MUSLIMAH YANG DIRINDUI………
Adalah perempuan yang dimata dan
wajahnya….
terpancar sinar Nur Ilahi…
Lidahnya basah dengan zikrullah…
Di sudut hati kecilnya…..
Sentiasa membesarkan Allah….
MUSLIMAH YANG DICINTAI…
Yang menutup auratnya….
Dari pandangan mata ajnabi…
Kehormatan dirinya menjadi mahal
nilainya….
Di sanjung tinggi……
Penduduk langit dan bumi….
MUSLIMAH YANG DIIMPIKAN…
Adalah yang mendekatkan…
Hatinya yang telah jauh…
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim…
Di saat orang lain dilamar kebendaan….
MUSLIMAH YANG DIKASIHI…
Yang bersyukur dengan apa yang ada…
Yang bersabar pada yang tiada….
Cinta pada hidup yang sederhana….
Yang tidak bermata benda…..
MUSLIMAH YANG DISUKAI…
Menjadi dian pada dirinya sendiri….
Menjadi pelita untuk putera-puterinya….
Yang bakal dilahirkan……
untuk menyambung perjuangannya di
belakang hari….
Hayatilah sajak yg diemailkan kepada saya ini……ia hasil nukilan bekas anak murid saya (al-Sharqawi)….agaknya inilah bicara hatinya…hati si muda yang belum berpunya. Saya tersenyum dan tersongeh-songeh juga. Hebatnya seorang muslimah yang dirindui, dicintai, diimpikan, dikasihi dan disukai dalam pujian seorang lelaki…sebagaimana saya juga pernah terjumpa satu sajak hebat tentang seorang isteri solehah, dalam pujian seorang suami…masyaAllah
Sebenarnya saya dah deklimasikan sajak sharqawi ini dalam satu program akhowat di sekolah saya…ramai juga ibu-ibu yang menghadirinya termasuklah beberapa anak dara yang juga murid-murid saya sebenarnya..saya mulakannya begini ” sajak ini dicipta oleh bekas pelajar saya. harap semua dapat menghayatinya..bagi sesiapa yang terpesona dgn sajak ini dan kebetulan pula ada anak dara secantik gambar ini ( saya tunjukkan gambar diatas ) silalah berjumpa saya…sharqawi tentu akan bahagia dan senyum sokmo…hmmm sharqawi jangan mare yer…tapi betol tak tipu ni, ada seorang akhowat minta saya fotostatkan sajak ini..ehem..ehemm..ehemmmmmm..arrrchoom !!
Mungkin sekarang ini sukar menemui muslimah hebat seperti ini, jesteru itulah rasa hati ini dinukilkan sebegini….saya juga terjumpa suara hati ini dari seorang lelaki….
Tahukah anda wahai insan bergelar wanita, betapa sukarnya pada masa ini untuk mencari seorang individu dari kalangan anda, untuk dijadikan seorang isteri yang benar-benar solehah iaitu yang baik aspek agamanya. Lalu, sang lelaki kebanyakannya menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan antara wanita yang kebanyakan atau harus terus menunggu dalam usaha pencarian wanita solehah sehingga memakan masa yang panjang. Kerana lamanya menunggu kelibat wanita solehah. Kemungkinan wanita solehah ini duduknya sememangnya sentiasa di rumah agaknya.
hmmm sedih juga ya…apa pun saya gembira…selera bekas anak murid saya ini amat bagus sebenarnya …al-sharqawi…. InsyaAllah ada le tu rezeki…..cuma ada satu ayat Allah yang hendak muallimah kongsi disini
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yangbaik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #26)



hanani-ex islah-but still in mind- berkata,
1 Jun 08 pada 10:19 pm
MasyaAllah….teharu gk mbcenyer…so bg muslimah diluar sn..ingat kita permata yg amt berharga…so jg diri kta dr kmgkrn yg dibenciNya….InsyaAllah..don’t worry….sesungguhnya Allah dh sbut lelaki beriman tk perempuan beriman..Ameen….
RinG berkata,
5 Jun 08 pada 1:17 am
salam.. nmpknya sedara al-sharqawi tak keseorangan.. ramei lg yg gitu..sabor dan berdoa ajelaah.. insya Allah
al-hambra berkata,
6 Julai 08 pada 4:12 pm
aduhh..bisanya sajaknye.insyaAllah,kalau kita baik pada muslimah,tak kemananye.dapatla tue yang terbaik.amiin..
sufi_a berkata,
17 Julai 08 pada 11:24 am
sesungguhnya allah tlh mencipta sesuatu yg baik utk hambanya yg beriman.oleh sy bharap saudara al-sharqawi mdpat seseorang yg solehah dan ikhlas krn allah swt amiin….
ummuhanah berkata,
17 Julai 08 pada 12:28 pm
al-hambra….InsyaAllah…. sentiasa berbuat kebaikan untuk mendapat ganjaran baik disisi Allah.
sufi_a…. harap sharqawi membaca komen anda…mesti dia suka.
hadrami berkata,
24 November 08 pada 1:55 am
Dalam kehidupan banyak yang mendukacitakan,terutamanya dalam perjuangan untuk mencari kebenaran.Tetapi yang penting kita menjalankan dakwah yang dituntut oleh junjungan Nabi kita Muhammad.Dalam mencari keselesaan hidup kita mesti mencari duit yang banyak.OLEH ITU JOM SERTAI http://WWW.DIJARI.COM/?REF=TOMMY.PROGRAM KAMI BAKAL MELATIH PARA PESERTA UNTUK MENJANA DUIT YANG BANYAK
wanita_mustanir berkata,
20 Disember 08 pada 11:00 am
utk lelaki2 yg mengimpikan muslimah seperti sajak di atas, bknlah mudah.. namun tak juga sukar.. ianya ada tp jarang2.. doa & tawakallah kp Allah Swt..Hany Dia tmpt utk ita m’gantung harapan..
ummuhanah berkata,
23 Disember 08 pada 3:36 pm
setuju dengan wanita mustanir …banyakkan berdoa…
ana berkata,
1 Januari 09 pada 2:29 pm
emm..benar.. mencari seorang wanita yg merindui,mengasihi,dan mencintai yang 1…amat payah..semoga kita sentiasa dalam keimanan..amiinn..
ummuhanah berkata,
3 Januari 09 pada 11:49 pm
amin …
ya ana…memang payah tapi tak mustahil…
kembara berkata,
12 Jun 09 pada 4:24 pm
salam….saya baru pertama kali menjengah blog seperti ini.sekali saya membacanya,saya dapati pelajar anda seorang yg benar mgharap muslimah seperti didlm sajak ini.setiap bait indahnya ada sesuatu yg diharapkanya.mungkin tidak sesempurna sajaknya itu,cukup seadanya sebenarnya.itulah yg saya faham..inilah kehendak nurani.berkehendak kearah sesuatu yg baik.sememangnya doalah senjata mukmin..mmg kita mesti berdoa.kerana DIA tempat kita bergantung..biarpun ia nampaknya jarang dijumpai walaupun tidak sukar,sebenarnya penilaianya hanya ada padaNYA.kerana tak salah kita mengharapkan sesuaru yg baik.bagi saya,semoga saudara al-sharqawi terus berdoa.anda pasti berjaya jika terus berharap,meminta,bergantung,dekat padaNYA…….
ummuhanah berkata,
12 Jun 09 pada 10:28 pm
ehem…
anda kenal sharqawi saya ??
dia memang murid saya yang baik selera…
saya mengetahui sedikit sebanyak ttg impiannya..
saya doakan dia berjaya…
pada saya dia dah cukup dewasa
dan sesuai berumahtangga
tapi masih ingin belajar katanya
atau mungkin belum berjumpa muslimah impiannya..
kita doakan dia berjaya
kembara berkata,
13 Jun 09 pada 11:53 am
assalamualaikum..
buat pengetahuan tuan punya blog,saya tak mengenali sharqawi anda.mungkin saya nampak alamat blog anda dari ribuan yg ada.ianya kebetulan..sebenarnya saya jarang memasuki blog2.jadi bila saya ada masa percuma yg diberikanNYA saya cuba mencari blog-blog baru yg saya tak pernah kunjungi..cuma dalam banyak2 nukilan di blog anda,nukilan ini yg ada kelainan sikit.apa yg saya dapat tahu ianya semacam dari pelajar anda.dan anda cukup mengenali pelajar anda itu.dan saya ada menemui blognya itu laman anda.cuma dah hampir sebulan blog itu tidak di update.kenapa dengan pelajar anda?berkongsi sedikit dengan pengalaman yg saya miliki,bagi saya kekuatan/kemajuan lelaki ada pada wanita..dan jika melihat pada sejarah,wanita adalah tonggak kejayaan sesebuah peradaban,tamadun,lelaki dlln.hatta menjaga pandanga itu memerlukan wanita sebagai teman sehingga Nabi saw ada mbersabda kepada sahabat yg melihat wanita yg catik yg menghairahkan,perlu terus pulang mendapatkan isterinya..melihat pada masa sekarang,keterbukaan dari segi pandangan,banyaknya wanita,dengan memperagakan fesyen dan wangian mampu menggugat lelaki-lelaki diluar sana termasuk pelajar anda dalam menghadapinya…tak salah pelajar anda mengimpikan muslimah seperti didalam puisinya…seperti yg saya katakan sebelum ini,bukan semua kesempurnaan yg dicari tetapi punca kepada kesempurnaan itu perlu dilihat.potensi,bakat,lorongan dlln….
sekian
ummuhanah berkata,
14 Jun 09 pada 10:16 pm
waahhh…macamana saya nak komen balik ya…
hmmmm…nantilah saya fikirkan satu entri yg ada kaitan dgn muslimah ya…
kembara ni seorang muslimah ke?
wulan berkata,
2 Disember 09 pada 7:48 pm
subhanallah
nur syafiqah berkata,
25 Disember 09 pada 2:33 pm
bagus gak..saye suka sajak ni…ermmmmmmmm
ummuhanah berkata,
26 Disember 09 pada 7:52 pm
nampaknya ramai juga yg meminati sajak oh muslimah ini. Berita baiknya, saya masih menyimpan satu lagi sajak Oh muslimah v2 dari syarqawi didalam kotak email saya…mmmm rasanya ini masa yg sesuai utk ‘dikeluarkannya’….InsyaAllah.
mohd faddil bin jahya berkata,
5 Januari 10 pada 7:10 pm
as”salam,sungguh trsentuh hati bila baca sajak luahaan hati bekas pelajar anda.memang sukar nk cari insan yg ikhlas pada tuhanNya>(kalau diizinkan saya nk copy sajak diatas utk tatapan teman)
ummuhanah berkata,
6 Januari 10 pada 2:28 pm
silakan copy….saya tiada halangan