Saya membaca buku 21 Rahsia Mendapat Keberkatan Ilmu beberapa bulan yang lalu. Saya percaya , dalam hal mendapatkan ilmu ini, keberkatan adalah suatu hal yang sangat dituntut supaya segala usaha dan implikasi dari urusan menuntut ilmu ini berjalan selari dengan tuntutan agama.
Saya terpanggil untuk menulis tentang keberkatan ilmu kerana terbayangkan pelajar-pelajar saya yang sedang berjuang berhempas pulas dengan peperiksaan spm mereka. Rata-rata mereka melahirkan rasa takut dan bimbang sekiranya tidak berupaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Saya rasa amat memahami mereka kerana saya pernah melalui semuanya ….memang betol la, peperiksaan sesuatu yang sangat menakutkan.
Ramai pelajar, pendidik dan ibubapa bersungguh-sungguh mengejar ‘A’ dalam setiap peperiksaan yang diambil. Pelbagai buku kecemerlangan dihasilkan dan bermacam-macam usaha dilakukan bagi mengejar kecemerlangan dalam peperiksaan. Tidak cukup setengah hari persekolahan, disambung pula dengan kelas tambahan di waktu petang. Malah ramai juga yang melanjutkan waktu pembelajaran dengan menghadiri kelas tuisyen pada waktu malam. Dalam fikiran dan bayangan mereka tidak lain dan tidak bukan…semuanya ingin memperolehi ‘A’ dalam matapelajaran yang diambil. Jumlah A adalah tanda kecemerlangan. makin banyak A menandakan kehebatan. Terbanyak A adalah keunggulan dan menjadi tumpuan puji-pujian. Maka semua pihak berhabis-habisan bagi memastikan calon yang bakal menduduki peperiksaan menggapai paling banyak A nanti…..hmmm alangkah teruknya pendidikan untuk peperiksaan semata.
Namun, kecemerlangan yang hanya dalam peperiksaan akan melahirkan manusia yang cerdik tetapi hidup dalam kegelapan. Cemerlang dalam peperiksaan bukanlah jaminan bahawa mereka adalah orang yang boleh diharapkan untuk menjadi contoh teladan. Suasana sekarang membuktikan bahawa ramai yang mampu cemerlang dalam hal pelajaran tetapi runtuh dari sudut sahsiah dan kepribadian. Seorang penceramah yang pernah datang untuk satu sesi ceramah di sekolah saya, pernah menggambarkan suasana kampus-kampus dan kolej pengajian tinggi di negara kita yang dihuni oleh pelajar-pelajar yang memiliki penampilan diri yang rendah. DDari soal berpakaian, berinteraksi dan berkelakuan ditempat awam jelas menunjukkan yang mereka seperti sudah hilang kewarasan.
Sebenarnya paling utama sebagai seorang pelajar, mereka mestilah berusaha mendapatkan keberkatan agar mampu benar-benar memperolehi kejayaan, kebahagiaan, kekuatan, kecemerlangan dan keredhaan. Pelajar yang memiliki ilmu yang penuh keberkatan akan memiliki sifat-sifat berwibawa, bertaqwa , menghormati guru dan ibu bapa. Menyayangi akan yang muda serta kuat bekerja untuk kebaikan ummah. Malah mereka amat istiqamah dalam ketaatan kepada perintah Allah dan mampu mengajak masyarakat kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
Kita dapat perhatikan dengan jelas bahawa pencapaian peperiksaan awam saban tahun semakin cemerlang. Peratus pencapaian “A” dalam mana-mana mata pelajaran sering saja menunjukkan peningkatan. Namun demikian, masalah keruntuhan moral juga saban tahun makin ketara. Jenayah dan kebejatan hidup manusia semakin buruk. Agak aneh kerana manusia semakin mencapai ketinggian ilmu tetapi semakin hilang adab dan tatasusila. Bukan saja ditempat awam , malah di institusi keimuan seperti kolej dan universiti juga memiliki pelajar yang rosak moral. Pelajar-pelajar sekolah sekarang ini ramai yang sudah sudah tidak memuliakan guru dan menghormati ibubapa. mahasiswa pusat pendidikan tinggi terlibat dengan pelbagai masalah sosial. inilah antara petanda bahawa pelajar sudah semakin hilang keberkatan ilmu.
Sebagai muslim, kita ingin cemerlang di dalam pelajaran, tapi biarlah kecemerlangan itu diiringi dengan keberkatan dari Allah taala. Manusia yang sekadar cemerlang dalam hal pelajaran tetapi tidak dihiasi dengan iman dan taqwa kepada Allah, adalah tanda-tanda manusia yang hilang keberkatan dalam menimba pelajaran.


RIRK berkata,
19 November 08 pada 8:11 pm
Salam,
Sejuk tengok budak-budak dalam gambar yg mualimah letak kat artikel ni,
kalaulah semua tu anak-anak saya………
RIRK
ummuhanah berkata,
20 November 08 pada 7:06 am
Oow….budak-budak itu memang kami letak dalam peti ais…..tu yang nampak sejuk….
marilah kita mendoakan mereka semua menjadi anak-anak yang mendapat keberkatan ilmu..
Saujana Hati berkata,
22 November 08 pada 8:32 pm
sampai hati mlmh kata mlmh letak kitorg semua dlm peti ais..
ummuhanah berkata,
22 November 08 pada 9:00 pm
alahai saujana hati…..best apa dok dalam peti ais….fresh sokmo…ngeh3x
alsyarqawi berkata,
30 November 08 pada 2:55 pm
salam mlmh.ana tgk banin banat tue teringat massa ana kat smai dulu….haha..memng keberkatan ilmu tue pntg.dapat A ke B ke C ke D ke E ke,keberkatan itu pentng.bagi saya sbg pelajar keberkatan ilmu itu dr guru.ibubapa iti sememangnye penting.sikap pelajar itu sendiri yg memainkan peranan.kgdkala kita lupa nak doakan guru.ada st doa ni.bg saya semua pljar wajib hafalnya.bg pljar smai,buka buku al-quran sunnah form4 ke 5.ada doa untuk guru.yg bermaksud “ya Allah,ampunilah untuk org yg mrngajarku(guruku),berkatilah tubuh badan mereka(kesihatan) dan panjangkanlah umur mereka”..bila nak jejak kaki kat smai ni.lama dok gi sana…
pak ndak berkata,
1 Disember 08 pada 4:39 am
Nabi s.a.w. bersabda; “Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.” – Sahih Muslim
ummuhanah berkata,
3 Disember 08 pada 11:21 am
syarqawi….selalulah berdoa untuk guru-guru anda, walau di mana saja mereka berada.
pak ndak….selamat berkunjung dan terima kasih atas perkongsian hadis tersebut….semoga diberkati.