Dosa sang guru kerana mendidik anak muridnya….

Guru diibaratkan sebagai lilin yang menerangi muridnya dengan ilmu. Pengganti ayah dan ibu di dalam kelas.

Guru
membentuk disiplin anak-anak, dilentur agar betul tegaknya apabila
sudah dewasa. Dia mengajar ‘anaknya’ bagaimana cara menyebut, menulis,
membaca. Mengajar agar tahu tegak dan bengkoknya cara solat, cara makan
dan sebagainya. Bukan itu sahaja, bahkan untuk menjadikan anak murid
sebagai seorang manusia yang berguna dan mempunyai cita-cita.

Lihatlah,
yang menjadi pemimpin, menjadi ahli perniagaan semuanya atas jasa
pejuang yang tidak bernama ini. Kerana guru, tidak diajar untuk
menerima balas jasa, tidak inginkan namanya disebut. Cukup dengan ilmu
yang diajar dapat diamal, dihayati. Mudah-mudahan menjadi amal jariah
di kemudian hari.

Fahamkah
ibu ayah yang dahulunya juga pernah diajar oleh gurunya? Anak-anak
perlukan bimbingan dan perhatian di rumah. Bukunya disemak, dilihat
kerja rumahnya, ditanyakan siapa kawan-kawannya.

Malanglah
sang guru, kerana segelintir perbuatan individu ‘guru’ yang tidak
bertanggungjawab, maka semua nodanya di taburkan kepada seluruh insan
yang bergelar guru. Disebut-sebut perbuatan guru memukul anaknya –
adakah mereka tahu benar peribadi anak sendiri? Ditunding-tunding
kesalahan sang guru, padahal mereka lupa. Menyerahkan tanggungjawab,
tidaklah sama dengan melaksanakan tanggungjawab. Tidak sama juga dengan
orang yang hanya pandai memerhatikan dan mengkritik dengan yang duduk
dibangku seorang guru.

Tugas Guru Dijadikan Nilaian

Mereka berkata kerja guru senang, 6 jam sehari, ada hari cuti yang panjang. Boleh makan angin lagi.

Ya,
memang kerja guru senang. Perlu bersengkang mata memikirkan perihal
anak muridnya sahaja, perlu menanda buku, mengikuti kursus, belum
dicampur dengan karenah pentadbiran sekolah, kelas tambahannya, program
sampingan sukan sekolah. Yang sudah berkahwin perlu memikirkan keluarga
mereka sendiri. Tidur malamnya selalu nyenyak. Mudahnya kerja guru..

Dari A hingga ke Z guru mengajar, dari berdiri tegak sehingga memberi salam diasuh agar muridnya menjadi orang yang tahu Islam. Ada
guru yang menyerahkan jiwa raganya di dalam profesion ini, memberi
motivasi dan semangat agar anak didiknya terus berjaya. Yang malas,
yang suka bermain di dalam kelas, yang hanya tahu tidur, masih tergagap
untuk membaca, tidak kenal huruf dan merangkak menyebut perkataan –
disuakan dengan teknik belajar. Tidak lupa sang guru untuk mengingatkan
anak didiknya itu silalah ulangkaji, tunjukkan pada ibu dan ayah mana
yang perlu dibuat dan disemak semula. Tetapi yang lebih difahami –
anaknya mesti mendapat semua A apabila mendapat keputusan peperiksaan.
“Anak aku pintar, bijak” Dan semuanya diakhiri dengan perkataan ‘AKU’
juga.

Sang guru memberi
nasihat “Awak dah belajar solatkan.. kat rumah solat dengan mak ayah
ye..”, lalu dia membalas “mak ayah saya tidak solat cikgu.. nak buat
camane?”. Dan sang guru tergumam.

Sebagai
seorang ayah dan ibu di dalam kelas, ia tidak senang melepaskan anaknya
balik ke rumah tanpa membawa apa-apa yang bermakna di dalam kehidupan.
Lalu diberi peringatan – bahawa hormati ibu dan bapa, cium tangan
mereka, minta maaf kepadanya. Jangan segan untuk meringankan tulang.
Berilah khabar gembira apabila sudah berjaya…

Begitulah…
sang guru tetap juga meneruskan pengajaran dan didikannya dengan sabar,
walaupun saban waktu hatinya menahan kerana herdikan, cacian dan
cemuhan. Dan itulah dosa-dosa guru kerana mendidik anak muridnya..

sumber : http://jarumemas.blogspot.com

3 Komen

  1. ummusaif said,

    16 Ogos 08 pada 7:22 am

    Alhamdulillah kita diberi peluang berbakti sebagai guru, bukan semua orang mempunyai ‘daulat’ untuk memikul tugas yang berat ini..Selamat bercuti, rehatkan minda..peace sister!

  2. piz said,

    18 Ogos 08 pada 9:58 pm

    Slm moksu… lame x jenguk sini

    Bila bace entri ni, ye la begitulah antara cabaran yg harus dihadapi oleh seorang guru… Saya yg masih menjd guru pelatih ni pn kadang2 merase lebih tertekan drpd guru2 yg dh berpengalaman ni… kalo nk ikutkn mmg tensen jg, lg2 kalo msk kelas hujung2 ni, kt luar bandar pulak tu… Inilah yg dikatakn cabaran!

    Ok moksu, saya nk ucapkn selamat bercuti, x kelik kg ko?

  3. ummuhanah said,

    24 Ogos 08 pada 9:21 am

    cikgu ummusaif … untung berjiwa besar seperti cikgu ummusaif ni …. tugas yang berat terasa ringan bila mengenangkan ini semua dipilih oleh Tuhan. semoga diberkati selalu selama ‘memikul daulat’ tugas yang berat ini.

    piz….moksu tau piz kuat …. segala cabaran sebagai guru mampu dihadapi dengan berani … caya lah piz.
    Moksu tak balik klate, baru je kembali dari satu kenduri keluarga di Pahang….pahang dalam kenangan…ehem!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: