jadi pun tapai saya….

Sebulan yang lalu saya berkunjung  ke rumah mertua. Seperti biasa kami disambut mesra dan kali ni dihidangkan tapai manis yang sungguh menyelera…manis sungguh saya rasa sehingga tak henti-henti saya memujinya. Sebenarnya tapai pulut yang manis dan lazat itu adalah air tangan biras saya, kak Maliah. Dengan penuh minat saya korek resepi membuat tapai pulut darinya dan saya dapatkan ragi  yang menjadi ‘punca’ rasa manis dan enak tapai pulut buatannya….balik  Sg. Petani nanti saya berazam untuk mencuba.

Pagi hujung minggu lalu saya ke pasar untuk membeli keperluan harian termasuk beras pulut dan  daun pisang.  Alhamdullilah ada satu stall milik sorang Pak cik tu  yang menjual berjenis ulam-ulaman, rebung, keladi, jering, tempe dan DAUN PISANG !…peerrghh rupanya tak de la susah sangat mencari daun pisang di tengah pekan. Harganya pula murah dan berpatutan…seikat lebih kurang seringgit lima kupang.

bahan-bahan yang diperlukan utk buat tapai

“Pak cik saya nak beli daun pisang ni nak bungkus tapai”...saya mula bersuara. ” laa awat habaq kat oghang..lenkali jangan dok habaq, huuh tak jadi doh tapai hang… tawaq la tu “... jawab Pak cik tu pula ” pasaipa ?”, saya keliru dan bertanya ” oghang kalu nak buat tapai jangan dok pi habaq kat oghang len, nanti tapai tak jadik ..tak leh dok ceghita “ jelas pak cik tu lagi “hmmm tak de kena mengena la pak cik, takkan sebab tu tapai tak jadi kut” saya menyanggah kata-katanya. ” lerr hang tak percaya, balik sat gi hang tengok tapai hang nak jadi apa..tak dak dok manih doh heh, tawaq hebiaq le pasai hang dok pi habaq kat oghang. Len kali nak buat tapai kena tahu pantang larang. Pertama skali jangan habaq kat oghang kata nak buat tapai. masa bungkuih tapai pun tak boleh bersembang dengan sapa pun. Oghang pompuan hok datang bulan pun jangan dok tebiang nak buat tapai nanti habih meghah menyala. Pastu kalu hang ada dok amal ayat apa-apa macam kata bismilah tujuh ke, ayat pelaris ke,  memang hang tak buleh buat tapai… dia tak mau nak manis….tak pun dia mentah tak mau nak masak tapai tu. Hang tak percaya cuba tengok balik satgi hang cuba buat…memang tak jadi heh” panjang lebar pak cik tu menerangkan kepada saya. Yakin betul dia dengan pantang larang tapai yang dipegang olehnya.” Setakat pak cik dok tengok ni lagu tu la. Kita kena jaga pantang larang ni sebab oghang hok buat ragi tu depa baca jampi siap dah. Pasai tu la kalu langgar pantang larang tapai tak menjadi” kata Pak cik tu sambil menghulur duit baki.

Ragi diimport khas dari kampung....6 kupang jer

adoii…teruk betol saya rasa…. boleh goyah aqidah dibuatnya. Nak buat tapai pun boleh terjebak dengan ajaran ‘sesat’. Tak payah jadi pengikut Ayah Pin sebab pengaruh ajaran ‘tapai pulut’ ni pun sudah cukup untuk mencalar kesucian aqidah seorang muslim seperti saya. Rupanya di zaman dunia yang sudah mencapai kemajuan dalam bidang ilmu ini masih ada pegangan kolot dan sia-sia seperti pantang larang tapai pulut yang karut semuanya.

Tak pelik kalau tapai saya tak menjadi kerana buat kek pun kekadang ada juga yang tak jadi. Ia disebabkan kesalahan dan kekurangan dalam proses pembuatan. Mungkin faktor ragi yang tidak bermutu atau beras pulut yang silap ditanak… err.. ataupun sebab musabab lain lagi yang boleh dijelaskan secara saintifik dan munasabah. Ianya tiada kena mengena dengan ‘habaq kat oghang’ atau tapai dibuat oleh perempuan yang haid maka ianya tidak jadi.

pulut yang siap diragikan....letak dlm daun pisang

Saya hairan kerana di zaman yang sangat maju ini muslim masih beroleh pemahaman yang kabur tentang kepercayaan mereka terhadap sesuatu. Kedatangan Islam sejak sekian lama ke alam melayu sepatutnya sekarang ini sudah boleh memansuhkan mana-mana kepercayaan yang tidak rasional,  sekaligus mencerahkan pemikiran umat Islam melayu hari ini.  Mereka kemudiannya boleh hidup di atas prinsip-prinsip Islam yang luhur.

Kepercayaan palsu dan karut tidak wajar diperbesar-besarkan lagi dalam amalan hidup masyarakat melayu Islam, kerana ia jelas mencerminkan kemunduran daya berfikir masyarakat tersebut. Islam adalah agama maju dan sukakan kemajuan. Minda yang kolot dan kepercayaan karut tidak akan membawa kecemerlangan dan kemajuan. Bayangkan sekiranya saya terpengaruh dengan ajaran pantang larang tapai pulut yang dibawa oleh Pak cik tadi, sudah pasti saya membatalkan hasrat untuk membuat tapai pulut ini hanya disebabkan percaya bahawa ia takkan jadi kerana ‘habaq kat oghang’,….Alangkah ruginya kerana ia langsung tidak rasional

membungkus tapai...err..cara kelatan..

Sekian lama saya difahamkan bahawa dalam ajaran islam sekiranya saya berkeinginan kepada sesuatu yang baik, saya mesti berusaha dan bertawakal kepada Allah. Saya di larang bekerja di atas andaian bahawa sesuatu itu ada sial majal, malang dan tuah atau kuasa ghaib yang mengawalnya. Saya juga dilarang mempercayai pada kekuasaan selain Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud “tidak ada sial majal (dalam Islam)”. Islam menuntut kita untuk mempunyai cara berfikir yang betul dan jernih seperti mementingkan ikhtiar berdasarkan hukum sebab musabab yang ditetapkan Allah. Islam juga mengajar kita berdoa mengiringi setiap usaha yang dilakukan. “Mempercayai sial majal membawa kepada syirik dan Allah menggantikan semua itu dengan tawakkal” - Hadis riwayat Tarmizi dan Abu Daud.

tapai yang siap dibungkus....pastu diperam 24 jam...

Pernah dalam satu pengalaman menziarahi satu kematian, saya melihat pada jenazah yang diletakkan pisau atau gunting yang tajam. Saya berasa hairan dan cuba bertanya. Maka jawapan yang diterima sungguh mengejutkan “tujuan diletakkan benda-benda tajam itu adalah untuk mengelakkan gangguan dan perisai daripada iblis syaitan”..Astaghfirullah…letih saya menahan tawa dan lucunya tidak terkata. Syaitan mana lah yang masih berselera mengganggu orang yang sudah kaku jasadnya tanpa roh dan nyawa ? Sejak bila pulak syaitan berasa takut pada benda-benda tajam ? Tidakkah kita tahu bahawa perisai kepada syaitan ialah kebenaran aqidah , iman dan taqwa ?Tidakkah kita tahu bahawa yang ingin sangat syaitan goda adalah ‘kita’ yang masih bernafas dan bernyawa bukannya mayat kaku yang dah tak jatuh hukum apa-apa ? Dan tidakkah kita rasa bahawa kita memang sedang mengikut telunjuk syaitan yang durjana ?

Tidak ada tempat bagi orang karut fahamannya. Bahaya jika tidak berhati-hati dan dibiarkan kekal mempengaruhi pemikiran kita. lama kelamaan boleh mengaburkan prinsip keesaan Allah swt dan membawa kecenderungan kepada syirik, sedangkan syirik itu adalah dosa yang sungguh besar.

tersergam megah...tapai buatan hamba !..ngeeiih..

Alhamdulillah, tapai pulut saya manis dan menjadi kesemuanya. Selepas diperam selama satu hari, saya nikmati rasanya yang sedap enak sama seperti yang pernah saya rasa ketika di rumah mertua….alahai pak cik,…. menjadi pun tapai saya, tak tawar dan tak merah menyala….manis dan sungguh menyelera….tapi sekiranya ditakdirkan tidak menjadi tapai saya….. itu tetap tiada kena mengena dgn apa yang pak cik kata……tu semua tak de maknanyerrr….

13 Komen

  1. rico said,

    27 April 09 at 4:29 pm

    membuat tapai perlu sangat kpd kebersihan, iaitu dari daun, basuh pulut tu kena betul2 bersih, pendek kata byk kali kena bilas, tak boleh bercakap masa membungkus tu takut air liur tersembur, kalau pompuan dtg bulan tak jadi pasai darah itu penuh dekat bakteria. tak payah tapai, anak benih semaian pun boleh mati (aku pelajari semasa aku jadi petani). Semua pantang itu mempunyai kesan secara saintifik. Cuma pak cik tu tau nak cakap berdasarkan fakta ilmiah.

  2. ummuhanah said,

    27 April 09 at 7:32 pm

    eh betol ke rico…agaknya ko pegang ‘pantang’ ni lah masa bukak ladang cabai dulu tu….hiss ada ke camtu.

    Aku terima pandangan tentang kebersihan beras dan daun pisang.Yang air liur bersembur tu rasa macam keterlaluan….. kenapa isu bersembang dan air liur bersembur ni tak timbul pulak masa bungkus tempe atau bungkus nasi lemak…errr…yang pompuan datang bulan lagilah tak logik…..sampai hati kata pompuan haid tak hygene…..sekarang menjaga kebersihan diri dah moden….tak mungkin merebak bakteria sehingga memerahkan tapai. kalau macam tu pompuan haid bukan saja tak boleh buat tapai…..patut langsung tak boleh sediakan makanan utk keluarga sebab mereka dlm keadaan ‘berbakteria”…. :D

    Rico….rendoooo…bila nak mai sini weh….

  3. rahman said,

    28 April 09 at 9:52 pm

    salam….
    buat tapai?

    elehhhhhhhhhhhhhhh……………senanggggggggg…….. :-)

  4. ummuhanah said,

    28 April 09 at 11:17 pm

    hamboiiii…..memang la senang rahman oii ….tapi bila ada ‘PANTANG LARANG’….tu yang menyebabkan ‘buat tapai jadi susah’…..

  5. rico said,

    29 April 09 at 5:31 pm

    laa aku bukan pegang pantang larang, tetapi aku berkata pasai kebersihan, sebab sesetengah org yang dtg bulan bau darah dan auranya yang tak elok. Lagi satu cuba hang hayati ye biasanya perempuan ketika ‘hari merah’ ia letih, penat dan tak sihat. Jadi dia melakukan kerja dalam hatinya tak girang, sudah pastilah ia akan menjejaskan apa sahaja kerja yang dilakukannya. Cuba hang perhatikan masakan hang sedap ketika hang tak da mood untuk masak tetapi terpaksa masak jugak sbb perut meminta. bagaimana? jgn salah faham ye.

  6. ummuhanah said,

    29 April 09 at 6:43 pm

    peerrrghhh…lawan tokey yer…kih..kih…

    eh aku kan tak nafikan pasai kebersihan …. yang tu aku setuju…bukan buat tapai jer….menyediakan makanan apa pun wajib menjaga kebersihan, apatah lagi makanan yg nak dijamukan kepada keluarga dan teman-teman…

    hiss… ta’mou komen ler pasai bendera merah tu…tak setuju sungguh….
    cuma soal menyediakan makanan ketika mood tak molek memang memberi kesan kepada kelazatan makanan…tapi tak de perkaitan ler dgn tapai yg aku cerita ni …… warna tapai merah menyala angkara wanita yang sedang uzur…. merepek !

    errrr, ko kalau hari cuti tu selalu moody ker ??…dulu okey jer… dah tetua ni emosi pulak ko yer…. nasib baik jauh…kalo dekat aku spray macam aku dok buat sokmo dulu…. :D :D :D

  7. Zainal said,

    1 Mei 09 at 5:49 am

    tapai oh tapai, masih ada rupanya kepercayaan2 karut mcm nih, walau apa jua tujuan kepercayaan tu diperturunkan, ttp salah krn mempunyai unsur khurafat dan merosakkan akidah, biarla niat utk kebersihan pun. Tapai ni selalu org buat sbb dia nk buat, kalau dh moody jgn kata tapai, masak dinner pun mungkin xnak, jd x timbul isu moody ketika haid nih. tp bg golongan ibu2 ni, walaupun moody mahupun marah, masakan depa sedap ja…hehe.

    cakap apa yg sampai nk terpercik habih masuk tapai tu…jenuh la lepaih ni nk buat kuih semua kna diam saja. yer2 jer semua pantang tu ada kesan saintifik, lain la kalau darah tu nk terpercik masuk dlm tapai, which is impossible to happen. paling xleh blah, nk wat tapai xleh bagitau org lain, ish3, karut sungguh! buat ragi pun kna jampi ka? ish3

    apa2 pun, ana rindukan tapai pulut la mu’allimah ooii…lama sungguh x makan, nnt kalau ana blk leh la mu’allimah buatkan, hehe.

  8. ummuhanah said,

    3 Mei 09 at 11:15 pm

    hehehehe…. bernas sungguh pandangan zainal, macam padi bernas juga. Kita ni macam satu pandangan jer ye.

    Tapi elok juga kalau ‘menyediakan makanan’ pakai topeng mulut tu…..nampak bersih sikit.

    Teringin nak makan tapai pulut ke ??…..no problem..
    balik malaysia nanti order kat Muallimah yer…kali ni kita bungkuih dalam daun getah pulak…. :D

  9. soleh-M said,

    4 Mei 09 at 12:52 pm

    nk buat tapai pon satu kije gak..
    ana tulong mkck ana buat tapai aritu..
    sembang rilek je..
    mula2 je lah..
    lepas tu disuruh diam…
    sbb ckp xberenti..
    heheh

  10. rahman said,

    10 Mei 09 at 5:01 pm

    salam…

    (Pernah dalam satu pengalaman menziarahi satu kematian, saya melihat pada jenazah yang diletakkan pisau atau gunting yang tajam. Saya berasa hairan dan cuba bertanya. Maka jawapan yang diterima sungguh mengejutkan “tujuan diletakkan benda-benda tajam itu adalah untuk mengelakkan gangguan dan perisai daripada iblis syaitan”)

    memanglah kepercayaan karut tu salah….tapi letak pemberat pada perut tu betul kan?

  11. nuriman said,

    11 Mei 09 at 9:21 am

    salam saya pengemar tapai…selalunya tapai mek saya buat tak pernah mengecewakan…ttp kalau saya buat tak jadi masam..ahakssss..kalu balik kelantan sy selalu suruh mek saya buat…buat balik kl ni…manis dan sedap sekali…

  12. abeme said,

    15 Mei 09 at 12:17 pm

    walaupun org semua cerita tentang tape…tapi izinkan saya cerita ttg benda lain. Ubah tajuk sikit. Sorry yea….sebab takut terlupa….kebetulan singgah. Almaklum…saya pengunjung yg tidak dialu-alukan. Sekali lagi sorry….sekadar berkongsi. Harap tuan punya blog tak keberatan dan kalau boleh tolong sebar-sebarkan. TQ.

    CINTA YANG TERINDAH

    perempuan diciptakan kaya dengan perasaan,
    sehingga perempuan merasa mereka begitu “fragile”
    kerana itu perempuan memerlukan…cinta dari seorang lelaki
    sebagai tiang untuk bersandar…..dahan untuk bergantung
    agar tidak rebah
    atau jatuh hancur dan berderai

    manakala cinta wanita terhadap lelaki
    membuat lelaki menjadi gagah perkasa
    sehingga sanggup meredah lautan bara
    demi Tuhan
    dan Rasul yg mulia

    namun ada orang bodoh
    yang asyik bercinta
    berkhayal sehingga lupa
    dunia bagaikan syurga
    yang katanya hangat dan membara
    sehingga lupa nilai dan harga diri
    terjerumus ke lembah dosa
    meniti jurang api neraka

    tiada yang terindah melainkan cinta kepada Tuhan
    cinta yang kekal
    cinta yang abadi
    cinta yang membawa ke syurga
    cinta untuk selama-lamanya

  13. ummuhanah said,

    17 Mei 09 at 11:33 pm

    Terima kasih untuk semua komen yang ditinggalkan utk isu tapai saya ni, termasuk satu komen yang tiada perkaitan…semuanya saya hargai……ngeh..ngeh…macam-macam :D

    Ada pertanyaan dari seorang rakan guru yang turut membaca cerita tapai saya ini , katanya kenapa tak ditunjukkan tapai kat pakcik tu…..hisss saya tak de ler nak ‘bersungguh’ sampai ke tahap itu, tapi andai saya terserempak dgnnya suatu masa nanti saya akan kata ” jadi pun tapai saya…’…

    selebihnya….
    saya setuju,
    cinta kepada Yang Esa akan memandu manusia dlm bercinta sesama mereka…kerana itulah cinta yang membawa ke syurga.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: