Teman Sejati…temani daku semasa cuti.

اسلام علیکم ورحمﺔ الله

Saya mungkin akan ‘hibernate’ untuk beberapa hari. Saya akan berhenti sebentar dari menulis dan menjengah di laman blog ini. InsyaAllah malam nanti saya bakal bermusafir bersama beberapa orang pelajar saya. Lebih kurang 5 hari juga saya akan berjauhan dengan keluarga dan komputer teman saya ini….aduhai, alahai…alamak…mak oiii…adooii pasti banyak yang akan saya rindui nanti…pasti saya akan jadi sangat-sangat merindui… Namun demi memenuhi tuntutan sebagai seorang guru, maka saya akur bila ianya terpaksa begini dan begitu. Insya Allah ini juga proses tarbiyyah pada diri sendiri…..sabar lah wahai diri…pasti indah pengalaman pakej cutimu di sana nanti …InsyaAllah…InsyaAllah…adeehh..letihnya hati ini..

Ramai pelajar saya yang exited menunggu musim cuti persekolahan ini. Mungkin dah tak sabar nak mengucap salam perpisahan pada guru, teman-teman, meja, kerusi, papan hitam, pen, pemadam mahu pun buku-buku pelajaran. Kesian kerana ada yang merasakan alam persekolahan itu sangat-sangat memberatkan perasaan…tension mensyon dan sarat segalanya… Jesteru itulah kemerdekaan yang sementara ini benar-benar dinanti, dan ingin diraikan sepenuh hati…amboi bestnya cuti…….boleh tidur sampai matahari meninggi, boleh tengok tv sampai pagi….boleh dok rilex dan goyang-goyang kaki..mmm kan best tu cuti……

Tapi pada saya la kan, cuti sekolah yang dua minggu itu tak de lah lama sangat rasanya. Pejam celik pejam celik, cuti sekolah habis macam tu sahaja…ruginya kalau kita tak betul-betul manfaatkannya !

Wahai anak murid saya sekalian, cuti persekolahan bukanlah suatu tempoh untuk kita berbulan madu dan melupakan sama sekali dunia ilmu yang kita cintai ini. Ya memang benar cuti sekolah mencorakkan suasana berbeza dari rutin persekolahan biasa, namun jangan dilupa rasa kecintaan pada ilmu dan persahabatan dengan buku-buku, yang perlu kita suburkan sepanjang masa. Buat lah sedikit persiapan bagi menghadapi ujian kemerdekaan di musim cuti ini…..carilah teman mengisi masa cuti ini dan saya pasti buku adalah teman sejati yang seronok didampingi, pandai menghibur hati dan boleh membantu menguatkan diri. Cubalah….cintai teman sejati makhluk yang bernama buku ini, indahnya…..kerana kita akan merasa cinta kita dibalasi.

InsyaAllah kebijaksanaan diri akan dicapai dengan menerapkan budaya Iqra’ dalam diri. Firman Allah swt dalam surah Al-Alaq :1-5 yang bermaksud :

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah mencipta manusia dari segumpal darah. bacalah dan Tuhanmu yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan qalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahui.

Membaca adalah jambatan ilmu, berilmu adalah jalan utama mendapatkan hidayah Ilahi. Kalau anda suka menyoroti perjalanan ulama dalam menuntut ilmu, betapa gigihnya mereka berusaha mendapatkan ilmu dan untuk sampai kepada ilmu. Bahkan ada yang telah merentasi perjalanan yang sangat jauh, berjalan berhari-hari dan bermalam-malam untuk mencari ilmu. Abu Darda pernah berkata ‘ kalau aku menemukan satu ayat Al-quran dan tidak ada orang yang dapat menerangkannya kepadaku, kecuali seorang yang tinggal di tempat yang sangat jauh sekali, pasti aku akan turuti dia ‘

Budaya Iqra bukan baru…ia milik umat Islam sejak dari mula Al-Quran diturunkan. Inilah cara umat Islam meningkatkan Ilmu pengetahuan dan membina jambatan menuju keredhaan Tuhan.

Buat ex-anak2 murid saya yang sudah terjun ke dunia luar yang serba mencabar, sedarilah dan rasailah medan sebenar yang sedang melamar anda. Sedangkan lamaran ni pula harus diterima bagi orang yang segar hatinya …lamaran perjuangan ini untuk kita, jadi sebagai persiapan untuk dikahwinkan dengan perjuangan ini, takkan kita masih terkurung dalam bahan bacaan seperti Harry Porter, Naruto, Mr.Nightmare, Lord Of The Ring mahupun novel-novel cinta yg tebalnya beratus muka ? maaflah kalau tulisan ini mengguris rasa…tetapi orang Islam harus tajam mata hatinya, kuat berfikir dan tepat pula dalam setiap nilaian dan tindakannya. Bagusnya orang muda seperti anda dan saya mencari bahan bacaan yang menyuburkan fikrah dan membangunkan jiwa. Ummah sudah lama menderita dan ini perlu dibela oleh orang yang besar jiwanya…manakala contoh orang yang besar jiwanya pula, tentu sekali sukar dicari dalam watak naruto maupun Harry Porter. Susurilah sirah Rasulullah dan para sahabat, tabiin dan ulama dalam hal pembinaan watak dan pribadi mereka..kerana itulah sebaik-baik cerita dan watak manusia yang ingin kita contohi dan teladani bersama.

InsyaAllah kita sama-sama hidupkan budaya suka membaca dalam diri kita…biarkan buku menjadi teman sejati di musim cuti. Pilihlah buku yang baik-baik ya…yang berisi makna dan kaya dgn iktibar…..yang penting bila membaca, ianya mendekatkan kita pada Allah yang maha Esa…..selamat bercuti dan selamat membaca.

p/s : saya mengalukan sesiapa yg ada cadangan bahan bacaan yang baik dan bersesuaian dengan usia remaja untuk disenaraikan di sini….tulislah sinopsis sikit ya…..mudah-mudahan ia boleh menarik selera remaja kita dan selera saya juga.

10 Komen

  1. ummusaif said,

    24 Mei 08 pada 10:14 am

    salam siber, selamat bercuti.ingat no,kalau tension sangat nanti, istighfar dan tarik nafas panjang-panjang.sat je…5 hari.mana tau tempat yang nak pi tu ada connection internet.legaaaa

    salam kak ummusaif..hu..hu.mai le temankan saya, kut-kut boleh dok pujuk bagi saya sabaq sikit…depa habaq tak leh bawak laptop..hu…hu..5 hari lamaa tu… ummuhanah Respons

  2. neo rantissi said,

    24 Mei 08 pada 6:19 pm

    Cadangan buku : 1) Waajibu Asy-Syabab(Kewajipan Pemuda) oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi – buku ringkas dan nipis yg menceritakan ttg keperluan dan ciri2 penting yg perlu ada dlm diri pemuda-pemudi Islam hari ini.
    2) Quran Saintifik by Dr. Danial Zainal Abidin – Lihatlah kebesaran Al-Quran dan Syariah Islamiah dgn hujah2 saintifik yg menarik disamping menambahkan lg ilmu sains anda.
    3) Novel Ayat-ayat Cinta – novel cinta yg bkn sebarangan, tetapi menceritakan ttg perjuangan hidup seorg pemuda Islam berjiwa da’ie dan cintakan ilmu. sinopsis dan review leh baca kat blog ana.
    4) Bahan Berdakwah utk Remaja Moden by Dr. Danial ZA – Amat sesuai utk para remaja yg berjiwa da’ie. Lebih2 lg mereka yg dh lama ikut sistem tarbiyah dan usrah
    5) Website2 menarik lg bermanfaat yg x terkira banyaknya seperti saifulislam.com, iluvislam.com, palestinie-info.co.uk, dll.

    neo-rantissi, terima kasih atas senarai buku-buku menarik dari anda…muallimah belum ada buku no 3 tu…pasti muallimah akan cuba dapatkannya ummuhanah respon

  3. ummusaif said,

    25 Mei 08 pada 1:20 am

    tadi pi hantar dia kat stesen bas.kesiannn…walaupun demam kena pi jugak demi tugas.takpa,pahala berlipat ganda tu, insyaallah.belum lagi cerita pasal anak keciknya..huhuhu kena tinggalla sat.

  4. globalmalau said,

    25 Mei 08 pada 11:40 am

    kalau nak bermusafir berhati hatilah…guna ruang yang ada untuk berkhidmat…salm dari kita

    pak malau terima kasih….terasa seperti nasihat seorang datuk kepada cucunyaummuhanah respon

  5. piz said,

    26 Mei 08 pada 1:01 am

    Slm maksu… selamat bercuti… dan selamat bermusafir…

    Seronok bc citer2 kt sini…
    Slmt berkenalan… 🙂

    (ni paksu yg kasi link!)

    salam kenal piz..
    oghe mache ko?? ooo mok su ghama saing hok dok mache ni….
    kalu sekali skala meronda klate..singgoh la rumoh moksu di pasir mah de pasir peke..deh…jange lupo !
    ummuhanah respon

  6. nuriman said,

    26 Mei 08 pada 8:57 am

    selamat bercuti untuk cikgu ummuhanah….

    terima kasih nuriman…iman sentiasa dalam ingatan saya
    ummuhanah respon

  7. neo rantissi said,

    26 Mei 08 pada 6:54 pm

    Pembetulan tajuk Buku 1: Waajibu Asy-Syabab Al-Yaum (Kewajipan Pemuda2 Hari Ini)

  8. 28 Mei 08 pada 6:41 pm

    salam….
    ana kagum ngan penulisan mlmh…
    sbnrnya ana mmg teringin nk buat blog mcm mlmh…
    tp apa kan daya…skrg ana dok hostel…susah sikit..
    study pun makin kena hard…insyaAllah after spm kot
    bru nk focus about blog….buku yg ana nk kongsi ialah..
    buku keluaran pts…de title is Chit Chat dgn Remaja:Sayangi Diri….mmg best tuk rujukan remaja skrg….doakan ana meneruskan perjuangan yg jauh berbeza dr islah….insyaAllah ana akn gunakan hsil Tarbiyah ana di islah utk kwn2 ana di sek.bru ana….InsyaAllah…

    hanani…sabar lu…study betul-betul dulu..ada lapang nanti buat blog…mlh pasti membacanya…terima kasih untuk cadangan buku tu…rasanya pernah nampak anti bawa ke sekolah dulu…ya tak ?ummuhanah respon

  9. Vouch said,

    20 Jun 08 pada 7:36 am

    Somehow i missed the point. Probably lost in translation 🙂 Anyway … nice blog to visit.

    cheers, Vouch!!

  10. ummuhanah said,

    28 Jun 08 pada 9:28 pm

    mmmmm….rasa macam kenal…..


Tinggalkan komen