Pengalaman Demonstrasi

Ini bukan tulisan terakhir saya. Tapi InsyaAllah saya akan bercuti seketika mungkin sehingga November.Jadi catatan pengalaman ini saya paparkan di sini supaya saya sendiri boleh membaca dan tidak melupakannya. Ia sungguh istimewa.

Alhamdulillah, Allah kabulkan hasrat saya utk turut serta ribuan lagi umat manusia yg turun berdemonstrasi membantah ISA Semalam. Ia pengalaman yang mahal yang akan saya kenang sampai bila-bila. Sehingga hari ini saya masih menanggung rasa kebencian kepada kerajaan BN, pihak polis dan FRU. Tergambar wajah bengis mereka serta tindakan mereka yang tiada belas. Apatah lagi belakang saya masih sakit dan berbekas lebam terkena tembakan peluru getah. Alangkah terdesaknya mereka memprovokasi kami utk ‘bertempur’ dalam keadaan mereka lengkap bersenjata sedangkan kami cuma datang membawa garam , air mineral, tuala putih, serta hasrat yg tinggi iaitu mendesak supaya kerajaan MANSUHKAN ISA.

Saya bersama rombongan bertolak ke KL jam 12.00 malam ( Jumaat 31 Julai). Selain rombongan kami saya mendapat tahu ada 3 lagi bas dari Kedah yg turut ke KL atas tujuan yang sama. Sebenarnya ketika di KL saya sempat berkenalan dgn beberapa ahli rombongan dari Perak, Melaka, Kuantan dan Terengganu. Saya yakin terdapat banyak lagi rombongan yg datang dari seluruh negeri dan segenap tempat yang turun ke kolumpo untuk tujuan ini.

Selesai solat subuh di tempat rehat Ulu Bernam, kami menyambung perjalanan sehingga ke Rawang. Di situ bas berhenti dan kami menaiki komuter ke stesen komuter bank negara. Terkejut juga bila sampai di stesen tersebut kelihatan sekumpulan polis sudah siap ‘berjaga’. Tanpa menghiraukan kehadiran polis kami berjalan sehingga ke kompleks Sogo dan saya perasan terdapat seseorang yang sedang mengambil gambar2 kami. Dia berada di lokasi yang agak jauh dan berpura-pura membaca suratkhabar bila saya menoleh kpdnya.

Di Sogo beberapa kenderaan polis seperti trak dan jip sudah tersedia di situ. Dan sekumpulan polis kelihatan mundar mandir serta berdiri di sekitar Sogo…amboiiii pagi-pagi lagi dah turun kerja ya, kitaorang nak sarapan dulu la weh !

Maka kami merayap le di kedai-kedai sekitar kwsn itu. Saya kemudiannya memasuki komplek sogo dan jamu mata je ler.Teringin nak shopping baju anak-anak sebab ada potongan harga yg hebat. Tapi duit bawa sikiiit je sebab dipesan jangan bawa lebih dari RM100.Kerana lenguh berjalan dan dah tak larat menemani kawan saya berjamu mata…saya keluar mencari tangga Sogo untuk lepak…lenguuhh asyik jalan je. Saya terdengar percakapan seorang polis wanita yang meminta rakan polisnya (lelaki)menangkap sesiapa saja yang memakai lambang perhimpunan dan berbaju hitam.Menyedari saya mendengar perbualannya, polis tersebut menghalau saya masuk ke dalam…KURANG ASAM polis ni.

Lebih kurang jam 1 tghari, keadaan sekitar makin di penuhi orang ramai. Saya bergegas keluar bila mendapat tahu polis akan menutup pintu-pintu kompleks tersebut. Di luar sudah ada tangkapan dibuat.Saya dapat mendengar jeritan reformasi dari seorang pemuda yang ditangkap bersama rakan2 yg lain. Dada saya berdebar-debar bila polis asyik membunyikan wisel dan menghalau kami. Belum pun mencapai jam dua petang beberapa individu sudah ditangkap dan dibawa ke balai polis. saya mendapat berita bahawa Kak Laila dan anaknya juga turut disumbat ke dlm trak polis dan dibawa pergi.

kami semua cuma bergerak dan beralih tempat bila dihalau polis, tetapi tidak kami tinggalkan lokasi tersebut. FRU mula mengetuk perisai mereka dengan kayu belantan. Bunyinya senada tapi bingit membuatkan kami berdebar-debar. Sehinggalah jam 2.00 petang bila ada saja suara jeritan reformasi dan Allahuakhbar dilaungkan, kami memaut tangan masing-masing dan berlari memasuki kumpulan orang ramai. Dengan laungan takbir kami merapatkan diri diantara satu sama lain dan bergerak kepada kumpulan yang lain.

Dalam keadaan bersesak-sesak itu tidak henti-henti kami laungkan takbir dan hapuskan ISA. saya merasa bersemangat sekali dan melaungkan Allahuakhbar sedaya yang boleh. Kepada Allah saya gantungkan harap agar diberi kekuatan pada perjuangan kami utk meruntuhkan kezaliman ISA. Kepada Allah saya berharap agar penyatuan suara kami ini mampu menggerunkan pemimpin yang zalim itu dari terus mengguna pakai ISA utk berkuasa ke atas kami.

Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar !
Saya terus menjerit kalimah yang tinggi ini bila tetiba saja Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang melintas di celah-celah perkumpulan kami. Semoga jeritan itu sedikit sebanyak mendentam pada dada org kuat DAP itu utk turut terasa betapa hebatnya kuasa kalimat tersebut.Dan semoga dadanya itu juga akan berisi dengan keimanan pada Allah suatu hari nanti.

Dalam perhimpunan kami yang semakin ramai dan percubaan kami utk bergerak ke kawasan yang lain ,tiba-tiba semburan air gatal dan gas pemedih mata mula menghujani kami. Kami bertempiaran lari. Dalam keadaan hidung yang sakit dimasuki gas, mata juga pedih , dengan kulit muka terasa panas saya terdengar suara mengarahkan kami mengunyah garam. saya menggigit plastik garam dan mengunyahnya.

Bila terasa lega sedikit kami kembali memaut lengan masing-masing dan berkumpul semula. Cepat-cepat kami memasuki kumpulan orang ramai, bertakbir dan bergerak ke arah yang lain pula. Sekali lagi kami di sembur dan di tembak dengan gas pemedih mata dari pasukan FRU yg sudah bersedia. Kami lari bertempiaran menyelamatkan diri. Saya lari ke bahagian belakang bangunan iaitu kawasan parking kereta. ramai yg lain turut berlari bersama saya. kali ini semburan tersebut lebih menyeksakan. Nafas terasa sesak sedang airmata saya berjurai-jurai menahan pedih. Terasa seperti mahu pitam dan saya tak putus-putus memohon pada Allah agar menguatkan saya. Bimbang saya tersungkur di situ tentu ia lebih merumitkan. Syukur sorang muslimin menghulurkan sebotol air dan meminta saya menjirus ke mata yang amat pedih itu. Saya kemudiannya berehat dan cuba bertenang. Menarik nafas dan beberapa kali beristighfar. Dasyat sungguh rupanya gas pemedih mata. Ini kali pertama saya menikmatinya. Demonstrasi dulu-dulu tak kena tembak dan sembur camni.

Menyedari saya sudah terpisah dari rakan-rakan, saya menggunakan handfon menghubungi mereka. Rupanya mereka masih di kws berdekatan sogo dan bersembunyi di dalam kedai. saya berjanji akan ke sana sebentar lagi. Bila keadaan sudah agak tenang saya bergerak semula melalui kawasan parking kereta di belakang bangunan. Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman tembakan yang bertalu-talu entah dari mana arahnya. Sekali lagi saya menghidu asap yang menyakitkan itu dan sekali lagi saya berlari menyelamatkan diri. Ketika itulah satu peluru getah singgah di belakang saya dan hampir tersungkur saya dibuatnya…Ya Allah sakitnya.

Dalam kepenatan, nafas yang sesak serta mata yang kembali pedih saya meminta pertolongan seorang pemuda yang kemudian membawa saya ke tempat lebih selamat. Alhamdulillah seorang muslimat turut berada di situ yang menolong menggosok belakang saya dan petugas unit amal menghulurkan air mineral kepada saya. Badan terasa lemah dan dipapah menyandarkan diri ke dinding bangunan. Kemudian teman-teman saya datang dan memapah saya untuk berehat di kawasan yang jauh sedikit..

Tidak lama masa diambil utk berehat kami beredar pula ke Pejabat Agong Pas. Di sana sudah ramai yang berkumpul dan mendengar ucapan pimpinan. Saya tak dapat melihatnya dengan jelas kerana orang terlalun ramai. Selesai saja ucapan tersebut kami semua diminta bersurai. saya berjalan semula ke sogo untuk ke stesen komuter. Sangka saya ‘cerita’ hari itu sudah berakhir.

Rupa-rupanya pihak polis sudah menunggu di segenap tempat.Trak FRU berbaris merentasi jalan dan polis mengepong dari segenap arah. Semburan diteruskan dan orang awam bertempiaran lari menyelamatkan diri. saya melihat seorang wanita mendukung anaknya dan berlari ketakutan. Kami bersembunyi di sebuah pusat membeli belah ( Maju Junction). Polis menguncinya dan menengking orang ramai di kawasan itu. Hati saya geram dan benci dgn polis yang berlagak berani itu sedang saya tahu hakikat seorang pengecut yang ada dlm dirinya. Sifat sebenar tersembunyi di sebalik Uniform dan senjata yang ada padanya .Headband dan button ISA yang dipakai oleh kanak-kanak direntap dgn kasar dan dia menunjukkan airmukanya yang paling bengis. Dengan kanak-kanak pun nak tunjuk pondan ke ??

Setelah dapat melepaskan diri saya menaiki komuter ke masjid negara. Memang trak polis dan FRU berderet-deret kat situ. kami berehat dan membersihkan diri utk jamak jakdim bila masuk waktu maghrib nanti. Tiada seorang pun polis yang menyahut seruan azan. Mereka masih lepak-lepak diluar masjid. semuanya buat solat jamak takyah dan jamak toksah. Mereka lebih patuhkan najib berbanding Allah. Ini semestinya kerana jika mereka patuh pada Allah nescaya mereka takkan ada keupayaan utk berlaku zalim pada rakyat yang tak berdosa.

Ketika kami beredar meninggalkan masjid negara, kesemua anggota polis di situ berkumpul, bersorak dan bertepuk tangan meraikan kemenangan mereka membantai rakyat. Jelas mereka rasa gembira.Sedikit kami tidak berduka, merasa lemah atau dukacita. Allah saksi segalanya dan pasti usaha kami ini tidak sia-sia.

Ya Allah, ampunkan kami dan terimalah amalan kami. Perteguhkan kami ke atas musuh-musuhMu yang zalim itu.

32 komen

  1. rahmanw berkata,

    2 Ogos 09 pada 8:17 pm

    salam….
    ruginya kakcik….ruginya sebab tak dapat turut serta….bila dah bukak internet…dah tengok gambar….baru le terasa menyesalnya….

    seorang perjuang tidak pernah merasa bosan dengan perjuangannya.
    semoga ALLAH mencurahkan nikmat kesabaran kepada insan2 yang sentiasa berjuang dalam menegakkan keadilan…..aminn….

  2. az_abrar berkata,

    2 Ogos 09 pada 9:54 pm

    assalamualaikum akk. semoga apa yang di alami oleh kita semua semasa demo ini sekurang2nya dapat menyedarkan rakyat yang tidak pernah tahu tentang atau tak pernah ambil tahu tentang ISA ini akan mula memberi perhatian terhadap ISA. Semoga akk cepat sembuh. dan perjuangan ini belum selesai. Allah bersama2 dengan yang benar ! TAkbir…

  3. huda mazlan berkata,

    2 Ogos 09 pada 10:29 pm

    Salam…
    Alhamdulillah..mlmh n rombongan slamat kembali..
    ana pn teringin sgt nk join..
    apa2 pn kita berdoa kpd Allah semoga usaha ini tidak sia-sia..
    insya-Allah..

  4. piz berkata,

    2 Ogos 09 pada 11:58 pm

    Allahuakbar…

    Tahniah moksu…
    Untk org2 yg terpilih shj dpt merasai suasana nih…
    Ambo hanye mampu melihat dan berdoa dari kejauhan shj…
    Rasa sebak bila baca cerita dan melihat gambar2 yg terpapar di mana blog dan web…

    pssstt.. nk tanyo, moksu nk g mano gak, lamo nk becuti nih??

  5. fikru1mustanir berkata,

    3 Ogos 09 pada 11:14 am

    Salam,

    Buruk betul perangai FRU. Mereka merasa seronok membantai rakyat. Cukup bulan hasil titik peluh membantai rakyat ini bertukar menjadi butir-butir nasi yang disuapkan ke mulut anak dan juga isteri.

    Alangkah busuknya titik-titik peluh mereka dan alangkah buruknya butir-butir nasi itu!

    Apa pun ISA adalah buah dari demokrasi!

    Wasalam.

  6. ummuhanah berkata,

    3 Ogos 09 pada 4:50 pm

    Rahman,
    Tak apa lah tak de rezeki rahman nak demo kali ini…lagi pun rahman tak sihat. InsyaAllah lainkali mungkin Allah izinkan..

    az abrar,
    salam kenal, akak singgah di blog anda…tahniah, anak muda yg kental semangatnya. semoga diperteguhkan keyakinan dan ditingkatkan keberanian oleh Allah utk meneruskan perjuangan.

    Huda…
    sangka mlh Huda akan ikut serta hari tu…tak pa, doa yg dipanjatkan itu pun sudah cukup besar maknanya :D

    Cikgu pizmache
    nak wat guano piz dok nun jauh disano….kalu buleh join samo tentu semangat abih cikgu piz kita ni. Terima kasih kerana turut berdoa utk kami.
    moksu tok gi mmano…ado….
    cumo…. errrr…ado khijo sikit sebule duo ni…cheewaaah. harap2 Piz akan rendu sakan pado moksu ni…ehemm!!

    salam utk FM,
    memang buruk perangai FRU ni….cuma saya terfikir adakah semua FRU tu buruk perangai macam yang dok sembur kami tu ke ??..harap mereka mendapat hidayah suatu hari nanti.

    ISA adalah pusaka penjajah diwarisi oleh pemimpin yang takut dengan kuasa demokrasi…maka ISA digunapakai sampai kini. Kalau betol memahami demokrasi…ISA tidak patut wujud sama sekali !!

    kerana ISA dikaitkan dgn demokrasi ke maka anda tidak turun berdemonstrasi ??

  7. mujahid berkata,

    3 Ogos 09 pada 8:47 pm

    salam ziarah.. are u there??? what a suprise.. :)

  8. ummuhanah berkata,

    5 Ogos 09 pada 6:13 am

    yup, I was there …. :D

  9. fikru1mustanir berkata,

    5 Ogos 09 pada 11:19 am

    Salam,

    Berikut adalah fakta pembentukan ISA:-

    ISA merupakan satu akta yang bertindak sebagai tahanan pencegahan (preventive detention). Sebelum ISA, telah ada Ordinan Peraturan Darurat 1948 sebagai undang-undang untuk menghalang anasir subversif khususnya dari Parti Komunis Malaya, yang membenarkan seseorang ditahan tidak lebih dari satu tahun. Setelah darurat diisytiharkan tamat, maka kuasa penahanan yang terkandung di dalam Ordinan tersebut juga turut berakhir kerana peruntukannya telah dimansuhkan. Namun, pada tahun 1960, kerajaan telah meluluskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang ‘menghidupkan’ semula kuasa tahanan pencegahan di bawah peruntukan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Apa yang jelas lagi nyata adalah, lahirnya ISA adalah dari peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang kemudiannya diluluskan oleh Parlimen. Jika kita tanya, siapakah yang meluluskannya? Maka jawapannya tidak lain tidak bukan, ‘wakil rakyat’lah yang meluluskannya. Jika kita tanya lebih lanjut, bagaimana wakil rakyat boleh meluluskan akta sekejam itu? Maka jawapannya, kerana ‘demokrasi’lah yang membenarkannya dan kerana menurut demokrasi, mana-mana undang-undang sekalipun, boleh diluluskan jika mendapat undi/sokongan majoriti di Parlimen. Atas nama majoriti yang menjadi tonggak ‘kelulusan’ undang-undang di bawah sistem demokrasi, maka sekejam mana sekalipun undang-undang itu, ia tetap dapat dilaksanakan, malah yang halal boleh jadi haram, dan yang haram boleh jadi halal, yang penting, majoriti meluluskannya. Di bawah sistem demokrasi, undang-undang Allah boleh dibuat, digubal, dibuang, dimansuh, dipinda dan dihapuskan dengan sesuka hati, pokoknya ia diluluskan secara majoriti. Inilah hakikat demokrasi yang hina lagi menghinakan!!!

    Wasalam. :)

  10. Pemburu berkata,

    6 Ogos 09 pada 8:25 am

    Assalamualaikum…

    Pujian bagi ALlah dan Selawat buat Junjungan SAW

    Tahniah buat Para Menegak Kebenaran dan Pembantah Penindasan semoga usaha kita yang sedikit diredhoi ALlah. Semoga ALlah memberi hidayah buat para pemerintah yang zalim.

    Buat golongan yang sentiasa menyalahkan demokrasi, ingatlah “Undang-undang ALLah tidak boleh dibuat” sebaliknya sudah sedia ada di dalam Al Quran untuk dilaksanakan. Sebaliknya apa yang ada sekarang ialah “Undang-Undang Manusia” yang sedia ada digunakan dan negara kita tidak menerima pakai undang-undang ALlah, itu yang kita perjuangkan. Bukan parlimen mengubal atau membuat “Undang-undang ALah”. Berhati-hatilah menudah orang lain yang dikatakan sekongkong dengan demokrasi. Hakikatnya mereka ini sesekali tidak pernah meredhoi apa-apa ideologi selain ISLAM (termasuk demokrasi). Cumanya inilah ruang yang kita ada untuk ketika ini memartabatkan Islam.

    Lihatlah sejarah kebangkitan pejuang2 Islam ada turun naiknya. Bagaimana Undang2 Islam dilaksanakan di negeri Melaka dahulu dan selepas itu datanglah penjajah menghapuskan pemerintahan Islam di Melaka. Di awal penjajahan adalah zaman kebangkitan, siapakah ulama2 yang memperjuangkan Islam menentang penjajah. Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan banyak lagi. Mereka ini adalah pejuang menegakkan ISLAM keseluruhannya (termasuk pemerintahan), sedangkan kita yang belajar sejarah (tapisan penjajah) di sekolah diajar mereka ini adalah semata-mata menentang penjajah dengan disembunyikan perjuangan Islam itu.

    Dan di zaman ini adalah zaman kita membangkitkan semula Islam secara keseluruhannya kembali. Janganlah kita menuduh orang mengambil ruang demokrasi sebagai tidak mengikut tarikah nabi, inilah usaha dan ikhtiar yang mereka ijtihadkan. Kerana ALah akan tanya APA yang kamu buat, bukan apa yang kamu capai. Allah tidak akan menghukum kerana ISLAM belum berjaya, tetapi Allah menempelak jika kamu berdiam diri tidak bekerja, Ampunkan dosa kami YA ALLah.

    Cukuplah kita mengambil ruang dan peluang menghentam orang-orang yang memperkudakan demokrasi untuk mengangkat ISLAM. Perkukuhkan jamaah masing-masing untuk saling memperkukuhkan batu-bata binaan ISLAM bukan tuduh menuduh mengugat keutuhanan yang dibina.

    “Ya Allah ampunkan kesilapan kami dalam membangunkan ISLAM dan rapat serta eratkan pertalian di antara kami demi mengukuhkan ISLAM agamaMU”

    Setakat yang kita semua faham dan yakin, kita sesekali tidak pernah meredhoi demokrasi ciptaan barat ini. Cumanya ia adalah ruang yang kita ada untuk mengangkat islam. Jika ada ruang lain yang anda nampak jalannya, silakan wahai saudaraku. Andai ia jalan hakiki, Insyallah kita akan bertemu di persimpangan ISLAM nanti. Jangan kita sibuk berbantah sehingga kita tidak sampai ke persimpangan ISLAM itu nanti.

    Wallahu’alam, ALlah yang lebih mengetahui untuk memberi panduan dan pimpinan ke Jalan yang diRedhoiNya.

    Wassalam.

  11. pemuda_re4masi berkata,

    7 Ogos 09 pada 9:49 pm

    salam,
    agak2nya la, knp krjaan msih x pham dgn sruan rakyat utk mansuhkan ISA..? klu mcm ni, konsep 1MALAYSIA msih gagal stelah ISLAM HADHARI..

  12. ummuhanah berkata,

    7 Ogos 09 pada 11:36 pm

    salam fikrul mustanir,

    Saya berpendirian tidak wajar terperangkap dlm terjemahan demokrasi anda yang agak terbatas.Selama anda boleh yakinkan saya ttg kehinaan demokrasi, itulah dia dan setakat itulah sahaja.Kita sudah terlalu banyak menghabiskan masa berbeza pandangan dlm hal istilah, falsafah dan amalan demokrasi. Saya melihat Ia suatu pengulangan yang tidak memberikan impak yang lebih baik terhadap apa yang ingin saya dan anda perjuangankan
    Terjemahan anda benar, cuma ia sgt terbatas kerana disempitkan oleh sikap anda yang cuma bersedia menerima ‘negetif semuanya’ dari demokrasi. Sedangkan jika anda benar-benar teliti, anda pasti dapati bahawa anda sendiri sedang gunakan ‘ruang demokrasi’ yang telah membenarkan anda berada, bekerja, bergerak bahkan berhalaqah bersama sahabat-sahabat anda.Bahkan beberapa siri demonstrasi yg jemaah anda anjurkan juga adalah dari kesempatan demokrasi yg telah kalian manfaatkan…mungkin anda tak perasan.

    Apa teruknya ’suara majoriti’ ?..sedang Rasulullah dan sahabat2 dlm sirah mempamerkan sikap penerimaan mereka terhadap suara terbanyak. namun tetap ditegaskan bahawa Islam bukan membuka semua keputusan dlm menentukan peraturan masyarakat atas suara majoriti. bahkan Islam mewajibkan kaum muslimin utk tunduk kepada ajaran2 syariat Ilahiah yg berdasarkan nas Al-quran dan sunnah Rasul. Inilah yang menetapkan batasan kepada masyarakat dlm menyusun undang-undang dan peraturan.Maka kita berusaha selama ini adalah untuk menurunkan ‘pengkhianat’ yg menerajui pemerintahan yg telah meletakkan ‘mandat rakyat sebagai kuasa mutlak’ dlm segala urusan.

    Adapun memang benar ISA dicipta pada sekitar 1960 bagi menggantikan ordinan darurat (1948). Ia diterima pakai atas kehendak Tun Abdul Razak yg ingin menangani saki baki komunis yg masih ditahan lebih 300 orang dan komunis yg masih bergerak di Perlis , Kedah dan Kelantan. Ia dijanjikan bersifat sementara bagi menangani komunis dgn jaminan tidak akan disalahguna dan tiada sesiapa yg akan teraniaya dgnnya.Tapi ISA masih digunakan sehingga ke hari ini kerana didapati ia menjadi senjata ampuh dan benteng kukuh kpd pemerintah utk meneruskan kuasa.Tidak lagi digunakan kepada komunis tetapi sekarang turut menjadikan ‘rakyat yg tidak berdosa’ sebagai mangsa. Pada saya,tidak kira dari rahim mana ia dilahirkan, dari demokrasi, komunis, teokrasi atau khilafah sekalipun ISA adalah kezaliman yang wajib ditentang.

  13. ummuhanah berkata,

    7 Ogos 09 pada 11:45 pm

    salam ziarah untuk pemburu,
    saya seperti mengenali bahasa tulisan anda tapi malang tetap tak dapat meneka siapa orangnya.Terima kasih atas perkongsian anda dan ia dihargai. Semoga suatu masa nanti kita semuanya dipertemukan di satu persimpangan utk kemudiannya berpimpingan dilaluan sehala…tiada lagi berbantah-bantahan selain dari ikatan kasih sayang dan persaudaraan.
    sungguh saya sangat-sangat impikan saat itu…InsyaAllah.

  14. ummuhanah berkata,

    7 Ogos 09 pada 11:50 pm

    salam pemuda re4masi,

    bukan kerajaan tak faham….sebab FAHAM le tu dia bagi gas airmata kata kita…ngeh3 :D
    Selagi UMNO berkuasa, tak terhapus ISA rasanya.Maka hapuskan dulu UMNO kalau nak hapuskan ISA :D :D :D

  15. rico berkata,

    8 Ogos 09 pada 5:04 pm

    wah!!! apin aku nampak engkau lari terkedek-kedek, lepas tu aku tak nampak dah sebab jerubu tebal, aku menyorok dekat basement ada 19 org termasuk aku. semua ketar lutut aku happy aje

  16. ummuhanah berkata,

    8 Ogos 09 pada 8:21 pm

    hissshh….teruk betol la ko ni rico…mana ada lari kedek-kedek…..ingat itik serati ke….GRRRRRR…
    memang le tak boleh lawan ko rico…ko cinonit je mesti la laju, aku ni kena le lari penuh ayu….tambah berlari dgn mat sabu, glamer beb ! :D :D :D

    awat le tak call aku habaq nak turun…..boleh lah redah jerebu dan basah bersama…keh..keh..keh…opppss

  17. DNA berkata,

    9 Ogos 09 pada 11:37 pm

    Steady la kak cik!!! :D :D :D

  18. L berkata,

    13 Ogos 09 pada 3:52 pm

    Lagi kisah 1 Ogos, yang ni bergerak bersendirian dari Masjid Jamek ke Jalan Raja Laut. Eh, lupa lak… kak cik allergic ngan bahasa omputeh…
    http://vis-a-vision.blogspot.com/2009/08/mansuhkan-isa-my-story-of-august-1st.html

  19. ummuhanah berkata,

    14 Ogos 09 pada 10:35 am

    demontrasi apa bergerak bersendirian ni…zorro punya stail ke ni ?
    bukan b.inggeris je elerjik L oii , bahasa tamil, mandarin, urdu, jawo ponorogo semuanya elerjik….kak cik ngam dgn bahasa melayu je .

    Tak Melayu Hilang Di dunia :D …pergghh rasa macam ameno pulak.

  20. L berkata,

    14 Ogos 09 pada 11:27 am

    gerak bersendirian maksudnya kejap masuk crowd tu, kejap masuk crowd ni. kejap depan crowd, kejap belakang crowd. kejap depan FRU, kejap belakang FRU…

    asyik kena tembak jer, tak sempat nak masuk crowd lama2…

  21. ummuhanah berkata,

    14 Ogos 09 pada 4:48 pm

    oooo…cenggitu rupanya, sori kak cik silap paham. :D

  22. tharieq berkata,

    14 Ogos 09 pada 10:23 pm

    salam,

    GMI ini sebenarnya adalah perjuangan PAS yang hendak menutup kelemahan kerana tidak mampu untuk memperjuangkan Islam yang sebenar… malah telah terpesong jauh dari perjuangan asal…

  23. tharieq berkata,

    14 Ogos 09 pada 10:24 pm

    salam,

    GMI ini sebenarnya adalah perjuangan PAS yang hendak menutup kelemahan sendiri kerana tidak mampu untuk memperjuangkan Islam yang sebenar… malah telah terpesong jauh dari perjuangan asal…

  24. ummuhanah berkata,

    15 Ogos 09 pada 12:17 pm

    salam kenal saudara tharieq.

    Itu pandangan anda dan anda berhak utk ‘percaya’ dgnnya. Cumanya saya sangat menghargai jika anda dpt jelaskan ‘apa perjuangan asal pas dan apa pula yg ‘terpesong’ itu…

  25. orang islam berkata,

    23 Ogos 09 pada 9:16 pm

    assalamualaikum……
    saya sebagai umt islam agak keliru dgn akak. Umt manusia yg tr libat dgn demokrasi tu adalah umt manusia yg tr lalu TAKSUB. Taksub dgn……
    akak fikir la semdiri. Islam x mengajar kite memburukkn org. X gune klo solat kite x tinggal tapi hati kite x elok.
    salam dr saya…..

  26. ummuhanah berkata,

    24 Ogos 09 pada 10:13 am

    salam Ramadhan utk orang islam.

    taksub..ekstrim…itu label yg ‘terlalu’ biasa kita dengar. Cumanya saya tak faham perkaitan tuduhan demokrasi dgn ketaksuban.

    Memang benar Islam tidak membenarkan kita memburukkan orang, tapi bukankah islam juga tidak mengizinkan kita membiarkan dan membenarkan keburukan orang? Apatah lagi keburukan itu memudaratkan kemaslahatan banyak orang.Maka keburukan itu sudah tidak wajar lagi dibisukan dan ditutup-tutupkan. Di saat itu jika memperkatakan keburukan orang bukanlah bermakna hati tidak elok, bahkan itu juga menandakan ‘hati yg hidup’.

    renung-renungkan…

  27. anak malaysia8 berkata,

    3 September 09 pada 3:00 pm

    As’kum,apele korang ni bikin kecoh2 je nk tgk negara ni x aman ke?klu tul2 nk wt perhimpunan ke wtle kt stdium n dptkn permit dulu ni sesuke ht korng je nk wt ktne..dh kne brule ckp sktle n sbgnye..lu pkle sndri…wallhualam..

  28. ummuhanah berkata,

    4 September 09 pada 8:20 am

    salam anak malaysia
    kat stadium sesuai main bola atau buat expo je…tak pun buat konsert macam kerajaan BN dok buat tu la. Tapi kita ni nak demonstrasi….tunjuk perasaan…mestilah nak buat kat public…bukan tempat tertutup. kalau stadium sesuai utk demonstrasi pasaipa UMNO sendiri dari sejak menentang Malayan Union sampai le ‘demonstrasi’ zaman kini tak pernah pun UMNO buat demo kat stadium…..sendiri mau pikir laa….

  29. simple-shida berkata,

    8 September 09 pada 9:26 pm

    salam ziarah.
    awah..mabruk kak.. kak antara insan yg terpilihNya.
    ana hmpir juge ke sana..tpi.. telah termaktub dlm diari hari itu..
    ss bukan antara yg di sana.. ;(

    slmt berjuang kak !!

  30. zzz berkata,

    10 September 09 pada 3:44 pm

    mhh…..dok kata polis zalim..kejam…kalo rumah kene rompak korang cari sape???bukan polis ke??
    kalo anak ilang…sapa yg korang harapkan kat malaysia ni utk siasat dah tangkap org??bukan polis ke??
    kerajaan BN zalim plak??hadoi…anak korang lahir kat hospital mane???kalo hospital swasta ok la..tak mkn duit kerajaan..kalo kat hospital kerajaan??bayar berape jer??ubat ,nursing,consultation..ante-natal,post-natal..berape je korang byr??selebihnyer duit kerajaan yg zalim ni jugak…
    anak kat sekolah tu…biayaan sape??kalo pon kerajaan ni zalim…langsung takde ke kebaikan kerajjan yg kita boleh hargai dan hindarkan diri kita dr buat refomasi jalanan yg nyusahkan org ramai???…ni tak..dok pikir pala hotak sendiri yg dah tak bleh nak tune tu…
    mengata org memang sedap akak oi…jgn dok pikir ape kerajaan buat utk kita…pikir la skali ape kita buat utk kerajaan..kalo setakat rosakkan lagi harta dan pemikiran rakyat…toksah nak ckp perjuangan la…
    ajak la anwar berahim tu masuk pas tgk…nak ke dia???
    kalo PKR memerintah..sapa nka jd perdana menteri??Hadi awang ke Anwar berahim…??tu pon takleh nak jawab…

    kalo kite nak cari kesalahn org lain..berpuloh2 muka surat pon tak abis tulis…tp penah ke kita muhasabah diri…??

  31. ummuhanah berkata,

    11 September 09 pada 9:58 am

    salam shida…tak pe, InsyaAllah lainkali mungkin ada peluang lagi….shida pun masih muda lagi, masih kuat lari….akak aritu semput beb! ngeh..ngeh….amboi rendu pulak kat ‘gelak’ ibnumusa nih… :D

    salam utk zzzz…anda memang mengantok.

    jangan silap faham, yang kami marah sangat ni bukan yang jawatannya POLIS…atau yg namanya POLIS ..atau yang ejaannya POLIS…tapi sebarang kezaliman yang dilakukan oleh sesiapa saja tak kira apa jawatan pun. kalau yang zalim itu POLIS maka POLIS lah yg kami marah….hmmm anda kena betol-betol faham.

    Polis dipertanggungjawabkan utk menjaga keselamatan…bukan mengancam keselamatan. Polis juga bertanggungjawab utk berlaku adil pada semua orang, bukan dicucuk hidung oleh pemerintah dan makan rasuah.

    apa hal pulak cerita bayaran hospital, bayaran skolah ni semua…tak de kena mengena akak rasa.
    Kerajaan tu sapa ?? Najib Tun razak ke ??… yang dok buat hospital buat skolah tu semua pakai duit najib ke ??…atau yg buat spital tu duit UMNO je ke??

    dik… kami pun bayar cukai tau….kami pun warganegara yang bekerja utk ekonomi malaysia.
    kalau pas memerintah pun adik akan ada sekolah dan ada hospital jugak tau…negara china yang komunis tu pun ada spital dan sekolah, takkan parti yg inginkan Islam tak buat spital dan skolah. jangan ingat duit BN yang buat hospital/skolah tu. Duit kita dik, duit rakyat…bukan duit BN…jauh sama sekali duit najib Razak. jadi jangan pertikai hak kami.

    kalau nak pertikai juga suruh BN keluarkan pekeliling semua org PAS, orang DAP dan PKR jangan bayar apa-apa cukai…biar org BN je bayar. Masa tu kami akan ’sudi’ utk tak guna jalan raya, letak semua jawatan dalam kerajaan dan tak pi hospital atau skolah…
    hmmm…akak jamin dalam seminit je kalau perkara ni berlaku…Malaysia akan huru hara, ekonominya hancur terus….dan polis pun tak cukup duit nak dibayar gaji mereka.
    Akak rasa yang ini najib dan BN pun dah faham, cuma adik zzz yg kurang faham.

    jadi akak harap adik faham siapa itu KERAJAAN…

  32. batuhitamlegam berkata,

    12 Oktober 09 pada 1:20 pm

    Demokrasilah ibu yg melahirkan undang2 zalim. Selagi ada demokrasi ….. selagi itulah undang-undang zalim akan terus ada.


Kirim Komen