hilang…….

Semuanya bersifat baharu …. tiada satu pun yang kekal abadi. hari ini kau milikku…esok lusa belum tentu. Biarpun kuulit-ulit alunan rasa rinduku, jika ditentukan begitu kau tetap terpisah jua denganku. Apa yang ku tahu, aku seharusnya melupakanmu. Jodoh sudah ternoktah sampai di situ. Untuk selamanya, mungkin kita takkan lagi dapat bertemu ….

amboi-amboi sayu benar bahasa hati saya. Bahasa orang yang berduka. Bahasa orang yang lara dengan perpisahan. Bahasa orang yang sedih kerana kehilangan …. saya kehilangan handfon saya…sedihnya..

Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Yang tumbuh dan berganti takkan sama yang hilang dari hati. Pun begitu, biarlah yang tumbuh mengganti ini adalah yang lebih baik lagi … bahkan jauh lebih indah untuk di miliki  …. kehilangan adalah suatu yang pasti … semakin dirindu dan diingati …. semakin siksa rasa di hati….. alahai, masih tak hilang sedih saya ini …. sekalipun yang hilang sekadar handfon yang baru beberapa bulan menemani diri …adiiissshhh….

Terbang melayang rasanya keseronokan hari saya, hanya kerana saya kehilangan handfon. Ia hadiah sempena hari ibu tempohari… itulah yang agak menyentuh hati . hhmmm…. pemberian dan tanda ingatan dari seorang suami tentulah sangat saya hargai . Dah hilang ni, rasa letih dalam hati….letih sungguh hati hamba ini.

tak pa lah, dah tak de rezeki … cari lain la nanti “. Pujuknya menenangkan saya. Tak mampu menyambut pujukannya, saya diam saja. “Tak baik dok risau sangat-sangat, redha je la ” , lembut suara suami yang terus cuba memujuk saya. Saya tak menyambut kata-katanya, malahan tetap terdiam juga. Macamana lah agaknya saya dapat luahkan kerisauan saya ini …. memang saya risau.

Kerisauan saya bukan sekadar handfon hijau saya saja itu. Kerisauan saya ialah tentang ‘milik’ saya yang ada di dalamnya. Contact number kawan-kawan saya, nombor  telefon anak-anak murid saya , sejumlah sms yang masih saya simpan, beberapa gambar kenangan yang belum saya pindahkan ke dalam komputer dan beberapa perkara lain lagi yang bersifat pribadi yang saya simpan di dalamnya….inilah sebenarnya yg menyedihkan saya, kerana yang ini sukar dicari dan diganti.

ahhh …. sedih sangat ke kisah kehilangan saya ini ??

Bila bercakap soal kehilangan, masing-masing ada kisah ‘kehilangan‘ tersendiri. Insan mengalami kehilangan hampir setiap hari …. disukai mahupun dibenci, dirancang mahupun yang datang dengan sendiri … kehilangan pasti meninggalkan kesan dalam diri. Ada kehilangan yang ditemui kembali dan ada pula kehilangan yang terus pergi tanpa datang-datang lagi….

Mengimbau sejarah kehilangan … bagaimana rasanya kehilangan anak manis seperti Nurin Jazlin dan Sharlene . Bagaimana rasanya kehilangan orang yang disayangi yang sebentar tadi masih di sisi. Bagaimana pula rasanya kehilangan kediaman dan harta benda dalam satu kemusnahan seperti kebakaran, banjir dan bencana alam ? bagaimana juga perasaan seseorang yang kehilangan mana-mana anggota badan dalam satu kemalangan ?…..bagaimana erti rasa ‘kehilangan’ yang sebegini.

Saya terkenang seorang rakan guru yang sekarang sedang berperang dengan kanser usus yang dihidapinya. Selepas beberapa siri rawatan kimo yang telah dijalani, dia sering mengadu rasa rindunya pada dunia keguruan yang sekian lama ditinggalkannya … Ya Allah,  pasti dia lebih hebat menghadapi sakitnya rasa ‘kehilangan‘ berbanding saya ini …. namun dia tabah sekali .

Mengingati segalanya ….. yang ada disekeliling saya … terlalu kecil kehilangan yang saya alami … bahkan hampir tiada erti .

Tak patut rasanya reaksi saya seteruk ini ….

Sekarang saya terasa seperti kehilangan kemuliaan diri …. hilang kekayaan hati  kerana saya gagal menghidupkan sifat tunduk dan redha dalam hati …

Ya Allah ampunilah saya ini .Saya tidak mahu kehilangan pandangan rahmahMu. Saya tak mahu kehilangan pimpinanMu, kasih sayangMu, petunjukMu dan belas kasihanMu pada saya ini … kerana inilah kehilangan yang hakiki … dan saya takkan mampu kehilangan semua ini.


5 Komen

  1. ummusaif said,

    10 Ogos 08 pada 11:31 pm

    innalillah hi wainna ilaihi raajiuun..cubaan, tapi pedisnya…huwaaaa, teriokla se round, baru hilang tension, lepas tu okayla..peace sister!

  2. nuriman said,

    14 Ogos 08 pada 10:52 pm

    salam ummuhanah..lama tak jenguk blog nie..mmglah kehilangan membuatkan kita sedih..tp mungkin ada hikmahnya..sy pun pernah kehilangan hp..lepas dua minggu kalu tak silap..jumpa balik..ada org hantar balik..wat solat hajat..n berdoa la..manalah tau barang tu di hantar balik…

  3. ummuhanah said,

    15 Ogos 08 pada 12:20 am

    ummusaif….

    terima kasih tolong teriok sama ngan saya …. lagu hindustan tadi best betol la … saya gelak sampai ke rumah….

    nuriman….

    InsyaAllah saya memang ihktiarkan solat hajat untuk bertemu semula dengan h/fon saya … tapi apa-apa pun …saya redha lah….makasih ya

  4. safra said,

    6 April 09 pada 9:34 am

    salam
    afwan..ana copy paste gmbr baby tu
    harap dihalalkn

  5. ummuhanah said,

    6 April 09 pada 11:06 pm

    silakan….saya juga kongsi dari orang…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: