sukan sekolah kami….

100_3997Agak lama jugak saya tak update blog ini. Kebelakangan ini saya gagal melapangkan diri menjengah ke sini lantaran terlalu penat dan keletihan. Kesibukan minggu-minggu awal persekolahan begitu mempengaruhi hari-hari saya. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan keutamaan.

Dua minggu kebelakangan ini sekolah sibuk dengan sukan. Hampir setiap hari guru-guru dan para pelajar pulangnya hampir jam enam kerana menyelesaikan kebanyakan perlawanan sukan yang di adakan di  sebelah petang. Rasa keseronokan dan kepenatan saling bergandingan, sebab itu saya dapat melihat biarpun anak-anak murid saya agak kepenatan tapi mereka seronok dapat mencabar lawan dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Cuma kami guru-guru yang kena banyak melatih jiwa dengan rasa kesabaran. Maklumlah kalau kerap kali sangat pulang  kerja lewat petang, bisa saja mengundang rasa kepenatan dan ketegangan perasaan. Apatah lagi pulangnya ke rumah tidak pula menjanjikan kerehatan…jesteru masih banyak tugasan dan kerja yang perlu dibereskan. Maka dengan itulah ada dikalangan rakan yang meluahkan perasaan dalam gurauan mereka ” wah ! ini baru betul-betul sekolahku syurgaku , kita ni macam dah berumahtangga di sekolah , balik rumah untuk tidur je “…harap keberadaan di sekolah untuk waktu-waktu selepas tugasan formal juga dikira amalan soleh di sisi Allah…InsyaAllah.

Rumah Biru atau rumah sukan Salahuddin Al Ayubi adalah rumah sukan kami. Saya bersama Rumah Biru ini semenjak 4 tahun yang lalu. Sebelum ini saya pernah menjadi guru sukan rumah Usamah Bin Zaid (kuning), pernah juga menjadi guru sukan rumah Salman Al-Farisi (hijau) tetapi belum pula diizin kesempatan bersama rumah Abu Zar Al Ghifari (merah) . Inilah nama-nama besar yang menjadi ‘jenama’ kepada rumah sukan di sekolah kami. Wah ! Penggunaan tokoh-tokoh Islam yang cukup tersohor nama mereka dalam sejarah perjuangan Islam di harap dapat menaikan semangat anak-anak pelajar ketika di gelanggang permainan.

Hari kemuncak sukan adalah pada sabtu yang lalu (24 januari). Kami menumpang padang sekolah Men Sg Pasir yang lebih besar saiznya dan lebih sesuai untuk acara balapan. Saya memberi persetujuan untuk membantu bahagian hadiah dan cenderamata. Memandangkan antara tugas saya adalah berada di pentas VIP memegang dulang pingat dan piala kemenangan untuk acara penyampaian hadiah, maka saya agak kemas sedikit hari tersebut sehingga bila berselisih dengan teman ada saja yg menegur “ amboi lawonya hari ni….nak pi sukan ke nak pi kenduri ni ?”….keh kehkeh……suka hati hangpa lah nak kata apa.Tapi ternyata saya ‘tak lekat’ di ruangan hadiah tu kerana asyik berlari ke padang je memberi sorakan semangat setiap kali pertandingan dilangsungkan….biru!…biru!…biru!….cepat biru, cepat biru…..jerit saya…..iskk….mungkin bukan tempat saya di khemah hadiah tu….saya lebih patut berada ditengah padang untuk moral support pada wakil rumah kami…perrghh….paling saya tak dapat lupakan bila ketua pasukan Biru, Muaz Ghani menjerit nama Salahuddin Al Ayubi…..kami pewarismu’...dalam sajaknya ditengah padang pagi tersebut…..meremang bulu roma kami semua….semangat sungguh kami rasa…..

Seringkali sukan tahunan kami gabungkan antara sekolah menengah dan sekolah rendah. Bila sukan diadakan serentak dapatlah jimatkan kos sedikit. Lagipun lebih meriah dan lebih gamat bila disertai anak-anak kecil terutama darjah satu. Saya gelak tergolek menyaksikan acara sukaneka anak-anak kecil yang nampak lucu. Cikgu-cikgu pula yang kelihatan ‘semangat abis’ sedangkan murid-murid kecil itu rilek jer. Walau kalah pertandingan sikit pun tak nampak kecewa, boleh gelak mengekek lagi….seronoknya jadi budak-budak yang belum mengerti apa-apa, emosi mereka masih bersih dari tekanan dan mereka cuma ingin merasa seronok saja….

Kami tutup hari sukan dengan doa kesyukuran….Allah mengizinkan ia berlangsung seperti yang dirancang. Tahniah untuk rumah Abu Zar Al Ghifari yang muncul juara keseluruhan, jua buat rumah Usamah Zaid yang berada di tempat ketiga biarpun peringkat awalnya menempah kedudukan selesa…ehem! dah rezeki kami nak muncul naib juara…jangan mare yer!…buat rumah Salman Al Farisi…..tahun depan cuba lagi, bangkit dari ketewasan tahun ini. Mungkin tahun ini nasib belum menyebelahi.

Seronoknya nak bersukan lagi…..


17 Komen

  1. Saujana Hati said,

    28 Januari 09 at 9:52 am

    buat rumah biru tahniah ana ucapkan…kami pejuang-pejuang usamah zaid takkan pantang kalah..kekalahan tahun nie akan menyebabkan kami menang tahun depan…InsyaAllah!!

  2. KSA mari ^^ said,

    28 Januari 09 at 10:41 am

    Askm mlmh,lama x ckp ngan mlmh
    syok tgk sukan………
    rugi ana x leh join………..
    sj ja nk hantar komen
    wslm

  3. ummuhanah said,

    31 Januari 09 at 9:17 pm

    saujana hati…… waah semangat lebey nih….InsyaAllah tahun depan rumah salahuddin Al Ayubi pun teringin nak muncul juara…kita ‘berentap’lah nanti ya…
    Apa-apa pun lagu rumah kuning semangat sungguh weh….muallimah tumpang seronok….tumpang bersemangat..

    Tangan kami genggam kami julang ke udara
    akan kami jeritkan bagaikan halilintar
    kejayaan kuning
    akan kami susun perbarisan
    menjulang kemenangan
    milik kami milik kuning
    amin amin Ya Robbal alamin…

  4. ummuhanah said,

    31 Januari 09 at 9:20 pm

    KSA….terima kasih :D…..:D…..:D
    hani dah ada kat sini ke ? tak de ole-ole dari Jeddah utk mlh ? cepat le kembali ke sekolah, tentu banyak perkara menarik boleh dikongsi….enti beruntung sekali..

  5. ismi_yana said,

    31 Januari 09 at 9:46 pm

    salam….aduhai,sonok btoi sukan ari 2..tp sdey jgak camna la umah kning bole kcundang d saat2 akhr…taon akn dtg,usha lg ye….

  6. ummuhanah said,

    31 Januari 09 at 10:08 pm

    Yana rumah kuning ke ?…..tahun lepas kuning dah juara jadi tahun ni bagilah peluang rumah lain plak…….

    tahun depan InsyaAllah milik BIRU….:D

  7. x-islah + rumah kuning said,

    1 Februari 09 at 4:58 pm

    salam..adui..sedihnya..masa sukan ni x sempat nk join..isk3…rindu betul dekat islah…bila la nk p islah salam2 sume org..adoih..xsempat salam lagi ni..insyaAllah masa hari palestin nnti kami yg dah pindah ni ramai2 pakat nak datang salam2 mulallimah semua..mohon halalkan ilmu yg diberi

    p/s: INSYAALLAH tahun depan rumah kuning tebus balik…CHAIYOK RUMAH KUNING!

  8. ummuhanah said,

    4 Februari 09 at 9:06 pm

    rindu ker ?….rajin-rajinlah menjenguk kami di sini….

    jangan lupa datang ke Malam amal Palestine 6 Feb nanti….boleh tengok shoutul Islah buat persembahan nasyid…..jumpa di saaaanaaa….InsyaAllah

  9. Saujana Hati said,

    7 Februari 09 at 9:32 pm

    muallimah silap lirik tu..
    bukan susun perbarisan..akan kami susun perjuangan la..ana tinggalkan pewris-pewaris yang semangat di islah bagi mewakili usmah zaid untuk berentap melawan pasukan salahuddin al-ayyubi tahun depan..

  10. ummuhanah said,

    8 Februari 09 at 2:54 am

    uiks….lirik dah ubah yer….sori…
    dulu mlh yang buat lagu tu ketika bersama rumah usamah bin zaid. Jadi masih terpengaruh dgn lirik lama…sori…:D

  11. rahman said,

    9 Februari 09 at 9:22 pm

    salam….
    tringat masa sekolah rendah dulu….
    dari darjah satu sampai ke darjah enam……tetap kekal dengan rumah biru….
    tapi yang sedihnya tak pernah dapat hadiah….sebab hadiah cuma tempat pertama setiap acara….
    tapi bila darjah 3,tempat keduapun dapat hadiah….pun tetap tak dapat hadiah…sebab semua acara yang ambik bahagian…semua dapat nombor tiga….hahaha….lawak la plak….. :-)

  12. ummuhanah said,

    10 Februari 09 at 12:50 am

    alahai rahman…tu memang tak de rezeki la tu.
    kak cik masa sekolah rendah dulu masuk lari dalam guni….lari skit tersembam…lari skit tersembam…tapi at lastnya sampai juga ke garisan penamat….ingat kita paling belakang tapi bila keluo je dari guni …hahaha…orang lain tak sampai lagi…horeyyy nombor satu…dapat le hadiah tipuware satu buat isi nasik lemak pepagi….ngeiiihh

  13. aniisa tasnim said,

    13 Februari 09 at 9:54 pm

    macam kenal jugak lagu tue..
    lagu masa umah uhud dulu.. =)

  14. ummuhanah said,

    14 Februari 09 at 7:13 am

    betol la….masa kuning guna nama uhud dulu kita dah pakai lagu ni….kalo tak silap nasyrul kushairi yg tolong ‘alunkan’…merduu.. :D…:D

  15. mie said,

    25 April 09 at 1:30 am

    salam ukhuwah.terus tegakkan kalimah allah

  16. 17 Januari 10 at 5:12 am

    ya Allah nape la ana x perasan ade entri sukan mase ni?
    alamak terlupe nk bg salam…asssalamualaikum….
    beznye…ni sukan 2009,kan?ana ade waktu ni……tau dok…ana menang berape ntah x igt…yg ana igt kayu hoki biru dpt no.1….alhamdulillah….pastu mase mlmh suruh ambik hadiah kat bilik guru ana asyik pergi library n duk bwh pokok…..x pon duduk je dkt surau lepas solat dhuha….ulangkaji ke…x pon wat keje tuisyen…..kwn karib ana bsyifaa selalu suruh ana pegi laa ambik hadiah tu ha kat bilik guru…tapi ana ckp malaz…bkn ana harap sgt pon hadiah tu sbnrnye…..asal biru mng ana dah cukup senang hati…:)
    thn 2010 ni bile sukannye???nanti resultnye gtau laa ye….
    rindu al-islah,
    IFFAH NABIHA

  17. ummuhanah said,

    17 Januari 10 at 4:03 pm

    salam iffah,

    sukan tahun ni kami asingkan sekolah menengah dan sekolah rendah. Baru semalam hari kemuncak sukan sekolah menengah…buat kecil-kecilan aja tapi meriah…

    tahun ni mlh rumah merah bertenaga….hehehe…rumah Abu Dzar Al Ghifari…

    Alhamdulillah, tahun ni Abu Dzar mengekalkan kejuaraannya dengan bergaya…

    berrrrrrrrr…..tenaga!

    Abu Dzar…bertenaga….auuumm..
    Abu Dzaaarrrr….berrrrrr…TENAGA !…buurrrrr….

    macam ni lah bunyi jeritan semangat ahli rumah Abu Dzar..

    heheheh….seronok sangat sukan tahun ni…. :D


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: