Palestin di hati (1)

Artikel ini diemailkan oleh bekas pelajar saya ( al-syarqawi) yg baru menamatkan pengajian kolejnya. Ianya untuk dikongsi dengan adik-adik SMAI dan pengunjung yg menziarahi blog saya ini. Semoga isu Palestine sentiasa dekat dihati kita . Ia juga menggamit rasa kebersamaan untuk menggunakan segala ruang yang ada, bagi membantu saudara kita di sana . Kita memang takkan berhenti selagi darah mereka mengalir dibumi bertuah itu, dan selagi Al-Aqsa belum dapat kita kembalikan maruahnya……takdirnya, jihad Palestine bukan untuk rakyat Palestine semata, tetapi ianya jihad kita juga…..Allahuakhbar !
________________________________________________________________________________________________

Tanggal 15 Mei 1948, adalah tarikh dimana umat Islam kehilangan satu harta yang cukup mulia. Tanah Palestin telah dirampas hak mutlaknya oleh Yahudi laknatullah. Tahukah kita betapa mulianya Palestin ? Sejauh mana kita tahu bahawa pentingnya Palestin pada umat Islam? Sedar atau tidak umat Islam seolah-olah bermain dengan bayang-bayang sendiri? Kita melihatnya tanpa berkata…Kita berkata tanpa menunaikanya. Masjid Al-Aqsa yang menjadi sasaran Yahudi adakah kita tahu kenapa? apakah keistimewaan Masjid tersebut?

Al-Aqsa adalah antara tiga tempat yang Nabi SAW janjikan kemulian yang tiada taranya. Kenapa Allah SWT perlu transitkan (Mikraj) Nabi SAW dari Masjid Al-Aqsa sebelum ke langit? Sedangkan Nabi boleh terus dari Masjidilharam.

Di dalam Surah Al-Isra ayat pertama dan kedua, sudah cukup memperlihatkan kepada umat Islam betapa agong dan mulianya Masjid Al-Aqsa. Tempat yang menjadi kisah para anbiya dan akhirnya Nabi Muhammad SAW juga dimuliakan disitu, dengan menjadi imam kepada para malaikat dan diangkat ke langit. Dalam ayat kedua surah tersebut, menceritakan bagaimana Bani Israel yang dahulunya satu bangsa yang kuat serta taat kepada Nabi Musa AS telah ingkar dan mendustakan utusan Allah. Lalu Allah mengubah identiti mereka sebagai kaum Yahudi. Begitulah kuasa Allah tukarkan mereka yang pada mulanya satu bangsa yang kuat kepada satu bangsa yang dicela. Penyelewengan yang diadakan didalam Kitab Taurat yang sekarang dikenali sebagai Talmut cukup mengguriskan bagi kita umat Islam yang membacanya.  Sebenarnya apa yang dilakukan mereka adalah sebahagian janji mereka didalam kitab suci mereka.

Yahudi pada asal mereka adalah Israel. Iaitu nama kedua bagi Nabi Yaakub AS. Bilamana mereka ingkar kepada utusan Allah dan risalah yang disampaikan oleh nabi, Allah membalikkan keadaan mereka dengan mengubah identiti mereka kepada Yahudi. Dengan hal yang demikian, nama Israel tidak patut meniti dibibir umat Islam, Ini kerana Israel adalah bangsa yang  mulia pada awalnya , namun hari ini tidak lagi. Mereka adalah Yahudi yang hina dan laknatullah selama-lamanya.

Secara ringkasnya, cuba kita melihat pada bendera Yahudi. Terdapat dua garisan biru diantara bintang ditengahnya. Garisan biru tersebut adalah sungai Nil dan sungai Furad. Yahudi mempercayai antara sungai Nil dan Furad adalah tanah mereka. Yang mana kita melihat sekarang ia meliputi Syria, Lubnan, Sebahagian Saudi, Khaibar(Bandar berhampiran Madinah) dan beberapa Negara lagi. Inilah yang diceritakan Nabi SAW didalam satu hadis mengenai hampirnya kiamat.

Pernah seorang presiden mereka masa dahulu berdiri disatu kawasan berdekatan Khaibar sambil menghadap kearah Saudi, kemudian dengan angkuhnya presiden tersebut berkata bahawa  “sesungguhnya suatu hari yang ditentukan aku melihat semua ini adalah milik kami (Yahudi)”.

Jadi, dalam menyingkap siapa sebenarnya Yahudi dan apakah rancangan mereka, kita umat Islam seakan-akan longlai dan terbengkalai walaupun Negara2 Islam didunia memiliki segala sumber bumi dan kekuatan ketenteraan. Kejadian menggali disekitar Al-Aqsa sebenar adalah helah Yahudi sendiri. Al-Aqsa seperti yang diketahui adalah disenaraikan oleh UNESCO sebagai satu kawasan tamadun sejarah. Bermakna kawasan tersebut dipelihara. Dalam masa yang sama Yahudi meletakkan Al-Aqsa sebagai pusat ibadat mereka kerana disitu terdapat satu dinding yang dijadikan tempat ritual agama mereka. Yahudi juga menggunakan helah dengan menggali disekitar Al-Aqsa supaya struktur tanah dan binaan Al-Aqsa menjadi tidak kukuh, disamping  mengharapkan akan berlaku satu gempa di sana yang akan berkesudahan runtuhnya Al-Aqsa. Seorang pemimpin Yahudi baru-baru ini berkata ‘kami hanya mengharapkan gempa berukuran 2.0 skala richter sahaja untuk meruntuhkan Al-Aqsa’. Demikianlah harapan besar mereka yang mungkin tidak diketahui oleh kita.

Ayuh umat Islam. Ayuh bangunlah dari mimpi dunia yang membuaikan lenamu. Rentetlah perjalanan sejarah Palestine di sana. Ingatlah kembali bagaimana mulanya Saidina Umar membuka Palestine, dan seterusnya Panglima Salahuddin Al-Ayubi menawan Palestin serta Al-Aqsa. Sedarkah bahawa warisan kita diceroboh dengan rakus disana…Yahudi laknatullah mendudukinya secara keji. kini sudah 60 tahun tanah itu dimiliki Yahudi.Tegakah kita sekadar menyaksi dengan jiwa dan jasad yang sepi. Saudara kita menjadi pelarian di negeri sendiri…dizalimi dan dibunuh sesuka hati, sedang kita hanya sekadar menonton di TV dengan sedikit cuma rasa simpati..…siapa yang akan membela mereka ini ??

(sambungan – akan datang)

7 Komen

  1. bulanmasa said,

    20 Mei 08 pada 11:10 am

    Umat Islam telah cuba nasionalisme di era Anwar Sadat
    …nasionalisme gagal
    Umat Islam telah cuba ikut perjanjian damai
    …perjanjian damai gagal
    Umat Islam juga telah cuba demokrasi
    …demokrasi gagal

    Umat Islam berjaya mengambil al Aqsa di zaman Umar dgn khilafah,
    Umat Islam berjaya mengambil semula al Aqsa di zaman Salahuddin al Ayubi dgn khilafah,
    Dan umat Islam sekali lagi akan berjaya semula al Aqsa dgn khilafah,

    Sabda Nabi….khalifah adalah perisai, dibelakangnya umat Islam berperang dan berlindung….

    Konflik Israel Palestin,
    konflik yg dicipta utk tidak diselesaikan,
    dgnnya perhatian ummat dapat dialihkan,
    dari masalah utama kepada masalah cabang,

    Insyaallah khilafah yg akan tegak
    mudah-mudahan dalam masa terdekat
    akan mengakhiri kebiadaban Yahudi

    ayuh bersama-sama
    kita kembalikan semula kehidupan Islam
    melalui tegaknya negara khilafah

  2. globalmalau said,

    20 Mei 08 pada 11:58 am

    simpati berterusan

  3. dhuat79 said,

    22 Mei 08 pada 7:27 pm

    Sekadar berkongsi.

    Untuk mendengar lagu Palestina:Dendangan Luka!

    Silalah ke sini http://kaset79.blogspot.com/2008/04/peri-pentingnya-sesebuah-demo.html

    Terima kasih tuan rumah🙂

    Terima kasih datang lagi

  4. Tawel Sensei said,

    22 Mei 08 pada 8:10 pm

    Bukan Yahudi laknatullah, tapi Zionis laknatullah sebab bukan semua Yahudi bersetuju dengan dasar apartheid dan pengganas yang dilakukan oleh rejim Zionis.

    Bukan semua Yahudi itu Zionis, sepertimana juga bukan semua Muslim itu Taliban.

  5. ummuhanah said,

    23 Mei 08 pada 8:56 am

    salam Tawel…
    Terima Kasih atas pembetulan dan peringatan ini..bukankah ad-deen itu nasihat ? jadi bernasihat-nasihat lah sesama kita ye…

    Memang benarlah Al-Aqsa menjadi sasaran golongan ekstremis yahudi dan golongan zionis kristian yang rata-ratanya terdiri dari golongan Evangelis. Mereka ini bercita-cita merobohkan Al-Aqsa dan digantikan dengan Haykal (kuil suci org. yahudi).Walaupun objektifnya berbeza, tetapi impian kedua-duanya adalah sama…iaitu merobohkan Al-Aqsa.

    Saya pernah membaca tulisan yang berbunyi begini

    ‘Yahudi mengimpikan pembinaan kali ketiga kuil suci mereka yang dipanggil HaMikdash, sebagai prasyarat kedatangan Messiah, manakala kristian Evangelis menjadikan agenda pembinaan Haykal tersebut sebagai pra syarat kedatangan jesus, yang hanya akan muncul di baitul Maqdis, apabila suasana di sana nanti menjadi seperti suasana kemunculannya kali pertama dulu. Pokoknya, kedua-dua golongan tersebut mengimpikan kehancuran masjid al-aqsa dan juga penggantiannya dengan sebuah binaan lain bernama Haykal atau HaMikdash. Sedangkan Al-Aqsa dan Baitul Maqdis mempunyai kedudukan istimewa di dalam hati setiap orang islam.Bagi orang yahudi pula, Kota Al-Quds yang disebut Urshalem merupakan tanah yang paling suci di mukabumi ini iaitu kota suci yg dijanjikan oleh tuhan Yawheh yg banyak disebut dalam kitab Torah. Di sinilah kononnya sulaiman membina Haykal, yang mana di dlmnya terdapat satu tapak yang paling suci dinamakan Holy Of Holies.
    Rabbi-rabbi Yahudi pernah berkata ” how can I forget you Urshalem, curse upon my right hand if I ever forget you oh Urshalem ”

    Selepas zionis menginisiatifkan pengistiharan ” The Greater Jerrusalem ” dan dlm usaha meluaskan ukuran geografi kota suci Al-Quds (dengan cara memasukkan kebanyakan penempatan yahudi di dlm lokaliti tersebut utk menambahkan demografi bangsa Yahudi ke dalam kota itu) dan Ql-Quds semakin membesar. Zionis mengambil 70% daripada keseluruhan tanah di kota suci itu, memberikan cuma 13% kepada pemilikan rakyat Palestine, manakala 17% untuk bangsa Yahudi..Jadi apakah bezanya pemilikan bangsa yahudi dan pemilikan rejim zionis ini kerana kedua-duanya menganiaya rakyat Palestine…wallahualam

    Apa-apa pun saya percaya, masih ada yahudi yang tinggi rasa kemanusiaannya terhadap muslim Palestine..walaupun bilangannya mungkin kecil

    Bacalah buku Dari Beirut Ke Jerussalem ( from Beirut to Jerrusalem – Dr. Ang Swee Chai) menyoroti rasa penderitaan rakyat Palestine dari kacamata seorang non-muslim. Beliau adalah saksi tragedi sabra dan syatila. Saya sudah menikmatinya ..Allahuakhbar..I burst into a flood of tears…
    sudahkah Tawel membacanya??

  6. ummuhanah said,

    23 Mei 08 pada 9:16 am

    @globalmalau…simpatimu…orang palestine pasti dapat merasakannyanya..

    @dhuat...saya ke sana nanti…Insya Allah.

    @Bulanmasa…tulisan anda mengingatkan saya pada satu nasyid dari sebuah kumpulan nasyid al-arqam…saya masih mengingati liriknya dgn sempurna, antaranya..

    Zaman Nubuwwah…
    era khulafa…Islam laksana api yg menyala
    menerangi teman dan juga sahabat…
    bahang panas yang membakar lawan…

    di celah itulah kami mengatur langkah..
    membina sebuah thoifah..
    Di sini bara, tak pernah padam
    digenggam kukuh sebuah azam…

    ramai sebenarnya yg mengimpikannya…saya kira

    Syed Amjad Al-Zahawi ( rahimahu-Allah) telah menyebut :
    “Sesungguhnya dunia Islam hari ini telah terbakar, dan berkewajipan setiap kita mencurahkan air walaupun sedikit untuk memadamkannya, sekadar yang termampu olehnya tanpa menunggu orang lain melakukannya.”

    Kerja-kerja Islam cukup banyak, lantaran kezaliman juga melimpah ruah. Medan tempur telah terbentang di depan mata, tanpa terlalu menunggu untuk mengumpul tentera yang ramai, persenjataan yang banyak, kita pasti akan terus berjuang menyekat kezaliman yang menghalang tertegaknya Islam yg sejati di kalangan orang islam, dan menghalang dari tersebarnya Islam sebagai rahmat kepada alam sejagat…

  7. bulanmasa said,

    25 Mei 08 pada 4:42 pm

    Salam,

    Tu antara nasyid-nasyid favorite saya tu,
    Tiap-tiap hari pasang namun tak pernah jemu
    Tapi sekarang dah tak de,
    Cuma nasyid-nasyid hijjaz
    yg kini menjadi pengubat rindu
    nasyid-nasyid yg seumpamanya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: