Menjauhi Mentaliti Dinasour

Ramai di kalangan kita yang mengenali dinasour. Ia adalah binatang yang besar tubuhnya lagi ditakuti. Ratusan ribu tahun dahulu, binatang ini menguasai dunia. Namun tiba-tiba berlaku kejadian yang menyebabkan ia pupus untuk selama-lamanya. Pakar-pakar sains tidak dapat memastikan apa sebenarnya yang berlaku, tetapi mereka pasti dinasour pupus kerana tidak dapat menangani perubahan .

Begitu juga apa yang berlaku pada burung undan di Monterey. Monterey adalah sebuah banar di California. Puluhan tahun yang lalu, pantainya dipenuhi dengan burung-burung undan. Burung-burung ini hidup dengan memakan perut dan usus ikan yang dibuang oleh para nelayan selepas ikan-ikan itu dibersihkan. Pada suatu masa, para nelayan menyedari mereka boleh mendapat keuntungan lebih jika menjual perut dan usus ikan kepaa pihak-pihak tertentu yang memerlukannya. Sejak dari tarikh itu, mereka tidak lagi membuang perut dan usus ikan kepada burung-burung undan.

Apa yang berlaku perlu dijadikan iktibar bagi diri kita. Burung-burung undan itu menjadi kurus kering dan mati satu persatu disebabkan mereka tidak berusaha mencari dan menangkap ikan. selama ini mereka hanya menanti para nelayan mencampakkan makanan. Mereka pupus hanya kerana suasana berubah, tetapi sikap mereka tidak berubah.

Masjid Al-AqsaUmat Islam mempunyai mentaliti yang berbeza dengan Dinasour. Sebagai contoh, semasa Kota Baitul Maqdis jatuh ke tangan orang Islam, pihak penguasa kota yang mewakili pemimpin Tertinggi Rom, ingin meyerahkan kunci kota kepada khalifah Islam yang pada masa itu dijawat oleh Omar al-Khattab. Khalifah Omar bersetuju untuk datang ke kota Baitul Maqdis dan semasa beliau tiba di situ beliau terkejut melihat pakaian tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Panglima Abu Ubaidah bin Jarrah. Mereka telah mengenakan pakaian yang cantik dan mahal bagi menyambut kedatangan khalifah. sebagai tanda tidak setuju dengan tindakan mereka, Khalifah Omar mengambil segenggam pasir dan melemparkan kepada mereka. Panglima Abu Ubaiah Bin Jarrah memahami dengan kemarahan Omar lantas memberitahu bahawa perbuatan tentera itu adalah kerana masyarakat sekeliling tidak menghormati golongan yang selekeh. Jesteru bagi menjaga imej dan maruah Islam, mereka telah berpakaian indah sedangkan prinsip-prinsip dan landasan agama masih tetap utuh di hati.

Sahabat-sahabat nabi adalah golongan yang berjaya kerana mereka berani menghadapi dan menangani perubahan. Pada zaman nabi, solat tarawih tidak dilakukan secara berjamaah tetapi pada zaman Khalifah Omar al Khattab ia dilakukan secara berjamaah.Pada Zaman nabi Quran tidak dibukukan tetapi ia telah dibukukan semasa zaman Uthman Bin Affan. Begitu juga dengan syariaat Islam, ia sesuai dan relevan pada setiap zaman kerana mempunyai kaedah bagi menangani perubahan. Berhubung dengan penetapan hukum hakam Islam yang berkaitan dengan isu-isu ranting, kaedah fikh Islam ada menyatakan perubahan fatwa dan perbezaan pendapat berkenaan dengannya boleh berlaku disebabkan oleh perubahan zaman, tempat, suasana, niat dan adat. Inilah kekuatan yang ada pada Islam yang memampukannya untuk terus berkembang dan relevan sepanjang zaman. dengan ini Islam tidak pupus macam Dinasour.

Jangan lupa, anda juga akan hancur dan pupus seperti Dinasour apabila anda tidak sanggup berubah. Memang benar, orang yang tidak mahu berubah akan diubah.

Sumber : Tujuh Formula Individu Cemerlang ; Dr. Danial Zainal Abidin

_________________________________________________________________________________________________

Saya tidak berminat untuk memperincikan ulasan tentang isu hukum hakam islam yang dikatakan boleh dibuat perubahan dan penyesuaian, itu bukan bidang saya. Tapi saya tertarik dengan makhluk Dinasour yang dikatakan pupus dan sekadar meninggalkan rangkanya saja untuk kita manfaatkannya…..itupun tak boleh nak dibuat sup juga. Saya kira, kalaulah Dinasour masih wujud sampai sekarang….alahai apa akan terjadi pada dunia kita. Tentulah Dinasour menjadi saingan yang hebat pada pembangunan dunia yang semakin pesat dan sarat memenuhi ruang bumi ….kat mana dinasour nak tinggal agaknya …Tu tak campur dengan T-Rex yang gemor makan haiwan dan orang, serta spesis Dinasour yang boleh terbang dan boleh menjejaskan laluan traffic udara. Apa pun saya rasakan Dinasour memang perlu pupus kerana dia tak berapa comel dan tidak diperlukan pula oleh manusia . faktor saiz dan rupa paras barangkali yang menjadikan ia kureng sesuai untuk terus wujud sampai ke hari ini. Kecualilah pengeluar produk sendayu Tinggi maupun Total Image boleh memberikan ‘extra formula’ pada produk mereka, bagi mengatasi masalah obesiti Dinasaour ini…dengan itu Dinasour yang boroi ini boleh slim and steady and ready untuk turut berada di padang ragut seperti kambing-kambing dan lembu kita juga la adanya….aarrrgghhh apa niii..

Menariknya artikel di atas bila disentuh tentang kesediaan mentaliti muslim untuk berubah bagi mendepani dunia yang juga semakin berubah. Kejumudan minda hanya akan menjadikan muslim tidak mampu berkembang melainkan tetap kekal ditakuk yang lama. Ini sudah pasti menyediakan medan yang agak terhad bagi Islam untuk terus bersaing, berkembang dan memenangi hati manusia. Sungguh pun demikian, ruang bagi fleksibiliti ini sudah tentulah menuntut kepakaran yang tinggi serta memiliki disiplin ilmu yang sohih lagi benar. Kita bersetuju bahawa Islam itu hakikatnya mempunyai dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang tidak boleh diubah. Namun realiti menunjukkan bahawa terdapat juga bahagian yang terbuka kepada pandangan dan bersedia menerima perubahan mahupun pengembangan.

Dr. Danial ada juga menyebut, antara perkara yang menerima pengembangan adalah berkaitan dengan metodologi dakwah, tuntutan fardu kifayah, pentafsiran ayat-ayat yang berkaitan dengan alam dan sains, memahami hikmat suatu suruhan dalam batas yang diizinkan serta perbahasan hukum-hakam ranting yang begitu luas dan pelbagai. Saya berpendapat kita sebenarnya perlu bersedia untuk menerima pandangan-pandangan baru di dalam Islam selagi mana ia bermanfaat untuk kehidupan manusia dan tidak pula bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam….wallahualam

ummuhanah

10 Komen

  1. bulanmasa said,

    30 April 08 pada 5:51 pm

    Salam,

    Ma farothna fil kitabi min syaik…yg ertinya tidak satu benda pun kami alpakan, maksudnya semua perkara diterangkan dalam Islam.

    Ya Islam adalah agama yg lengkap,
    Dengan itu kita tidak bergantung kpd sesuatu dari luar Islam,
    Kerana itu adanya mujtahid adalah penting agar masalah-masalah baru dapat dicari dan digali hukumnya.

    Islam turun utk menyelesaikan masalah hidup manusia dgn memandang manusia dari segi fitrah kemanusiaannya,
    bukan manusia yg hidup pd masa dan tempat tertentu atau bangsa tertentu,

    Oleh kerana fitrah manusia itu tetap dan sama sepanjang masa dan zaman,
    contohnya manusia bila pun dan di manapun makan, minum , kahwin, ingin memiliki kekayaan, menyembah tuhan dsbgnya
    sementara yg berubah hanyalah benda dan teknologi,
    maka Islam tetap sesuai bagi manusia sepanjang masa dan zaman,

    Kerana itu hukum Islam itu tetap dan tidak berubah

  2. ummuhanah said,

    30 April 08 pada 6:35 pm

    salam ustaz Bulanmasa

    syukran jaziilan..atas komen ustaz

    saya dengar ada juga hukum Islam yang sudah berubah sekarang mmm..contohnya majoriti ulama fiqah dulu melarang wanita solat dimasjid,tapi sekarang hukum itu sudah tidak diterima pakai.. ini kerana kononnya sekarang dah aman dan org perempuan dah keluar ke mana-mana…menuntut ilmu, bekerja, berniaga dan berdakwah ke dlm masyarakat…jadi tak kena kalau ke masjid dilarang pula…tak gitu ustaz…perkara yg sama juga untuk larangan wanita menziarahi kubur…sekarang dah boleh dah tapi kena jaga batas pergaulan,pertembungan laki2 dan perempuan…wallahualam

  3. bulanmasa said,

    7 Mei 08 pada 5:45 pm

    Salam,

    Ketika mengistinbat (menggali) suatu hukum , pertamanya realiti suatu masalah perlu difahami dulu. Selepas itu dikaitkan dgn dalil-dalil berkaitan ttg masalah tsbt. Apabila seorg mujtahid berijtihad, maka itulah hukum syarak bagi kita.

    Perbezaan hukum di situ, atau dalam hukum-hukum yg lain adalah kerana, secara ringkasnya kerana perbezaan dalam penggunaan dan pemahaman dalil. Di samping itu, mungkin kerana realiti yg dimaksudkan dulu adalah realiti yg berbeza walaupun ada kemiripan.

    Salah satu contoh adalah, hukum arak dan cuka. Hukum arak, sampai kiamat adalah haram, manakala hukum cuka adalah halal. Ada org menggunakan contoh hukum boleh berubah menggunakan contoh perubahan air tapai kpd tuwok dan seterusnya cuka. Jadi, hukum berubah mengikut masa dakwa mereka.

    Sebenarnya hukum tidak pernah berubah. Hukum arak adalah haram dan sampai bila pun haram. Dan apabila air tapai berubah menjadi air tuwok, realitinya bukan lagi air tapai, tetapi arak, kerana itu dalil yg tepat thdp air tuwok adlh dalil berkenaan arak, maka hukumnya adalah haram.

    Dan seterusnya apabila air tuwok berubah menjadi cuka, maka realitinya bukan lagi arak tetapi cuka, maka dalam hal ini dalil yg digunakan bukan lagi dalil-dalil ttg arak. Kerana itu ianya halal.

    Jadi, hukum keharaman arak tidak pernah berubah dan hukum kehalalan cuka juga tidak pernah berubah.

    Kadang-kadang seorg mujtahid menggunakan suatu dalil yg dianggapnya kuat, sementara mujtahid yg lain menggunakan dalil yg lain, perbezaan ini boleh menyebabkan perbezaan hukum.

    Boleh jadi dua atau lebih mujtahid berbeza dalam memahami perkataan yg sama. Contohnya, ayat al Quran yg menyebut ttg menyentuh wanita. Pemahaman Imam Malik & Imam Syafie bertentangan 180%. Namun, kedua-dua pendapat tsbt sama kuat sehingga masing-masing pendapat tidak dapat di kalahkan.

    Ada suau kisah di mana seorg mujtahid / ulamak yg tersohor yg mengeluarkan suatu ijtihad. Tetapi kemudian dia dapati pendapatnya salah, lalu dia berkeliling kota utk memberitahu org ramai bahawa ijtihadnya itu adalah salah dan jgn pakai.

    Perlu dicatat, ijtihad adalah dalam perkara-perkara yg dzon sahaja. Dalam perkara yg jelasdan qotie’, tiada ijtihad atau tak perlu ijtihad.

    Kita, sbg muqollid (org yg bertaklid), pastinya tidak boleh bagi kita berijtihad. Dgn demikian, kita wajib bertaklid kpd mujtahid. Dgn aqal yg sihat dan waras, maka bolehlah kita memilih manakah pendapat yg lebih kuat hujjahnya. Dan supaya kita tidak sekadar muqollid am (taklid buta) tetapi sedikit demi sedikit kearah muqollid muttabi’ (bertaklid tapi faham dasar-dasar hukumnya).

  4. rifqah said,

    8 Mei 08 pada 4:29 pm

    assalamualaikum…………………..mlmh.akhirnya saya jumpa jg web mlmh ni.terima kasih kerana mewujudkan web ini khususnya utk saya dn anak2 mlmh membacanya.

  5. ummuhanah said,

    10 Mei 08 pada 8:27 am

    salam ustaz bulanmasa
    beruntungnya kalau web kita dilawati ustaz, kitapun boleh menumpang teduh dgn. keluasan ilmunya…terimakasih.

    rifqah…waalaikumsallam….terima kasih kembali….mai lagi no!

  6. bulanmasa said,

    12 Mei 08 pada 1:52 pm

    salam,

    keluasan ilmu ?
    terlalu berlebihan tu,
    barangkalai saya hanyalah seorg kakak tua (yg masih muda)
    yg hanya pandai berkata-kata
    tanpa benar-benar memahaminya

  7. ummuhanah said,

    14 Mei 08 pada 7:35 pm

    salam ustaz bulan…alahai berlebihan ke??…tak de lah…memang luas le ilmu tuan berbanding saya..puji skali skala..okey kot no…angguuk

  8. bulanmasa said,

    15 Mei 08 pada 1:33 pm

    Tak okey !

  9. iffat said,

    22 Julai 08 pada 10:49 pm

    saya begitu tertarik dengan cerita yang terkandung dalam ruangan kerana ia menceritakan kita mengenai budaya umat islam dengan dinasour.Dinasour merupakan makhluk Allah yang telah pupus berjuta-juta tahun dahulu.Perkara ini boleh dikaitkan dengan umat islam zaman kini yang semakin buruk akhlaknya.Tidakkah anda semua mahu mengembalikan era kegemilagan islam seperti Andalusia dahulu.Negara itu merupakan negara islam yang maju daripada negara-negara barat pd zaman dahulu.Ramai tokoh-tokoh yanh dilahirkan di sana contohnya ibnu sina,ibnu batuta,ibnu khaldun dan sebagainya.Namun,setelah sekian lama umat islam pada zaman itu makin mengejar makin mengejar pangkat dan ini meneyebabkan kebangkitan orang-orang kafir.Samalah seperti cerita mengenai dinasour dan burung undan yang telah pupus.Begitu juga dengan umat islam masa kini,ramai remaja-remaja islam yang terikut dengan budaya kuning.Ini merupakan langkah-langkah orang kafir untuk mengembalikan zaman arab quraish.Oleh itu fikirkanlah ……………………….

  10. IZZUL FARHAN said,

    15 Mac 11 pada 1:52 pm

    WALAUPUN DINASOUR SUDAH PUPUS, DINASOUR AKAN MENJADI SEJARAH HEBAT SEKALI.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: