Tak tau le nak letak tajuk apa ni…

Petang tadi hujan lagi…biarpun sekadar hujan gerimis ia tetap membasahi hati ….. kekadang rasa rindu yang sedang melewati musim gersang yang kering seakan disirami kembali , menyegar disegenap sudut mimpi…saya tak kan berhenti menyulam mimpi, ketika hujan menitis di pipi…aarrgghhh !

Sebenarnya saya agak geram ni…rancangan saya terbantut. Cadangnya nak keluar ke pasar malam membeli beberapa keperluan untuk menyambut tetamu esok malam. Ada serombongan pelajar banin (lelaki) tingkatan 5 berjanji utk beraya ke rumah saya malam besok….hiiss camana ni…saya berat hati meredah gerimis hujan memandangkan kesihatan saya juga kurang memuaskan … saya mudah diserang selsema dan sakit kepala bila berhujan……manja nyer !!

Aduhai…hari semakin suram dihujung petang. Gerimis menjadikan suasana langit semakin hitam dan kian kelam. Saya hanya mampu memandang hujan ….. memandang lewat petang yang suram …. lantas kuntum senyuman menghias bibir yang tadinya muncung mencuka.

Saya dapat rasakan …. di sini… di kalbu saya ini… kalbu saya tetiba disapa ingatan pada peristiwa lama yang mengundang tawa… dan naluri saya mula berlagu merdu , riang dan terhibur merenung renjisan hujan yang lembab membasahi persekitaran laman ….. gerimis ini pernah melakar sejarah yang mencuit perasaan … malah pasar malam Taman Kempas juga masih melipat segar kenangan lucu yang membuatkan saya tersengih sampai ke telinga … hiss malu dan lucu…..malu tapi lucu… malu atau lucu….aahh saya tak tahu , antara malu dan lucu yang mana satu mendominasi rasa di hati saya . Yang ketara ialah .. saya tak sanggup sekiranya ditakdirkan bersua muka dengan ‘si dia’…. si dia yang hadir dalam kisah hujan gerimis dan pasar malam saya …..kah kah kah..

Al kisahnya …beberapa tahun yang lalu …. saya ke pasar malam bersama suami. Ntah tetiba selera saya  mengadu teringin menikmati keenakan nasi kerabu Kak Yoh kat pasar malam tu …maka hujan yang bergerimis hari itu langsung tak menjadi halangan pada saya. Disebabkan suasana gerimis dan kenderaan yang ‘jujuk sokmo’ kat kawasan tersebut, maka hubby memberhenti keretanya betol-betol depan stall yg jual nasi kerabu…bukan apa, memudahkan urusan saya turun dari kereta untuk terus ke gerai kak yoh . Hmm  dlm cuaca hujan yang romantik camtu… saya yakin suami memang akan bertimbang rasa ….terima kasih ya bang !

Beberapa minit kemudian saya selesai membeli beberapa bungkus nasi kerabu dan segera berlari meredah rintik hujan utk segera juga membuka pintu kereta. sepantas kilat saya memasuki kereta dan …dumm!  agak kuat juga saya menutup pintu kereta . Memang sedayanya saya mengelak dari terkena hujan. Kalau demam nanti kan susah. Sambil membetul-betulkan beg plastik berisi nasi kerabu dan laksam kelantan … mesra saya menepuk  peha suami sambil berkata ” abang pi depan skit, ummi nak beli murtabak “. Suami saya tak membalas kata-kata saya menyebabkan saya sekali lagi menampar manja pahanya …. ” tolong la pi depan saaatt, nak beli murtabak je ..yang lain tak mau dah ” dia hanya diam dan saya perasan suami memandang ke arah saya . Bila saya mengangkat muka utk membalas pandanganya …….saya nampak dia ‘senyum’ kemain lebor lagi kat saya ….haaaa abang ??……eh bang … abang ke nii ??…alahai laki sapa pulak ni ??….ceh..ceh..saya memang terkejut tahap gaban punya dan terus minta maaf padanya. Dengan pantas saya menyambar beg plastik nasi kerabu saya tu dan keluar dari  “kereta kancil saya” tu…..laaa rupanya suami saya dah letakkan keretanya kat depan skit je…entah bila masa dia ubah kereta tu  saya pun tak tau….. dan bila masa pulak lelaki tu mai letak kenderaannya betol-betol kat tempat kami parking awalnya itu… puuun saya tak perasan…..maklumlah sama -sama kereta kancil….warna pun sama…mana lah saya perasan. Saya tersalah kereta daaa…malunya saya …lagi malu ‘tersalah suami’…. 30 kali malu tersalah tepuk paha dia …. adeh !

Masuk kereta je saya citer segalanya le kat suami …. waah kemain kuat lagi dia gelakkan saya yer… sampai hati !!

Tak mau mengalah maka selamba saya ‘smash’ kat suami … ” okey apa bang …ni dah dikira rezeki ni ….. merasa jugak saya tepuk peha suami orang … bukan senang nak dapat peluang .. keh..keh… dia pun memang LAWA !…yess.. dia dah mula ‘memasamkan muka’ terkena smash ball saya …. namun kemudiannya tak saya teruskan bicara …. baik dinoktahkan saja cerita …. nanti lain pulak jadinya.

waduh rasa ‘cemburunya’ masih kuat saya rasa …. sudah tentu cemburunya itu ada tandanya…dan tandanya sudah semesti nya dia sangat ‘CINTAKAN SAYA’….ngeh3x…

… hujan yang masih bergerimis lagi ….aarrghh terpaksa la saya redah jugak nampaknya ni ….

11 Komen

  1. rahman said,

    8 Oktober 08 pada 11:24 pm

    assalamualaikum…….
    kakcik…..teringat kenangan lama ke?

  2. ummuhanah said,

    9 Oktober 08 pada 12:11 am

    Rahman …. mana bisa kak cik lupa … selagi ada nyawa … takkan lupa…

  3. hafidahhasbullah said,

    10 Oktober 08 pada 2:57 pm

    muallimaaah…malunyaaa….ana yang baca nih pon rasa cam x tau nk letak muka tang mna….

  4. izni said,

    10 Oktober 08 pada 8:38 pm

    hahaha……
    maksu buat lawak…….
    pengajaran drpd citer d atas : check driver dulu ya before naik keta n kalau nk tampar peha sesape tngok muka beliau dlu…. =p

  5. rahmanw said,

    10 Oktober 08 pada 9:22 pm

    ( izni

    hahaha……
    maksu buat lawak…….
    pengajaran drpd citer d atas : check driver dulu ya before naik keta n kalau nk tampar peha sesape tngok muka beliau dlu…. =p)

    cakap orang….satu ari nanti dia kena baru dia tau……
    ngeh…ngeh…ngeh…
    (kakcik…pinjam gelak)

  6. ummuhanah said,

    10 Oktober 08 pada 11:10 pm

    kak ngah…ngeh3x
    inilah yg dikatakan ‘rezeki datang dari sumber yg tak diduga’….ngeh..ngeh..ngeh…
    but I learnt my lessons….tepuk malam pandang-pandang hahaha

  7. ummuhanah said,

    10 Oktober 08 pada 11:26 pm

    hafidah…memang malu…malu tersipu-sipu…nasib baik hari tu mlh bawa handbag…jadi mlh letak muka dalam beg je ler…

    Rahman…izni ni model sebenarnya….hmmm model kiko dan kikilala … ngeh3x
    yang terer masak mak su depa jer…depa terer angkat pinggan dan basuh pinggan….susun pinggan…lap pinggan dan pecahkan pinggan.

  8. izni said,

    11 Oktober 08 pada 12:08 am

    hopefully izni xakan kna mak sedara saya tu………
    dh copy n paste dh pengajaran tu dlam mind ni……..
    Insyaallah…… xjadi………

    adoi…… mak su ni…… jgn la memburukkan diriku dlam ni…..
    erm…… bila ye kak ngah pecahkan pinggan?…… xbaik o mengadakan citer yg xde…… hehehe

  9. maryam f3 said,

    19 Oktober 08 pada 12:51 pm

    aslmkm..mlmh..cerita nih ana bg la mak n abah ana baca..depa gelak..kihkihkih..memang lawak la mllmh..dasyat betul pengalaman nih!!

    senang2 mllmh view blog ana pulak.. http://biarhatiberbicara.blogspot.com

    p/s: ana x de la teror tulis mcam mllmh..blog ana biasa2 jer..hikhikhik

  10. hayati radzi said,

    25 Oktober 08 pada 10:55 am

    kelakau nyer la pglaman beharga nie sampai kuar air mata cheq ketawa sesorang (nak ketawa ramai2 xleh depa y lain pie ngulat!)

  11. ummuhanah said,

    26 Oktober 08 pada 12:37 am

    kalau ketawa pun keluar airmata
    kalau sedih pun keluar airmata
    kalau kesakitan pun keluar airmata
    kalau menguap pun keluar airmata
    banyak situasi dan kondisi yang boleh mengeluarkan airmata

    hebat penangan airmata ni…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: