Sebulan yang lalu saya berkunjung ke rumah mertua. Seperti biasa kami disambut mesra dan kali ni dihidangkan tapai manis yang sungguh menyelera…manis sungguh saya rasa sehingga tak henti-henti saya memujinya. Sebenarnya tapai pulut yang manis dan lazat itu adalah air tangan biras saya, kak Maliah. Dengan penuh minat saya korek resepi membuat tapai pulut darinya dan saya dapatkan ragi yang menjadi ‘punca’ rasa manis dan enak tapai pulut buatannya….balik Sg. Petani nanti saya berazam untuk mencuba.
Pagi hujung minggu lalu saya ke pasar untuk membeli keperluan harian termasuk beras pulut dan daun pisang. Alhamdullilah ada satu stall milik sorang Pak cik tu yang menjual berjenis ulam-ulaman, rebung, keladi, jering, tempe dan DAUN PISANG !…peerrghh rupanya tak de la susah sangat mencari daun pisang di tengah pekan. Harganya pula murah dan berpatutan…seikat lebih kurang seringgit lima kupang.

bahan-bahan yang diperlukan utk buat tapai
“Pak cik saya nak beli daun pisang ni nak bungkus tapai”...saya mula bersuara. ” laa awat habaq kat oghang..lenkali jangan dok habaq, huuh tak jadi doh tapai hang… tawaq la tu “... jawab Pak cik tu pula ” pasaipa ?”, saya keliru dan bertanya ” oghang kalu nak buat tapai jangan dok pi habaq kat oghang len, nanti tapai tak jadik ..tak leh dok ceghita “ jelas pak cik tu lagi “hmmm tak de kena mengena la pak cik, takkan sebab tu tapai tak jadi kut” saya menyanggah kata-katanya. ” lerr hang tak percaya, balik sat gi hang tengok tapai hang nak jadi apa..tak dak dok manih doh heh, tawaq hebiaq le pasai hang dok pi habaq kat oghang. Len kali nak buat tapai kena tahu pantang larang. Pertama skali jangan habaq kat oghang kata nak buat tapai. masa bungkuih tapai pun tak boleh bersembang dengan sapa pun. Oghang pompuan hok datang bulan pun jangan dok tebiang nak buat tapai nanti habih meghah menyala. Pastu kalu hang ada dok amal ayat apa-apa macam kata bismilah tujuh ke, ayat pelaris ke, memang hang tak buleh buat tapai… dia tak mau nak manis….tak pun dia mentah tak mau nak masak tapai tu. Hang tak percaya cuba tengok balik satgi hang cuba buat…memang tak jadi heh” panjang lebar pak cik tu menerangkan kepada saya. Yakin betul dia dengan pantang larang tapai yang dipegang olehnya.” Setakat pak cik dok tengok ni lagu tu la. Kita kena jaga pantang larang ni sebab oghang hok buat ragi tu depa baca jampi siap dah. Pasai tu la kalu langgar pantang larang tapai tak menjadi” kata Pak cik tu sambil menghulur duit baki.

Ragi diimport khas dari kampung....6 kupang jer
adoii…teruk betol saya rasa…. boleh goyah aqidah dibuatnya. Nak buat tapai pun boleh terjebak dengan ajaran ’sesat’. Tak payah jadi pengikut Ayah Pin sebab pengaruh ajaran ‘tapai pulut’ ni pun sudah cukup untuk mencalar kesucian aqidah seorang muslim seperti saya. Rupanya di zaman dunia yang sudah mencapai kemajuan dalam bidang ilmu ini masih ada pegangan kolot dan sia-sia seperti pantang larang tapai pulut yang karut semuanya.
Tak pelik kalau tapai saya tak menjadi kerana buat kek pun kekadang ada juga yang tak jadi. Ia disebabkan kesalahan dan kekurangan dalam proses pembuatan. Mungkin faktor ragi yang tidak bermutu atau beras pulut yang silap ditanak… err.. ataupun sebab musabab lain lagi yang boleh dijelaskan secara saintifik dan munasabah. Ianya tiada kena mengena dengan ‘habaq kat oghang’ atau tapai dibuat oleh perempuan yang haid maka ianya tidak jadi.

pulut yang siap diragikan....letak dlm daun pisang
Saya hairan kerana di zaman yang sangat maju ini muslim masih beroleh pemahaman yang kabur tentang kepercayaan mereka terhadap sesuatu. Kedatangan Islam sejak sekian lama ke alam melayu sepatutnya sekarang ini sudah boleh memansuhkan mana-mana kepercayaan yang tidak rasional, sekaligus mencerahkan pemikiran umat Islam melayu hari ini. Mereka kemudiannya boleh hidup di atas prinsip-prinsip Islam yang luhur.
Kepercayaan palsu dan karut tidak wajar diperbesar-besarkan lagi dalam amalan hidup masyarakat melayu Islam, kerana ia jelas mencerminkan kemunduran daya berfikir masyarakat tersebut. Islam adalah agama maju dan sukakan kemajuan. Minda yang kolot dan kepercayaan karut tidak akan membawa kecemerlangan dan kemajuan. Bayangkan sekiranya saya terpengaruh dengan ajaran pantang larang tapai pulut yang dibawa oleh Pak cik tadi, sudah pasti saya membatalkan hasrat untuk membuat tapai pulut ini hanya disebabkan percaya bahawa ia takkan jadi kerana ‘habaq kat oghang’,….Alangkah ruginya kerana ia langsung tidak rasional

membungkus tapai...err..cara kelatan..
Sekian lama saya difahamkan bahawa dalam ajaran islam sekiranya saya berkeinginan kepada sesuatu yang baik, saya mesti berusaha dan bertawakal kepada Allah. Saya di larang bekerja di atas andaian bahawa sesuatu itu ada sial majal, malang dan tuah atau kuasa ghaib yang mengawalnya. Saya juga dilarang mempercayai pada kekuasaan selain Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud “tidak ada sial majal (dalam Islam)”. Islam menuntut kita untuk mempunyai cara berfikir yang betul dan jernih seperti mementingkan ikhtiar berdasarkan hukum sebab musabab yang ditetapkan Allah. Islam juga mengajar kita berdoa mengiringi setiap usaha yang dilakukan. “Mempercayai sial majal membawa kepada syirik dan Allah menggantikan semua itu dengan tawakkal” - Hadis riwayat Tarmizi dan Abu Daud.

tapai yang siap dibungkus....pastu diperam 24 jam...
Pernah dalam satu pengalaman menziarahi satu kematian, saya melihat pada jenazah yang diletakkan pisau atau gunting yang tajam. Saya berasa hairan dan cuba bertanya. Maka jawapan yang diterima sungguh mengejutkan “tujuan diletakkan benda-benda tajam itu adalah untuk mengelakkan gangguan dan perisai daripada iblis syaitan”..Astaghfirullah…letih saya menahan tawa dan lucunya tidak terkata. Syaitan mana lah yang masih berselera mengganggu orang yang sudah kaku jasadnya tanpa roh dan nyawa ? Sejak bila pulak syaitan berasa takut pada benda-benda tajam ? Tidakkah kita tahu bahawa perisai kepada syaitan ialah kebenaran aqidah , iman dan taqwa ?Tidakkah kita tahu bahawa yang ingin sangat syaitan goda adalah ‘kita’ yang masih bernafas dan bernyawa bukannya mayat kaku yang dah tak jatuh hukum apa-apa ? Dan tidakkah kita rasa bahawa kita memang sedang mengikut telunjuk syaitan yang durjana ?
Tidak ada tempat bagi orang karut fahamannya. Bahaya jika tidak berhati-hati dan dibiarkan kekal mempengaruhi pemikiran kita. lama kelamaan boleh mengaburkan prinsip keesaan Allah swt dan membawa kecenderungan kepada syirik, sedangkan syirik itu adalah dosa yang sungguh besar.

tersergam megah...tapai buatan hamba !..ngeeiih..
Alhamdulillah, tapai pulut saya manis dan menjadi kesemuanya. Selepas diperam selama satu hari, saya nikmati rasanya yang sedap enak sama seperti yang pernah saya rasa ketika di rumah mertua….alahai pak cik,…. menjadi pun tapai saya, tak tawar dan tak merah menyala….manis dan sungguh menyelera….tapi sekiranya ditakdirkan tidak menjadi tapai saya….. itu tetap tiada kena mengena dgn apa yang pak cik kata……tu semua tak de maknanyerrr….


arrrrggghh…pagi-pagi dah mengamuk. Sepatutnya waktu pagi ni mood tengah elok…suhu badan pun tengah sejuk…mata belum mengantuk…badan belum berpeluh… tapi saya pagi tu menyinga abis…..abis!!!
Perasaan kasihan mungkin sudah hilang, saya teruskan suara hot saya ni
Banyak benar ke beza rapidah dan shahrizat ? 2×20 jer saya rasa. Dari segi fizikal memang tak de beza kerana kedua-duanya tak menutup aurat dengan sempurna. Apa ukuran ‘lebih baik’ yang hendak kita jadikan panduan kerana kedua-duanya berdosa kerana mendedahkan rambutnya. Samada jambulnya sikit atau rambut banyak…kedua-duanya nampak rambut juga. Kalau kita islam boleh menerima ‘pemakaian selendang nampak jambul’ sebagai pemakaian yang lebih baik kepada muslimah berbanding tak pakai langsung, maka peragawati di Paris sudah lama memperagakan fesyen selendang untuk busana musim panas di sana. Siap digaya dgn spek itam lagi. Adakah mereka membawa identiti Islam dalam pakaiannya.Maka untuk penampilan ini, siapakah yang lebih baik kerana kedua-duanya tidak mengambil agama dalam berfesyen dan bergaya.
Ni Najib pulak naik….atoiiii…sengal otak saya. Satu dunia dok ratib nama Altantuya dalam satu nafas dengan namanya, tapi yang ni pula hari ni ditabal sebagai PM Malaysia….ahhh..orang UMNO betol-betol tidak siuman, saya tergelak dalam tangisan. Betapa Malaysia sudah muflis dengan kepemimpinan, orang besar yang digossip dengan jenayah profile tinggi ni akhirnya jadi pilihan. UMNO sangat nazak sekarang dan menunggu masa untuk dikuburkan.Mereka nanti akan rasakan bukan di Malaysia saja Najib akan diludah dengan Jeritan Altantuya…tapi diluar negara juga kalau najib turun je dari kapatorbang, nama altantuya akan menyambut kedatangannya. Baru dia tahu hantu Altantuya ada di mana-mana. Kesiannya UMNO, rendahnya ’selera’ hangpa…dalam UMNO dah tak de orang sekolah ke ??

