MUSLIMAH YANG DIRINDUI………
Adalah perempuan yang dimata dan
wajahnya….
terpancar sinar Nur Ilahi…
Lidahnya basah dengan zikrullah…
Di sudut hati kecilnya…..
Sentiasa membesarkan Allah….
MUSLIMAH YANG DICINTAI…
Yang menutup auratnya….
Dari pandangan mata ajnabi…
Kehormatan dirinya menjadi mahal
nilainya….
Di sanjung tinggi……
Penduduk langit dan bumi….
MUSLIMAH YANG DIIMPIKAN…
Adalah yang mendekatkan…
Hatinya yang telah jauh…
Kepada AR-Rahman,AR-Rahim…
Di saat orang lain dilamar kebendaan….
MUSLIMAH YANG DIKASIHI…
Yang bersyukur dengan apa yang ada…
Yang bersabar pada yang tiada….
Cinta pada hidup yang sederhana….
Yang tidak bermata benda…..
MUSLIMAH YANG DISUKAI…
Menjadi dian pada dirinya sendiri….
Menjadi pelita untuk putera-puterinya….
Yang bakal dilahirkan……
untuk menyambung perjuangannya di
belakang hari….
Hayatilah sajak yg diemailkan kepada saya ini……ia hasil nukilan bekas anak murid saya (al-Sharqawi)….agaknya inilah bicara hatinya…hati si muda yang belum berpunya. Saya tersenyum dan tersongeh-songeh juga. Hebatnya seorang muslimah yang dirindui, dicintai, diimpikan, dikasihi dan disukai dalam pujian seorang lelaki…sebagaimana saya juga pernah terjumpa satu sajak hebat tentang seorang isteri solehah, dalam pujian seorang suami…masyaAllah
Sebenarnya saya dah deklimasikan sajak sharqawi ini dalam satu program akhowat di sekolah saya…ramai juga ibu-ibu yang menghadirinya termasuklah beberapa anak dara yang juga murid-murid saya sebenarnya..saya mulakannya begini ” sajak ini dicipta oleh bekas pelajar saya. harap semua dapat menghayatinya..bagi sesiapa yang terpesona dgn sajak ini dan kebetulan pula ada anak dara secantik gambar ini ( saya tunjukkan gambar diatas ) silalah berjumpa saya…sharqawi tentu akan bahagia dan senyum sokmo…hmmm sharqawi jangan mare yer…tapi betol tak tipu ni, ada seorang akhowat minta saya fotostatkan sajak ini..ehem..ehemm..ehemmmmmm..arrrchoom !!
Mungkin sekarang ini sukar menemui muslimah hebat seperti ini, jesteru itulah rasa hati ini dinukilkan sebegini….saya juga terjumpa suara hati ini dari seorang lelaki….
Tahukah anda wahai insan bergelar wanita, betapa sukarnya pada masa ini untuk mencari seorang individu dari kalangan anda, untuk dijadikan seorang isteri yang benar-benar solehah iaitu yang baik aspek agamanya. Lalu, sang lelaki kebanyakannya menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan antara wanita yang kebanyakan atau harus terus menunggu dalam usaha pencarian wanita solehah sehingga memakan masa yang panjang. Kerana lamanya menunggu kelibat wanita solehah. Kemungkinan wanita solehah ini duduknya sememangnya sentiasa di rumah agaknya.
hmmm sedih juga ya…apa pun saya gembira…selera bekas anak murid saya ini amat bagus sebenarnya …al-sharqawi…. InsyaAllah ada le tu rezeki…..cuma ada satu ayat Allah yang hendak muallimah kongsi disini
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ أُوْلَئِكَ مُبَرَّؤُونَ مِمَّا يَقُولُونَ لَهُم مَّغْفِرَةٌ وَرِزْقٌ كَرِيمٌ
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yangbaik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #26)


