Saya di pusat rawatan Al Jabbar pagi tadi, diatas sofa kulit yang empuk dan duduk saya berlapikkan pad yg menyalurkan gelombang lightwave ke badan saya. Gelombang ‘light wave’ ni dikatakan mampu memotong lemak dalam badan dan ia boleh merawat masalah kegemukan atau membantu sesiapa yg nak slim ……amboiii, wah seronok ‘berehat’ macam big boss di pusat rawatan ini, rilek jer rasa, jika di rumah mesti saya sibuk dgn urusan rumahtangga, ada saja kerja yg hendak dilakukan dirumah….dah tu tak pernah abis pula.
Sejak akhir-akhir ni agak ghairah dgn terapi mesin gelombang Dr Jism ni. Baik gelombang light wave waktu pagi, atau gelombang high voltage sebelah petangnya, ataupun negative ion sebelah malam untuk rawatan stress.
semuanya saya hentam. Lagi pun rasa macam ada tindak balas positif selepas beberapa kali menjalani terapi. Suami menggalakkan kerana berharap dapat memulihkan pengaliran darah ke pembuluh darah dalam mata saya yang masih tersumbat….hmmmm, nak beli mesin tu mahal ooooii…berbelas-belas ribu
Sebenarnya saya baru saja kembali dari Kl menghadiri dua hari program yang dianjurkan oleh Musleh. Makanan hotel buat saya ‘meroyan’ dan tak mampu menahan perasaan…..mmmm nyum nyum nyum,.. dari sarapan pagi hingga makan tengahari dan makan malam, dari aneka roti pastri hinggalah ke puding dan bubur yang lemak bersantan…isshhh rasanya kalori dah mendadak naik dan silap haribulan tekanan darah saya juga boleh memuncak naik ni…itu yang saya bersantai dgn terapi Dr Jisim
Apa pun Al Jabbar tidak membayar saya untuk iklan di blog saya ni. Saja ler seronok berkongsi sambil menikmati secawan kopi manggis+kolegen keluaran Rojam untuk kekalkan ‘keremajaan’…ishh iklan lagi
Kaset lama berputar kembali. Isu-isu basi timbul semula sebagai juadah menjelangnya pilihanraya yg tarikhnya boleh diumum bila-bila masa saja. Saya ‘cemuih’ membaca cerita dan berita politik negara yg pi mai pi mai dok tang tu la. Terbaru Pas sekali lagi cuba di laga-lagakan dengan DAP atas isu hudud. Laman FB gamat dengan kemunculan ustaz mee maggi yang kembali berfatwa tentang kerjasama Pas dengan DAP. Lagu2 kononnya pas tunggangan DAP, pas tolak islam demi undi kembali menjadi modal untuk melepaskan rasa tak puashati dgn kerjasama politik Pas dan DAP. Saya malas melayan isu labu labi. Ia perbalahan sempit yang berkisar pada perbezaan kefahaman fikh politik semata-mata. Saya yakin ia tiada kesudahan jika masing-masing tidak mahu keluar dari kotak perbezaan pandangan ini dan berlapang dada dgn orang lain.
Saya baru-baru ini tegang dengan rakan FB gara-gara demokrasi….ahhh sekali lagi demokrasi mengheret saya pada perbalahan yang bodoh ini. Saya dapati yang menerima dan menolak demokrasi bercakaran sesama sendiri kerana tidak puashati sesama sendiri. Kalau boleh cuma ingin ada satu kesimpulan saja …terima atau tolak. Ajaibnya saya temui pula pihak yang sama-sama menolak demokrasi tapi tetap tidak bersatu hati dan masih menghentam sesama sendiri atas perbezaan perkara yang lain pula.
jadi bila ini akan ada kesudahan sebenarnya ? maknanya kita ini kalau pun boleh sama mengangguk pada satu perkara tertentu mungkin akan saling menggeleng pada perkara yg lain pula…. ahhh pening hamba rasa.
Saya saya ingin memandang dan berfikir dlm kacamata gerakan islam sebagai sebuah gerakan yang dinamik. Memimpin politik di negara kita ini bukan sekadar untuk kalangan ahli dalam parti atau kepada saudara seagama ini, tapi mampu menjadi alternatif paling efektif, disukai dan diminati oleh kaum lain dan seluruh rakyat pelbagai agama dan keturunan. Keghairahan kita terhadap pengamalan politik islam bukan sekadar pengulangan sejarah kegemilangan silam. Islam harus boleh mampu menjawab pergolakan semasa dan menyelesaikan cabaran yg beragam kesan dari perjalanan zaman. Jesteru pintu ijthad jangan disempitkan sehingga Islam digambarkan menyusahkan, menyukarkan dan tidak mampu dilihat umum memiliki hikmah untuk memimpin manusia pada hidup yg lebih sejahtera.
saya sedang menghabiskan sisa kopi, sambil menikmati tulisan Dr Maza di FB sekitar isu hudud, tertarik kupasan pendek beliau supaya sebelum laksanakan hudud perlu ada ijtihad dan analisa-analisa baru terhadap nas-nas hukum.Yang penting islam tidak dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan umat islam mampu memberi gambaran yang indah tentang syariat Islam yang adil sifatnya.


badrul_muhayat berkata,
13 Oktober 11 pada 9:36 pm
Salam,
mesin tu mmg bagus,pernah try yang alpha one, aljabbar tak lagi. seorang pakcik diserang stroke selepas bersama minum malam dengan saya, disahkan serangan jantung. selepas mengamal mesin tersebut, doktor mengesahkan beliau tiada lagi masalah jantung. banyak lagi testimoni yang saya dengar sendiri dari mereka2 yang mengamalkannya.
iltizam tgna untuk melaksanakan hudud mmg cukup tinggi, beliau tetap bertegas walaupun ia bukan sesuatu yang disepakati oleh pakatan rakyat. cuma terkilan, kalau hudud diterapkan kepada orang Islam sahaja, kerana ia dinyatakan dalam alquran dan ditunjukkan sunnah nabi bahawa dzimmi dijatuhkan juga hukuman hudud. Malah setiap mazhab memperincikannya satu persatu.
ummuhanah berkata,
16 Oktober 11 pada 12:40 am
Dah banyak hari tak berkunjung ke terapi aljabbar…sibuk melampau, samentelah anak2 saya dan anak2 murid saya dalam ‘pecutan’ utk final exam. Saya tidak sempat mencuri masa ke sana, InsyaAllah saya sambung semula pd musim cuti sekolah nanti.
jgn kecik hati, saya sisipkan pandangan umum dr zaharudin kat fbnya ini
” Antara kejahilan yang merbahaya di zaman ini adalah pelajar ilmu Islam dari satu dua hadis & terus mengambil faham secara literal tanpa memahami konteks & erti hasil dari gabungan nas yg pelbagai, akhirnya menjadi sesat dlm kefahaman, lebih hodoh apabila dgn gopoh mengutuk ulama sbgi salah hanya krn kefahamnnya terhdp satu dua hadis yg baru dipelajari. Amat benar kata2 hukama “hadis Nabi boleh menjadi racun bila diperolehi secara mentah oleh awam, ia hanya menjadi penawar bila diproses oleh ulama”
pandangan saya pula, keluar dari kepompong teori dan mulakan hukum hudud itu di pentas realiti, yg paling dekat sekali ialah dikalangan muslim sendiri…. apa nak kecoh dengar kafir dzimmi, kalau kat muslim sendiri pun hudud masih sekadar dipentas diskusi?
pengamatan saya terhadap maksud tgna mudah saja sebenarnya ….utk kesalahan hudud, jika dalam amalan agama si kafir terdapat peruntukkan hukuman utk hal itu, maka mereka diizinkan berhukum dengan hukuman mereka….islam tidak menyekat amalan agama bagi penganut lain…. jika tiada , mereka tiada pilihan selain menerima bentuk hukuman yg diperuntukkan oleh undang2 kerajaan yg memerintah. Kalau hukum gantung utk kesalahan edar dadah semua bangsa dan agama boleh terima, takkan hukum potong tangan kesalahan mencuri depa nak banyak songel pula….lagi pun kalau betol hudud ini dari sudut pengamalannya, hukum hudud ialah hukuman yg paling ‘payah’ nak dijatuhkan….ketat syarat2nya.
saya nak tanya badrul…bagi kesalahan zina…yakni persetubuhan tanpa perkahwinan, jika dalam agama kafir hal ini adalah dibenarkan, maka adakah pemerintah islam akan tetap laksanakan hudud kepada mereka?
jika meminum khamar termasuk dalam bahagian budaya/cara dan perbuatan yg dibenarkan dalam agama mereka….adakah mereka juga tetap dikenakan hudud?
ummuhanah berkata,
16 Oktober 11 pada 12:43 am
ini ada tulisan yang baik juga utk di teliti..
Jika kita merujuk pada surah An-Nur 1-19, Allah telah merangka hukum berzina kepada umat Islam dengan terang dan nyata. Disini saya sertakan sedikit dari potongan ayat itu untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang bukan Muslim.
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang-orang yang beriman (-percaya dan yakin pada Allah rujuk Rukun Iman dalam Islam)” [An-Nur: 02]
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;- kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” [An-Nur: 04 & 05]
“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta” [An-Nur:13]
Sekarang mari kita berpindah pada isi kedua yakni untuk siapakah Hukum Hudud ini patut dilaksanakan. Dalam makluman saya, justifikasi yang ingin dijalankan dengan Hukuh Hudud ini bukan untuk semua golongan manusia tetapi hanya terhad pada orang Muslim. Walaupun begitu, terdapat juga keadaan yang membolehkan Hukum Hudud ini dijalankan kepada yang bukan Muslim. Merujuk pada sirah Rasulullah S.A.W. terdapat juga golongan bukan Muslim dibawah naungan pemerintahan seorang Amir (ketua kerajaan atau organisasi Islam). Walaupun Hukum Hudud ini pastinya untuk umat Islam, bagi mereka yang bukan Islam diberi pilihan samada untuk menjalankan hukuman dengan cara Islam ataupun dengan cara yang disarankan oleh agama mereka sendiri. Dalam ertikata lain, lain agama, lain cara hukuman. Tetapi bagi agama yang tidak mempunyai kitab untuk merujuk rang undang-undang agama mereka, maka amat berpatutanlah jika dihukum dengan perundangan umum (tidak semestinya mesti Hukum Hudud) yang telah dipersetujui dan mencapai kata sepakat. Pernah juga terjadi kes dimana orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi pada zaman kegemilangan Islam memilih Hukum Hudud oleh kerana hukuman yang lebih berat akan dilaksanakan jika menurut pada undang-undang agama mereka sendiri.
Faiz Ezra berkata,
16 Oktober 11 pada 3:38 pm
meroyan tu apa artinya ya………
ummuhanah berkata,
18 Oktober 11 pada 5:05 pm
faiz ezra …
boleh google utk makna yang tepat dan benar serta menepati maksud dari dewan bahasa pustaka.
Tapi kami di sini . utk ‘sembang kedai kopi’ ni , mengambil makna umumnya ‘meroyan’ ni macam hilang kewarasan, perbuatan luar dari kebiasaan atau hilang pertimbangan ..