IT’S REALLY A BIG WORK !!

Perjalanan yang jauh memang memenatkan. Kami sekeluarga bertolak tepat jam 1.30 pagi dan sampai di Kuala Lumpur ketika matahari mula mengukir sinarnya. Warga kota mula sibuk berkenderaan ke tempat kerja. Pagi-pagi lagi udara kota mula dinodai oleh kebisingan dan kekotoran asap dari enjin kenderaan di jalanan. Ahhh…Bukan kotaraya itu yang menjadi destinasi kami, cuma sekadar singgah sebentar di Putra Jaya bagi menyelesaikan satu urusan. Kemudiannya kenderaan saya meluncur ke Pahang sebagaimana yang dirancang. Saya sebenarnya berhasrat menghadiri majlis perkahwinan seorang saudara yang tinggal di Felda Selancar.

Dipendekkan cerita, ketika memasuki perkarangan rumah saudara saya tu…mak oii, ramainya orang…suasana seperti hari kenduri. Mentara sibuk menghidang makanan dan tetamu ada yang masih menikmati hidangan dan ada yang sedang beransur meninggalkan majlis. Di tangan masing-masing ada terdapat bunga telur dan kerepek yang dibungkus rapi……eh ! saya silap tarikh ke ? berdebar jugak kerana seingat saya sepatutnya kenduri adalah keesokan harinya. Lerrr…rupa-rupanya orang kat Selancar ni kenduri kawinnya sampai 3 hari 3 malam. Hari tersebut adalah hari kedua dan esok adalah kemuncaknya. Malam nanti suasana akan lagi meriah. Saya terpandang set karaoke di suatu sudut tidak jauh dari laman rumah berkenaan…hadoiii….memang kompom meriah abis la ni . Ini baru betol-betol punya ‘bekwoh’ atau bigwork. ( istilah kenduri bagi orang kelantan) bekwoh orang selancar sakan sungguh … IT’S REALLY A BIG WORK !

Tak banyak yang dapat saya bantu, tak membantu langsung sebenarnya. Kerjasama penduduk setempat cukup erat dan semuanya sudah siap. Dari pelamin, bunga telur, beg kertas, hiasan di bilik tidur, urusan masak memasak semuanya settle. Dan malam tersebut seperti yang dikhabarkan, sekali lagi tetamu berpusu-pusu menikmati makan malam. Tambahan pula ada majlis tahlil yang berlangsung di khemah kenduri. Saya kekenyangan. Nasi kenduri memang enak sekali lebih-lebih lagi perut saya memang tengah lapar beb !

Malamnya saya tidur awal….disuruh tidur awal kerana mungkin letih dek perjalanan yang jauh. lagipun anak kecil saya demam dan asyik merengek saja. Lampu ditutup tapi bukan senang mata ini hendak ditutup sama. Suara penduduk setempat yang girang berkaraoke menyucuk telinga saya. Irama 60an dan lagu pop 80an bertali-tali berkumandang diiringi hilai tawa beberapa tukang masak lelaki dan perempuan yang bergurau senda….adeh  betol-betol di tepi bilik saya. Meriahnya….happy betol depa….berkenduri sakan dalam suasana seronok dan gembira. Tapi saya…..saya….saya ini….ya saya ini akhirnya terlena juga dalam rasa ‘berbalam-balam’  yang saya sendiri tak tahu nak menafsirkannya…..pasaipa yer !

Seawal pagi saya di dapur. Leka melihat beberapa orang kak cik dan mak cik menyiapkan hidangan pengantin.Sesekali saya menjeguk ke tengah laman melihat suasana sibuk menbuat persiapan majlis kemuncak kenduri. Ianya persiapan terakhir untuk menyambut pasangan pengantin yang dijangka tiba awal tengahari nanti. Di pendekkan cerita ..ngeh3…asyik nak pendek cerita jer…malas menaip la ni. Tepat jam 1.15 tengahari, saya tiba-tiba terkejut mendengar paluan kompang diiringi lagu pengantin baru begitu lantang didendangkan. Merdu ke ? no no no…suara sumbang, pitching lari, melodinya ke laut namun orang ramai tetap berlari ke tengah laman termasuk orang dalam rumah ni yang tadinya sedang asyik bersembang. Mereka teruja nak menatap pasangan mempelai yang sedang diarak ke tengah laman….hadoii….hadoii….hadoiiiiii….entah berapa kali hati saya asyik mengaduh, namun tiada siapa yang mendengarnya. Kenapa saya sakit sangat ni…pasaipa yer !

Ketika semuanya tertumpu di kawasan laman rumah, saya didapur menikmati ‘ hidangan pengantin’. sebenarnya lebihan lauk utk makan beradat yang disimpan sedikit dibawah saji. Atas pelawaan kak ton tukang masak tu, saya makan berselera sekali…eerrrkkk! Alhamdulillah …biarkan mereka yang lain berpesta di luar sana tapi saya di dapur ni seronok berpesta dengan makanan yang lazat-lazat sekali. Tanpa perlu saya duduk semeja dengan pengantin, saya sendawa besar dengan hidangan istimewa ayam golek, rendang tok, bawal sos, sayur campur, udang bersalut tepung, jantung masak lemak cili api dan paru berlada….waaaaa  banyak tu, apo nak dikato, dah rezeki saya … tolong jangan sesapa pertikaikannya, ngeh3 !

Saya akhirnya ke ruang tamu bersalaman dengan pengantin perempuan setelah selesai segala acara. Selebihnya tak banyak yang nak saya cerita. Pengalaman di tempat orang… pahit di telan manis di kenang. Lain padang lain belalang, lain ulu lain parang, lain dahulu lain sekarang…..agaknya saya berada di lain zaman, macam banyak benar yang saya tak berkenan…ntah, ta’taw….pasaipa yer !

At last kami bertolak pulang pada malamnya setelah bersalaman dan berpelukan. saya pulang dengan banyak buah tangan dan bekalan . Terima Kasih atas pemberian, itu saja yang mampu saya ucapkan sebab terlalu banyak kata-kata yang saya simpan dan tak mampu nak diluahkan .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: