Si Kitol dan Sultan Melaka ….

Pelik sungguh….bukan saja pelik, ianya lucu dan melucukan. Orang yang cuba menggunakan sejarah tapi bersikap berat sebelah nampak seperti buta sejarah.Agaknya sebab itulah berita-berita yang dimuatkan menyebabkan orang ramai rasa mual dan meloya. Itulah akhbar utusan meloya…

Saya menatap satu tulisan dalam akhbar tersebut pada selasa lepas. Konflik politik di Perak masih menjadi sasaran sebagai bahan berita panas yang mereka muatkan. Kecaman, kutukan maupun hentaman yang bertalu-talu terhadap kerajaan Perak pimpinan Nizar yang ‘baru digulingkan’ nampaknya belum reda dan masih ‘hangat di pasaran’. Dalam satu kolum yang sederhana saiznya, saya tertarik pada satu tulisan di bawah topik ‘ melayu usah jadi Si Kitol’. Orang melayu Perak yang berkopiah dan berlitup kepala tapi sanggup berbaring di jalan raya kerana membantah titah sultan Perak dikatakan biadap kerana terpedaya dengan hasutan pembangkang . Mungkin Si Kitol yang dimaksudkan di sini ialah pakatan pembangkang yang ‘menghasut’ rakyat. Si Kitol adalah rakyat yang belot dan memainkan peranan kepada kehancuran Melaka. Si Kitol lah yang berperanan sebagai dajjal menabur fitnah dan memecah belahkan orang melayu mengakibatkan kemusnahan kerajaan Melaka yang dulunya gah di seluruh pelosok dunia. Saya terfikir di sudut manakah situasi ini cuba diperkaitkan. Siapa sebenarnya memecahbelahkan orang melayu ? Siapa sebenarnya si kitol dalam konflik di Perak ini. Watak hitam Si Kitol yang menyuburkan api permusuhan dengan dendam kesumat, fitnah, nafsu dan rasuah ini sebenarnya lebih menepati kerajaan haram yang tertubuh di Perak sekarang. Merekalah ‘Si Kitol’ sebenarnya yang menjual ‘kedaulatan suara rakyat’ demi kepuasan nafsu mereka untuk berkuasa.

Cuma apa yang terbayang pada saya dalam hal kejatuhan Melaka, bukan Si Kitol saja yang jadi puncanya. Sultan Melaka yg pada masa itu sangat lemah dan buta mata hati juga terlebih dahulu patut disalahkan. Kezaliman raja dan pengabaian terhadap rakyat oleh raja itu terlebih dahulu patut dikecam. Baginda tidak tahu menilai yang mana intan yang mana kaca . Raja yang tidak mempercayai kejujuran bendaharanya dengan mudah menerima fitnah tanpa mahu terlebih dahulu untuk usul periksa adalah raja yang tiada keadilan. Raja itu juga  tiada ketelitian apabila menggantikan pembesar-pembesar yang baik di Melaka dengan mereka yang rendah moral mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa  menjadi pembantu baginda adalah punca kemusnahan baginda sendiri.

Bayangkan Raja Melaka langsung tidak peka pada perubahan di Melaka. Baginda leka dengan kemewahan dunia dan banyak ‘berehat’ di istana. Sedangkan di kalangan rakyat Melaka pengamalan Islam mereka semakin lama semakin pudar. Rasuah, fitnah, dendam, permusuhan dan pecah belah semakin menular di kalangan rakyatnya…..suara rakyat yang mencemuh kezaliman baginda langsung tidak diendahkan kerana tenggelam dalam nafsu ‘rajanya’. Akhirnya bila Melaka di ambang kemusnahan barulah baginda Raja sedar bahawa Si Kitol dan Raja Mendeliar telah mendorongnya melakukan banyak kezaliman. Orang yang baik, beriman, jujur dan taat setia seperti bendahara Tun Mutahir telah menjadi mangsa baginda. Baginda mula mengeluh mengatakan sepatutnya baginda teliti dan selidiki dahulu sesuatu perkara sebelum memutuskan apa-apa keputusan darinya. Ketika baginda menangis kesal di atas dosa-dosanya, sudah tidak apa lagi yang boleh baginda ubah. Nasi bukan sahaja menjadi bubur, tetapi turut basi dan tiada dapat dimanfaatkan lagi. Baginda hilang takhta dan kerajaannya. Kedua-duanya sekali.

Tentu sesiapa pun tidak mahu sejarah di Melaka turut berulang di Perak. Sultan Mahmud Shah mengharapkan masa dapat diundur ke belakang agar baginda dapat menebus semula dosa-dosanya. Tapi apa yang berlaku baginda tetap terpaksa belayar ke Kampar melintasi selat Melaka dengan linangan airmata . “ Selamat tinggal Melaka. Negeri yang dulunya makmur kini terjajah akibat kesilapan seorang sultan” kata sultan Mahmud Shah.

Harap segala-galanya belum terlambat di Perak. Alangkah baiknya jika nasihat Bendahara Tepok yang pernah diberikan kepada baginda Sultan Mahmud dapat dijadikan panduan “ kalau kita tersesat di hujung jalan, kita kembali semula ke pangkal jalan”. Dahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan sendiri wahai raja yang bijaksana. Kembalilah tuanku semula di hati rakyat. Tuanku akan disanjung dan dihormat.

About these ads

35 Komen

  1. shafeeq said,

    20 Februari 09 at 11:48 am

    salam mlmh..amboi main kitol-kitol pilak.ape pun ni la realiti politik malaysia.hasad dengki dah jadi sebati dalam diri.ni lah yang Nabi saw bagitau akibat bilamana dunia dibukakan kepada umatnya..sebab tu umat akhir zaman Nabi kabo yang beriman tu ibarat mengengam bara api.hususnya di perak.bkn sorang si kitol,tapi ramai betul kitolnya…sekarang pulak si kitol merebak kat negeri selangor…lepas ni negeri kedah kot.but tak boleh kedah,sbb MB kedah garang..haha..sultan kedah pun ok je soal agama dan bangsa…

  2. ummuhanah said,

    20 Februari 09 at 6:57 pm

    ngeh ngeh…lawak juga ya…sesekali bukak cerita kesultanan melayu melaka ni. Patut masukkan sekali watak khoja hasan yang belot dan menjual maklumat kekuatan Melaka untuk mendapatkan upah ( sebijik kot dgn perangai adun yang lompat kijang tu)….kisah raja melaka dengan kereta kuda yg memiliki 30 roda emas dan hiasan kain sutera ( dah mewah dengan syurga dunia mana nak ingat ‘sakitnya’ rakyat)…

    dasyat juga sebenarnya sejarah kita ni…:D

  3. rahman said,

    24 Februari 09 at 12:15 am

    assalamualaikum….
    kita lihat bagaimana kisah begini sebenarnya telah berlaku pada zaman firaun dahulu….sebagaimana firaun dilantik menjadi pemerintah,melantik pula penasihatnya hamman…
    kita lihat bagaimana seorang manusia yang diberi secebis kelebihan oleh ALLAH apabila dikurniakan jawatan dan kuasa untuk mentadbir negara dan dikurniakan keistimewaan oleh ALLAH pada lakhnatullah firaun ini iaitu tidak pernah sakit sepanjang hidupnya.akan penyebab kelebihan dan keistimewaan ini…maka riak,sombong,angkuh dan takabburlah si firaun ini sehingga sanggup mengaku bahawasanya dia adalah tuhan…
    apakah tiada insan yang memberikan nasihat atau petunjuk pada firaun ini?
    tentu saja ada….sebagaimana diutuskan seorang rasul iaitu MUSA A.S yang membawa kitabullah taurat untuk peringatan dan panduan bagi semua umatnya pada masa itu termasuklah firaun.
    apakah tiada nyawa yang terkorban sepanjang perjalanan dakwah nabi MUSA A.S?
    ya..tentu saja ada….mungkinkah 10,mungkinkah 100,mungkinkah 1000 atau mungkin lebih dari itu…
    namun,kita tidak akan lupa akan kisah seorang wanita yang gugur sebagai syahid.seorang wanita yang rela mati kerana mempertahankan akidahnya.seorang wanita yang dikurniakan keistimewaan oleh ALLAH akan jasad syahidnya yang harum mewangi sehingga hari kiamat.itulah wanita yang bernama MASYITAH….
    apa yang den nak sampaikan disini adalah,sejarah akan berulang dan terus berulang…mungkin tidaklah sampai mengaku tuhan,namun sifat riak,sombong dan ketamakan terhadap harta dunia tidak kalah seperti firaun.ditambah pula penasihat2 ala2 hamman yang memberi nasihat kearah kehancuran keatas sultan.lebih parah lagi apabila ada penasihat agama yang menjadi kaki bodek yang mengejar kemewahan dunia berbanding memperkatakan perkara yang benar kerana takutkan murka ALLAH….sanggup memalsukan hadith sepertimana yang dikeluarkannya dalam BERNAMA….’Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat.”….tidak takut dengan amaran RASULULLAH dalam hadithnya..”Barangsiapa yang melakukan dusta terhadap aku, maka dia telah menempah satu tempat dalam neraka Allah”(Sahih Al-Bukhari).
    semoga ALLAH melakhnat pembuat hadith palsu….
    apakah seorang sultan(pemerintah) itu mampu menjadi sultan(pemerintah) yang adil dan jujur dalam memegang amanah seperti UMAR IBNU AZIZ sekiranya melantik penasihat2 seperti orang atasan UMNO?
    apakah seorang sultan(pemerintah) itu mampu memartabatkan agama ALLAH seandainya dibantu oleh penasihat agama seperti mufti yang wilayah yang mengeluarkan hadith palsu itu?
    sejarah akan berulang dan akan berulang….
    INSYALLAH….sebagaimana amukan sijebat yang menderhaka kepada sultan dek kerana marahkan ketidakadilan yang terpampang didepan mata….
    PARTI RAKYAT juga akan mengamuk bak jebat yang dianggap penderhaka itu….
    bukan menggunakan taming sari…..bukan jua menumpahkan darah kebumi….
    kepercayaan rakyat dicari…..kita hancurkan umno dan barisan nasional pada pru13 nanti….
    takbirrrrrr……….

  4. 24 Februari 09 at 9:06 pm

    […] question lingering my mind for quite sometime. I’ve also read some postings, (like here, here, and here), expressing thoughts who is the modern Si Kitol. Amazingly, even some thoughts came in […]

  5. rahman said,

    24 Februari 09 at 9:50 pm

    tu dia….
    sekali lagi den dah terbuat macam blog den….
    sori kak cik….
    hehehehe……..

  6. ummuhanah said,

    25 Februari 09 at 5:08 am

    ngeh….ngeh….panjang nau tulisan rahman….’tercabar’ tuan blog rasanya…
    tapi ia satu perkongsian yang menarik…terima kasih…..tapi lambat lagi la rahman nak tunggu masa untuk keluarkan taming sari kita tu….pru13 banyak tahun lagi oooo…..kak cik rasa yang paling dekat dua bukit yang ada kat perak dan kedah ni…..kak cik berdoa kita menang besar kat Bukit Gantang dan Bukit Selambau….Allahuakhbar

    .cuma sedikit kebimbangan….nampak gaya najib dan soldadunya agak ganas berpolitik….entah apa lah percaturan mereka di Perak nanti, teruk nampak ‘aksi’ najib sebulum naik takhta ni….ishh….kena husnu zhon nih… :D

  7. ummuhanah said,

    25 Februari 09 at 5:11 am

    who Is modern si kitol ….
    there’s no doubt that we have many moden si kitol in UMNO…

  8. ondastreet said,

    25 Februari 09 at 6:00 pm

    Assalamualaikum,
    pertama sekali, nukilan yang baik. Dan sebab itulah saya linkkan artikel ini ke artikel saya.

    Tentang siapa Si Kitol Moden, terpulang kepada persepsi masing-masing. Ramai berpotensi, baik daripada Barisan, Pakatan mahupun orang kebanyakan. Cuma, saya harapkan tiada Si Kitol zaman Moden. Artikel ini dan artikel yang saya nukilkan sekadar luahan pendapat dan harapan seorang rakyat supaya tiada Si Kitol.

    Wallahualam..

  9. ummuhanah said,

    25 Februari 09 at 8:52 pm

    ondastreet….pertanyaan anda ttg siapa si kitol moden agak terbuka, sedangkan artikel ni saya fokuskan sebagai respon pada satu tulisan dalam akhbar utusan…..saya kira penulisnya pro UMNO.
    UMNO ibarat menunding jari telunjuk kepada pakatan rakyat sedangkan 4 jari lagi menunding pada diri sendiri….saya nampak mereka lebih dekat dgn kitol, terutama dari segi makan suapnya dan tamak haloba…

    saya tak boleh menjiwai tulisan TDM yg anda sertakan diblog anda…kerana sedari awalnya saya menolak apa saja tulisan berbaur kesedaran utk kembali memartabatkan bangsa …..kerana saya tak rasa hebat sangat pun berstatus bangsa melayu…..kenapalah ramai org bila bercerita ttg Melaka, mesti berpusat pada kehebatan bangsa melayu ??

    rasa kira kehebatan melaka yang pernah gah namanya dimata dunia bukan kerana bangsa melayu yang menjadi sandaran tulang belakangnya….tetapi kerana kekuatan Islam yang semakin disemai dlm kehidupan masyarakat rakyat maupun istana ….. kekuatan raja-raja yang tinggi minatnya terhadap agama, termasuk tun perak dalam hal kesufiannya….ini yg kita tak highlightkan sangat bila bercerita tentang kehebatan kesultanan Melaka.

  10. ondastreet said,

    26 Februari 09 at 12:21 am

    Sekali lagi, artikel yang anda telah nukilkan bagus dari perspektif yang berbeza.

    Saya hormati pandangan anda, dan sebab itulah saya “link”kan artikel anda ke artikel saya untuk pembaca membuat penilaian sendiri.

    Saya sesungguhnya bersetuju, Islam itu lebih besar ertinya daripada Melayu. Amat jauh. Tiada bandingan. Islam merentasi bangsa, kaum mahupun etnik.

    Jika anda merasai tidak rasa hebat sangat pun melayu, itu hak anda, dan saya tiada niat mahu mempersoalkannya. Cuma, saya pinta, jangan terus menuding UMNO semata, kerana atas asas yang sama, tiada siapa yang sempurna.

    Jika PAS mahu memartabatkan Islam, saya sokong. Hudud? Saya sokong. Tetapi mengapa harus bersatu dengan DAP yang terang-terang menentang pembentukan negara Islam? PAS tiada mempunyai isu-isu yang berat, tetapi mengapa harus bersatu dengan parti-parti yang mempunyai masalah? Saya sendiri telah menegaskan PAS lebih kuat sekarang, dan tentu lebih kuat tanpa Pakatan.

    Satu lagi, mengapakah PAS mengkafirkan UMNO? Apakah semua yang masuk UMNO kafir? Apakah maknanya kafir? Dan, satu yang saya kurang faham (dan harap anda boleh terangkan), apakah hak untuk mengkafirkan UMNO? Kita sesama agama. Apakah kerana berlainan ideologi politik jatuh hukum kafir?

    Saya tidak dapat mencari mana-mana kisah, hatta kisah antara Sunnah Wal Jamaah mengkafirkan pengikut Syiah dan begitu juga sebaliknya. Bertentangan ideologi ya, tetapi tidak menjatuhkan hukum kafir antara mereka. Tolonglah beritahu dan jelaskan. InsyaAllah, mudah-mudahan penerangan dari anda akan memberi kefahaman tentang kekafiran UMNO dan mulianya PAS.

    Harap anda dapat jelaskan.

    Sebagaimana nama yang saya gunakan, terdapat pelbagai pendapat di jalanan. Bezanya, apakah kita mampu menghormati pandangan orang lain dan berbicara secara ilmiah. Dan saya harapkan kita dapat berbincang secara ilmiah.

    Wallahualam…

  11. rahman said,

    26 Februari 09 at 12:23 am

    tak mungkin ada lagi si kitol moden….
    sebab raja/sultan pada hari ini tiada kuasa seperti raja/sultan dulu2….
    kalau ada pun…dah tak perlu si kitol tu menjaja fitnah kepada pemerintah semata mata untuk menjatuhkan seseorang…kerana si kitol itu sendiri telah menjadi pemerintah….boleh menjatuhkan sesiapa sahaja hatta si raja itu sendiri…..

  12. ondastreet said,

    26 Februari 09 at 6:56 am

    Mungking ya, mungkin tidak..walauapapun, harapnya tiada Si Kitol, baik memerintah atau tidak memerintah… :)

  13. ummuhanah said,

    26 Februari 09 at 9:08 pm

    salam…
    saya sebolehnya tidak mahu tegang dgn pengunjung blog saya, mereka tetamu yang saya hormati. Kalau ada respon saya yang nampak keras, saya minta maaf.

    saya menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, tapi kerana unsur jahat yang ada dlm perjuangan UMNO. Saya tahu pas bukan sempurna tapi ia jauh lebih baik dari UMNO….kalau pun saya nampak keterlaluan menunding kesalahan pada UMNO itu sebab saya tak jumpa di sudut mana saya patut memuji UMNO…..

    anda marah kerana bersatu dgn DAP yang menentang Islam , tapi anda tak pula marah UMNO yang memutarbelitkan Islam. Anda marah pada parti kufur seperti DAP kerana menolak Islam tapi anda tak pula marah parti melayu UMNO yang ragu-ragu dgn Islam.

    Saya tahu cita-cita hudud sukar dicapai dlm kerjasama dgn DAP tetapi cita-cita itu hampir mustahil dicapai jika bekerjasama dgn UMNO….kerana UMNO tidak pernah menyimpan hasrat utk itu bahkan menimbulkan banyak penentangan dan keraguan kepada org ramai terhadap keadilan hudud.

    Anda perlu lebih halus dlm meneliti, pas bukan bersatu dengan DAP sebab penyatuan membawa nilai hubungan yg sangat akrab sehingga boleh saling meresap antara satu sama lain.Pas sekadar saling bekerjasama dgn DAP di atas beberapa perkara yang boleh diambil sikap kerjasama, sebab itu dalam banyak hal anda akan melihat sekali pun didalam barisan pakatan pas dan DAp masih banyak perbezaan.

    saya tahu pakatan ini sangat banyak halangan kerana matlamat perjuangan yg berbeza. Tapi ia masih ada ruang yang boleh dimanfaatkan yg saya kira memberi keuntungan utk kemenangan parti Islam. Saya menilainya sebagai sebahagian strategi perjuangan….tapi mungkin ada yg merasakan ia mengadai prinsip dan pegangan.

    harap anda tidak lagi highlightkan isu kafir mengkafir….ia sudah lapuk lagi basi dan menjadi senjata UMNO yang tumpul utk menentang pas apatah lagi kita telah mendapat banyak ‘pencerahan’ dalam isu ini. Tidak ada sesiapa pun diantara kita yang berhak utk menghukum kafir pada sesama kita selagi dia tidak secara terangan mengaku murtad.Itu jelas. kalau ada diantara ahli pas yg pernah mengkafirkan UMNO maka ahli pas itu salah dan dia perlu dimuhasabah supaya tidak mengulanginya. Tapi sebagai muslim kita boleh mengatakan kufur pada perbuatan yg menolak Islam dan boleh mengatakan batil pada perbuatan dan perjuangan yg tidak di atas landasan Islam.Cuma saya ingin bertanya isu kafir mengkafir ni muncul semula ke ?….masih ada org pas yg mengkafirkan UMNO ?

  14. ondastreet said,

    26 Februari 09 at 9:29 pm

    Terima kasih Ummuhanah.

    Saya tidak marah, sedikit pun tidak. Isu kafir ini tidak timbul sebagaimana dulu, tetapi, saya cuma harap dapat penjelasan, kerana saya tidak dapat jawapan yang jelas kenapa isu itu timbul dahulu. Itu sahaja. Maaflah jika lawatan saya ke blog ini menimbulkan suasana tegang.

    Anda berhujah dengan baik dan professional, dan saya hormati. Soalan-soalan saya lebih kepada mendapatkan pandangan, bukan tandanya saya marah. Soalan-soalan sebegini memang saya tanyakan kepada yang lain, dan tidak semua dapat menjawab sebaik anda.

    Saya mungkin berbunyi seperti menyokong UMNO, tetapi saya juga punya penilaian yang tersendiri bagaimana setiap perjuangan parti politik. PAS juga saya kagumi, itupun kalau anda melawat blog saya bagaimana saya mengambil contoh bagaimana UMNO boleh berubah dengan mencontohi PAS. Saya mahukan persaingan yang sihat, kerana kedua-dua parti ahlinya Islam.

    Terima kasih kerana sudi berbalas pandangan. :)

  15. ummuhanah said,

    27 Februari 09 at 7:35 am

    terima kasih kembali… :D

  16. izzati said,

    26 Jun 09 at 10:05 am

    si kitol penghianat sultan

  17. missB said,

    24 Julai 10 at 6:33 pm

    salam~sy nk mmperbetul ckit apa yg tlh anda nyatakan.tidak ada kaitan langsung kisah si kitol ini dengan mslh politik skrng.mmg kenyataan sultan zaman skrng(sesetengah) tdk sprt dhulu lg yg mmntingkan rakyat jelata.pembangkang tdk brslh dan itu mmg kenyataan.umno yg tlh mrmps hak rakyat sprti subsidi minyak d kelantan.smua duit2 rakyat mereka habiskan dgn brfoya2.dan inilah kenyataan yg nyata.silalah buka mata anda seluas2nya

  18. ummuhanah said,

    25 Julai 10 at 3:46 pm

    salam miss B,
    sukar sungguh nak faham tulisan anda……kerana anda salah faham sebenarnya.

  19. Irfan Hafiz said,

    7 Disember 10 at 9:25 pm

    sebenarnya ini semua kes politik .lagi banyak kita berpolitik lagi banyak dosa yang kita buat jadi berilah pendapat baik-baik .politiktu ada bersih ada kotor.Kata orang berani buat berani tanggung.saya tak tertanggung dengan dosa yang saya buat.

  20. ummuhanah said,

    8 Disember 10 at 2:51 pm

    salam irfan,…kajilah, orang yg paling banyak berpolitik adalah Rasulullah saw. Bagi muslim sepatutnya tidak ada istilah politik bersih atau politik kotor, kerana yang ada hanyalah politik Islam. Sesiapa pun kalau benar2 merujuk politik dalam Islam pasti berpahala, yang dok kena tanggung dosa ni sebab berpolitik ikut hawa nafsu sahaja….wallahuallam.

  21. sop_kari said,

    10 Disember 10 at 8:55 am

    asalamualaikum….saya di sini amat membenci dengan sikap si kitol nie…saya bru blajar tntang si kitol…saya pelajar tingkatan 1 yang bru mengenal sejarah melaka.walaupun saya tidak puas ati dengan si kitol,tetapi saya ttp puas….dia tlah mendapat balasan yg setimpal iaitu,menjadi batu kerana sultan melaka amat murka dengan sikap si kitol yang menjadi pembelot itu…sekian….

  22. ummuhanah said,

    12 Disember 10 at 6:22 pm

    apa benar si kitol menjadi batu ?… baru pertama kali mendengarnya…. :D

    sejarah juga peristiwa penting utk dijadikan pengiktibaran…maka kita ambil lah iktibar darinya..

  23. aini husna said,

    21 Jun 11 at 4:35 pm

    jhtnya si kitol. :p

  24. henzem said,

    10 Julai 11 at 8:53 pm

    Mandeliar, Si Kitol dan Utimutiraja, Wan Mutahir dan yg terutama Sultan Mahmud Shah..renung kan yang bertepuk adalah portugis. bangga kah kita?

  25. ummuhanah said,

    12 Julai 11 at 10:36 pm

    bukan setakat tepuk tangan….gelak berguling-guling lagi….maklumlah dapat bumi islam yg bertuah seperti Melaka, walhal melaka dijajah bukan faktor menawan dan menguasai pelabuhan melaka ….kerana sejarah penjajahan portugis itu langsung tidak usaha utk memajukan melaka sebagai pusat perdagangan….tetapi mendapat melaka seperti dapat membunuh pengaruh islam di sana dan meneruskan agenda perang salib di timur. Sehubungan dgn itu mubaligh2 kristian turut berperanan menyebarkan kristian di Melaka dan menghapuskan apa saja warisan2 yg boleh dikaitkan dgn ketamadunan Islam di sana..

  26. NurKhairunnisa said,

    1 Ogos 11 at 10:15 am

    Macam berceramahlah pulak ye,….

  27. ummuhanah said,

    2 Ogos 11 at 3:32 pm

    eh ye ker?… :D

  28. sofia said,

    3 Ogos 11 at 8:45 pm

    Berceramahlah lagi…………………………. ^_^

  29. 21 Ogos 11 at 9:48 pm

    agaknyew…boleh saye nak join korang semua???

  30. Safiyyah as-Sakinah said,

    4 September 11 at 11:44 pm

    Assalamualaikum… saya ada nak buat satu esei and its about kemerdekaan. Sesuai ke kalau saya samakan sikap ‘si kitol’ dengan pembelot kepada negara (orang yang jaja rahsia negara pada negara musuh)? Harap jelaskan…

  31. ummuhanah said,

    9 September 11 at 2:23 pm

    seeloknya kalau nak buat esei kemerdekaan halusi siapa pihak yg benar2 memperjuangkan ‘kemerdekaan’….yang telah benar2 sandarkan nyawanya menentang penjajahan….

    Teliti juga mengapa proses kemerdekaanyg diperolehi dulu berlaku cukup aman tanpa tentangan bersenjata, sedangkan sebelumnya British telah membunuh, memenjara dan membuang negeri para pejuang kemerdekaan tanah air yg tak kompromi dgn dasar2 British?…kenapa sebuah pertubuhan Melayu muslim masa itu boleh berjaya dalam ‘kerjasamanya’ dengan British menuntut merdeka??….kerana mereka telah jualkan ‘agama’ sebagai sandaran utk sekadar memperolehi jeritan ‘merdeka’….hakikatnya mereka dan rakyat kekal ‘terjajah’ sampai sekarang.

    siapakah yg membantu British menumbangkan komunis utk menggantikannya dengan Demokrasi Barat lantas menyuapkan menyuapkan perlembagaan Lord Reid utk memijak perlembagaan Al Quran dan Sunnah baginda saw ?

    si kitol yg bekerjasama dgn portugis boleh juga di samakan dgn pemimpin negara yg bekerjasama dgn syarikat Israel….yg menjual tanah air pada negara lain, Bahkan sultan Mahmud Shah yg boros membina roda kereta kuda baginda dari emas bolehlah di samakan dgn pemimpin hari ini yg menggunakan duit rakyat utk membeli cincin isterinya yg bernilai puluhan juta ringgit.

  32. khairi said,

    30 April 12 at 11:04 am

    SERONOK BACA.. TAPI TERTANYA-TERTANYA KENAPA BEGITU RAMAI TERUTAMA ORANG MELAYU LEBIH-LEBIH LAGI ORANG ISLAM BEGITU MEGAH MEMPERSENDA ATAU MELEBEL ORANG LAIN DENGAN DENGAN NAMA TERTENTU YANG MENGAIBKAN.. BUKAN KAH IA BEGITU DILARANG OLEH MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTALLIB..

  33. aidil fitri said,

    13 Julai 12 at 12:46 pm

    Si Kitol adalah orang yang jahat orang dan ia telah membohong Sultan Melaka :(

  34. rezale123 said,

    29 Mac 13 at 7:07 pm

    assalamualaikum.siapa sikitol sekarang, atau si kitol dah mempuyai daerahnya sekarang

  35. Dr Ahmat Zamri Abdullah said,

    9 Oktober 13 at 5:19 pm

    Sikitol, Raja Mandeliar dan sewaktu dengannya hanyalah persamaan terhadap pengkhianat bangsa. Mereka ini tidak kisah apa akan terjadi asal matlamat mereka tercapai, “the end justifies the mean”. Kita jangan lupa yang negara tercita ini sangat-sangatlah dihajati oleh mereka yang cemburu dengannya. Sudah terang lagi bersuluh bangsa ultra kiasu yang sama perangai yahudi ni sangat-sangat hendak merampas kuasa memerintah agar matlamat mereka tercapai. Mereka cuba menulis semula sejarah yang mengatakan Melayu sama mereka pendatang dan tidak berhak untuk dapat taraf bumiputera.Melayu itu ditakrifkan sebagi Islam dalam Perlembagaan (Perkara 152/153 kurang pasti boleh semak).Kekuatan Islam itu berkait rapat dengan kekuatan Melayu. Sudah semestinya lah kekutan Melayu itu dipertahankan agar martabat Islam dapat dipertingkatkan. jika Melayu hilang kuasa dan dipinggirkan bagaimana kekuatan Islam dapat dipertahankan di Malaysia ini? Maukah Guan Eng, Kit Siang dan konco-konconya membiarkan kekuatan Islam setelah mereka berkuasa? Yang demikian janganlah kita biarkan mereka memperkuda dan memperbodohkan kta. Lihat sajalah apa yang berlaku di negara=negara Islam yang lain. Moga-moga Allah melindungi kita, jangan kerana hendakkan kuasa sedikit kita menjadi sikitol dan Raja Mandeliar. Jangan nanti anak cucu kita mendendangkan lagu Shidi ” syang semuanya sudah terlambat dan lagu P.Ramli “balik kampung tanam kacang”, itupun kalau masih ada kampung yang belum tergadai. Bagi kami yang ” riding into the sunset ini” tidak terjejas sangat pun kerana sudah hampir senja tapi kasihan akan mereka yang masih jauh perjalanan di dunia ini.Sama-samalah kita renungkan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: