~ catatanku 1 ramadhan 1429H ~

Terima Kasih ya Tuhan…kerana mengabulkan doa dan mempertemukan lagi diriku dengan Ramadhan ~~~~~~~

Terasa nikmat…pagi pertama menjejak kaki di madrasah Ramadhan. Sahur yang serba sederhana dan utk kesekian kalinya saya tempuhi semula perjuangan ‘waktu sahur’ mengejutkan anak-anak ketika lena mereka begitu asyik dan nyenyak sekali. Saya kira ini kesukaran yang paling mencabar kesabaran. Apatah lagi menggoda mereka menjamah makanan bukanlah satu tugas yang senang. Kuasa ‘pujuk rayu ‘ saya mesti tip top dan kesabaran jua mesti tahap maksimun…kalau tidak, saya akan gagal melatih mereka dan mereka juga gagal melatih diri sendiri.

Sekalipun bukan kewajipan bagi anak-anak berpuasa…tapi alhamdulillah, mereka anak-anak kecil yang cukup teruja utk turut berlapar dan dahaga setiapkali ramadhan tiba. Tinggal lagi saya mesti tabah ‘memotivasikan mereka’.

Banyak tazkirah tentang ramadhan yang saya jumpa….di mana-mana sahaja, dalam bentuk lisan, bentuk  tulisan maupun visual di monitor tv dan komputer. Carilah saja…kita pasti mudah mendapatkannya.

ramadhan yang ditunggu…bahkan sangat dirindu…

Berkali-kali kita berpeluang memasuki Ramadhan…. apakah mungkin Ramadhan kali ini adalah yang paling baik mampu kita jalani ??mungkin tiada ramadhan lagi utk kita selepas ini Huh

Paling menyentuh dan menggerunkan hati  bila membaca sepotong hadis dari baginda Rasulullah saw

” celaka bagi seseorang, apabila masuk ramadhan lalu ramadhan meninggalkan dia dan Allah tidak mengampunkan dosanya “...

masyaAllah, bulan yang Allah janjikan rahmat yang banyak dan pengampunan dari segala kesalahan. Malang jika  berterusan tidak menginsafi dosa-dosa dan tidak pula mendapat ampun dari Allah…..sangat rugi kalau gagal memahami anugerah ‘ramadhan’ ini.

Salam Ramadhan utk semua … semoga mendapat pimpinan Allah.

3 Komen

  1. 1 September 08 pada 5:44 pm

    askm..terima kasih atas pujian…ana ada buat pasal wanita di pentas dunia..cuba mlmh baca dan bagi komen…dan selamat menyambut bulan ramadhan!!!

  2. ummuhanah said,

    1 September 08 pada 9:00 pm

    InsyaAllah…muallimah akan komen nanti. Salam ramadhan juga utk bulan bintang.

  3. nuriman said,

    3 September 08 pada 8:32 am

    salam ramadhan sahabat, selamat berpuasa semoga allah menerima segala amal ibadah kita..amenn


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: