Dunia Hanah ……
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini saya rasa macam sedang tenggelam dalam dunia Hanah. Saya luangkan sedikit masa ‘bermain’ dengan Hanah setelah saya sedari semacam saya sudah ‘abaikan’ beberapa effort yg patut saya berikan untuk Hanah. Bukan melebihkan Hanah berbanding anak-anak yang lain, saya cuma cuba qada semula saat yang terlepas dgn hanah, yg dulu saya pernah berikan juga untuk abang2 dan kakaknya.
” macamana nak periksa ni Hanah, bacaan hanah baru sampai Anakku 3 je ni?” saya macam mengeluh setelah melihat kad laporan bacaan Anakku yang dikirimkan oleh pihak tadika mencatatkan prestasi kemahiran membaca Raihanah yg agak ketinggalan berbanding murid lain. “ teacher selalu tak suruh baca pun kat skolah…Hanah nak baca tapi teacher tak suruh” Raihanah memberi alasan. Saya terdiam dan mula berasa perkembangan Raihanah dalam membaca ni agak perlahan.
Dia bakal melangkah ke tahun satu januari tahun hadapan tapi masih belum mampu menguasai kemahiran membaca selayaknya sedangkan persekolahan tadikanya tinggal beberapa minggu saja lagi.Yang buat saya rasa sangat kasihan padanya, Raihanah melangkah ke temuduga untuk kemasukan tahun satu beberapa minggu lepas dengan persediaan yang tidak cukup . “ hanah jawab tiga saja yang lain hanah tinggal” katanya pada saya selepas menduduki ujian kelayakan baru-baru ini. “pasaipa pulak camtu ?” tanya saya. ” cikgu kata kalau tak boleh jawab tak pa, tinggal dan buat yang lain pula ” jawab hanah jujur bunyinya “ banyak ke yg hanah tak jawab ?” tanya saya lagi ” banyak lerr….susah la ummi , hanah tak tau dia nak apa?” Raihanah menjawab sejujurnya. “ kan ummi dah kata, tak tahu jawab hanah teka je jangan tinggal kosong. ” saya mengingatkan apa yg saya dah pesan padanya . ” tapi Hanah tak tahan nak kencing masa tu, Hanah pegi tandas , bila balik kelas teacher dah abis baca soalan, hanah hantar je la kertas “ kata hanah selamba je bunyinya. ” pulak daaah ..” saya dah tak tahu nak kata apa, dalam hati berdoa jangan lah hanah terperosok kat kelas paling last nanti.
Kata kawan saya yang menyemak kertas ujian hanah pada hari tu ” ani hang tau dak anak hang tulis nama dia apa kat kertas ujian ?” tanya kawan saya sambil tersengih. “ awaaaatt?? dia tulis apa ??” saya bertanya dgn rasa terkejut dan sedikit suspen . ” RAHIMRAINAH” kata kawan saya it. Alamak
, tak berjaya juga dia mengeja namanya dengan betol walaupun sehari sebelum tu saya berikan latihan intensif khusus utk dia mengeja namanya dengan sempurna berserta nama babanya
Kesian hanah, saya rasa seperti telah mengabaikan perkembangan pembelajarannya di tadika maka dia kelihatan agak ketinggalan.
Saya akui faktor guru tadikanya yang kerap bertukar ganti sehinga 4 atau 5 kali tahun ini mungkin menjadi penyebab kepada masalah ini, sementelah Raihanah baru tahun ini mencuba di tadika barunya setelah saya pindahkan dia dari tadika lamanya awal januari lalu …. atau, mungkin juga saya lah puncanya kerana telah mengabaikan masa serta tugasan saya selaku ‘guru utama’ pada Hanah terutama ketika di rumah…
aahhh…. ummi tak perasan , kesibukan ummi menyebabkan ummi ‘terlepas pandang” perkembangan anak ummi ini.
Dua minggu saja saya mencuri sedikit masa membantu hanah utk mahir membaca dan menulis, serta sedikit kemahiran mengira…Alhamdulillah, progres yg hanah tunjukkan cukup baik. Dia dah memasuki buku bacaan Anakku 6 dan memasuki Iqra 4. Saya mensasarkan dapat membantu Hanah habiskan sehingga Anakku 8 dan iqra’ 5 sehingga akhir tahun ini insyaAllah. Berkeping-keping Flashcard saya tempek di pintu stor berdekatan biliknya dan di dinding peti ais….untuk mudah saya melatihnya.Saya juga tampalkan suku kata- suku kata di merata tempat di rumah saya yang boleh dilihat oleh hanah. Flash card dengan gambar dan perkataan sebagai rangsangan dan tawarkan ‘ sesi bercerita’ sebagai ganjaran jika dia berjaya membaca dengan baik beberapa perkataan yang saya tulis. Ceritanya yg saya tawarkan itu mestilah yang boleh buatkan dia seronok, contohnya cerita hanah comel dengan kucing gebu, cerita bilik tidur hanah bersih, cerita hanah budak rajin dan cantik dan macam-macam lagi cerita rekaan yang watak utamanya adalah Hanah….dia suka saya bercerita tentang dirinya.
Untuk tahap umor seperti hanah, saya cuma perlukan sesi belajar yg sangat pendek sekitar 3 hingga 5 minit saja utk satu sesi…..namun mesti kerap.Maknanya tidak boleh suasana yang formal sangat utk menarik minat budak kecik ni belajar…. dan saya kena banyak ‘bermain’ sambil mengajar. Lokasi belajar juga tidak menentu….kadang di meja makan kadang di tangga rumah, kadang pula ketika menyidai pakaian atau sambil membasuh pinggan.
Apa pun, sedikit usaha yg saya lakukan harap dapat membantu hanah. Sebagai ibu saya juga ingin lihat hanah mampu mengikuti pendidikan tadikanya dengan baik dan mampu memiliki kemahiran sebaris dengan teman-teman yang lain. Di tambah pula sekarang ini kebanyakan murid yg memulakan persekolahan tahun satu kebiasaannya mampu membaca dan mengeja. Itu pencapaian paling minima saya rasa, maka dengan itulah saya bantu hanah utk berada di tahap itu.
Sekarang suasana lebih rileks utk saya setelah anak2 yg lain juga baru menghabiskan final exam mereka…..murid2 saya baru selesai PMR, dan calon SPM dalam ‘persiapan terakhir’ sebelum masuk gelanggang. Semua kelas tambahan sudah tamat, kami dalam usaha menyemak kertas jawapan final exam. Dan tadi saya bawa anak2 pulang menziarahi nenek mereka di kampung jesteru Aidilfitri lepas adalah kali terakhir kami pulang……saya benar2 kesibukan sebelum ini….errrr sangat keletihan sebenarnya.
dalam keletihan dan bebanan tugas yg tak pernah berkurang, saya terasa seperti ingin bercuti ke mana -mana……anak2 dah mula bertanya ” ummi cuti ni kita tak gi hotel ke?“
“Ntah ler, ” kata saya. Sebetul ada kerinduan dan keghairahan lain yg singgah di hati saya.Saya ternampak kaabah, masjid nabawi dan raudhah tatkala memejam mata petang tadi….kebetulan tadinya menonton TV ada laporan dari tanah suci tentang jemaah yg sedang mengerjakan haji……Allahuakhbar.


shafiq berkata,
30 Oktober 11 pada 8:03 am
bgs2 btl umminya..hihi.mlmh apa khabar?lama rasanya sy tak tinggalkan respon disini. tp sy selalu bk khamleng ni…nak cuti sekolah dah ni, blh dh tumpu kat hanah..
us postage rates berkata,
30 Oktober 11 pada 9:08 am
i love your blog, i have it in my rss reader and always like new things coming up from it.
ummuhanah berkata,
30 Oktober 11 pada 11:12 pm
syafiq….lama tak dengar khabar berita, muallimah pernah singgah di blog syafiq dan cuba tinggalkan komen tapi tak dapat…harap dapat tinggalkan contact number….banyak yg kami nak tanya….dah tu kami tunggu kad jemputan tak kunjung2 tiba….gusar kami dibuatnya
ummuhanah berkata,
30 Oktober 11 pada 11:17 pm
us postage rates …. thanx for the support and your interest in my blog.
Iffah Nabiha Ahmad Jailani berkata,
31 Oktober 11 pada 4:39 pm
Salam Muallimah,
Bagusnya
Macam tu lah sistem pendidikan dekat sini, bermain sambil belajar. Adik saya dysleksic, memang bermasalah sewaktu di Malaysia. Tapi bila sampai di sini, cikgu-cikgu kat sini buat macam muallimah la, bermain sambil belajar. Kalau sekolah rendah, main pasir
Adik saya tu kata,”Depa main kotok!”
Strategi pendi9dikan di sini membuatkan perubahan yang besar pada adik saya. sekarang, dia suka ke sekolah
Semoga Hannah jadi orang yang pandai dan berguna di masa hadapan ya
badrul_muhayat berkata,
1 November 11 pada 8:30 am
betul tu…destinasi yang perlu diutamakan untuk dikunjungi ialah baitullah al-haram
jom! bulan disember ada umrah musim sejuk tapi belum dapat kelulusan dari kerajaan Arab Saudi lagi
maybe next week dapat tahu dapat visa ziarah ke x
ummuhanah berkata,
1 November 11 pada 12:40 pm
amboii bukan main excited nampaknya… akak ni kira okey je kalo khairi sanggup nak sponsor….
amacam??
insyaAllah, doa-doakanlah moga Allah kurniakan akak rezeki utk bertamu ke sana suatu masa nanti.
ummuhanah berkata,
1 November 11 pada 1:04 pm
iffah …. bukan senang mengajar kanak2, sebab tu la sekarang guru yg mengajar pra sekolah pun sebaiknya ada kelulusan dan kemahiran dlm pendidikan pra sekolah. … tak boleh ‘hentam’ ikut suka je.
yg untungnya bila ‘bersembang’ dgn kawan2 di sekolah, muallimah banyak memerhati, berkongsi dan merujuk pada kawan-kawan.Pengalaman mereka boleh kita jadikan panduan dan contoh utk diaplikasi dlm keluarga kita pula…camtu je
yang penting kita cuba sedayanya utk membawa masuk apa saja kebaikan dlm rumah kita dan tidak boleh berputus asa dlm usaha ini.
tapi muallimah ada satu kawan( aishah dan ustaz amri) yg muallimah respek betol cara dia abiskan masa beraktiviti dgn anak2. Memang bijak dan cerdik anak2 dia. Iffah boleh lawati blognya cinta-rasul.blogspot.com
Zubair berkata,
8 November 11 pada 2:14 pm
Btul2, takpa sabar dan truskan usaha mendidik.. Insyaallah bakal mnjd pengganti Khadijah Khuwailid ataupun Sahabiah yg lain..
ummuhanah berkata,
12 November 11 pada 9:12 am
amiin….semoga Allah mustajabkan doa enta tuk muallimah..
Healthy Cholesterol Foods berkata,
12 November 11 pada 9:04 pm
Fantastic post, I really look forward to updates from you.
My blog is about Healthy Cholesterol Foods.
shafiq berkata,
22 November 11 pada 10:23 pm
mlmh mahani@ummuhanah, ape yg digusarkanye. i bukan aktres popular sinetron pun..ape yang banyak nak tanya tu? nak contact no?ermm mlmh nora rasanya ada. bg memenuhi permintaan seorang guru/pendidik/murabbi, maka dengan ini saya bagi no saya. sy bg yg official ni. Salamfone – 010 6300 770. sy sebenarnye tgh cuti, nak balik kedah, bila memandangkan cuti sekolah bermula, tak jadi pulak nak ke sana. sy dah lama tak buat “site visit” kat smai@ppai.
sekia