwin kan.mahar tue..tp dek kerana zaman sekarang ni lagu ni.jagi pening kepala org laki nak kahwin.haha…jalan ni bnyak mlmh.jalan lurus.bengkok.selekoh..hehe…pandai-pandai la pilih.tp sebnrnye isu ni memng dah tak larat nak bahas.kalau org faham,tentu tak de mslh.tapi yg jenis tak faham la yg dok letak mahal sgt….teruk jgkan?dah la laki makin kurang.yg dok universiti perubatan sendiri pun ramai,yg nak tukar gender ke perempuan pun ramai,yg sesama laki pun ada,habih yg dok tggl saki baki ni plak dok garu kpla nak kahwin ke tak.nak,tp dok rok chetong..hihi…tak de kesudahan tntg maslh nie…

  23. ummuhanah said,

    12 November 08 pada 11:09 pm

    uiihhh…saratnya keluhan…..rileks….ada la nanti jalan keluo tu….nanti kalo nak bekwoh jangan lupa jemput deh….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: