DiBaBoNa….dan aku ini…

Petang yang meriah…tawa dan riang memenuhi perasaan kami walaupun diwajah masing-masing kelihatan lesu dan keletihan. Berada di sekolah dari jam 7.30 pagi sehingga jam 5.30 petang bukanlah suatu tempoh masa yang menyenangkan. Tapi hari ini, hanya kerana DiBaBoNa ( dikir barat, boria dan nasyid ), masa berjalan seperti tak terasa, penat dan lesu hilang dicelah deraian tawa kami melihat aksi peserta DiBaBoNa yang sungguh melucukan. Walaupun majlis yang kecil dan serba sederhana….tapi tetap meriah dan indah, berwarna dan bermakna…di hati kami semua…terutama bebudak DiBaBoNa tu. Saja lah saya bagi ‘ruang’ kat depa kurangkan ‘derita’….minggu depan exam pula..he..he

Pertandingan DiBaBoNa sepatutnya berlangsung minggu sudah, namun telah tertangguh kerana mendapat makluman gangguan bekalan elektrik. Ia adalah pertandingan tahunan anjuran Kelab Kesenian dan Kebudayaan Sekolah, kelab yang saya pegang semenjak beberapa tahun yang lalu. Bertujuan memberi peluang kepada pelajar perempuan (banat) menunjukkan bakat terendam, merealisasikan hiburan yang dibenarkan, maka DiBaBoNa kami adakan saban tahun, di bilik seminar yang tertutup, cuma dihadiri pelajar-pelajar banat dan para muallimah sahaja…no entry for lelaki…sorry !

Di tepi dinding saya bersandar, sepasang mata lesu saya leka menonton aksi anak-anak murid berDiBaBoNa. Ramai yang cuba menghiburkan…pasukan nasyid batik siam, pasukan boria ninja turtle, pasukan dikir barat kain pelikat…semuanya memang berbakat. Saya tersengeh-sengeh dan kekadang tergelak juga…amboii..asyik sangat ke saya memberi tumpuan ?? jesteru sepanjang persembahan mata saya yang letih lesu ini tetap setia mengikuti setiap aksi dan nyanyian..

he..he..ada perkara lain yang menyinggah dijiwa saya sebenarnya….perasaan saya yang sudah mula melayang-layang dan terbang dilangit kenangan silam…aahh saya berangan…sebetulnya sepanjang pertandingan saya asyik berangan saja tentang zaman muda remaja saya yg sungguh riang…mak oii ingatan saya benar-benar menerawang…mengimbau kenangan manis dizaman persekolahan. Aktiviti kebudayaan dan kesenian adalah kegemaran saya semenjak di sekolah rendah lagi. Saya bersajak, bersyair, berpantun, berdrama dan bernasyid juga . Saya terlibat dengan tarian zapin yang sebahagian dari stepnya saya masih ingat sampai sekarang. Saya juga menyertai pasukan nasyid sekolah walaupun tak terpilih sebagai penyanyi solo…kira okey la tu, daripada tak dipilih langsung. Sering juga saya terpaksa melupakan kelas harian saya kerana sessi latihan yang ketat setiap kali musim pertandingan tiba..dan yang paling sweetnya ialah saya masih hafal sajak ‘subuh’ ciptaan Usman Awang dan masih bisa mendeklimasikannya, lengkap dengan gayanya sekali ..che..che..che..aksi bersimpuh saya sambil menadah tangan tu sikit punya shahdu ke….fuiii…tapi malang sungguh kerana beberapa piala kemenangan dan hadiah sampingan berupa buku-buku dan alat tulis, telah hilang dari simpanan saya…saya pun dah looper kat mana saya letak segala kenangan lama dari sekolah rendah itu.Kalau tidak pasti saya snapkan fotonya dan sertakannya di laman ini. Apa pun cerita sajak bersajak ni berlarutan sehinggalah saya menamatkan persekolahan menengah pada tahun….err..tahun berapa ya ?..lupa..he..he..cuma kenangan bersajak di sekolah menengah ni agak sedikit masam dengan cerita didenda oleh cikgu biologi saya…alahai teramaaat le masamnya sebab tak pernah pun dapat juara..hu..hu..tak mahu cerita ler..masaaam!

Semasa di pengajian tinggi, saya ada juga berlakon dalam satu sketsa yang diarahkan oleh seorang teman baik saya…oh Siti Ruzita..engkau di mana sekarang? seingat saya watak yang dipegang ialah watak seorang lelaki yang sedang melamar teman wanitanya. Riuh juga penonton mentertawakan aksi ngeri saya yang menyarungkan cincin ke jari manis ‘teman wanita’ , apatah lagi satu ciuman nakal saya ccup! singgah di pipinya yang gebu itu…alahai tak pe lah..pompuan sama pompuan…dah berlakun kena camtu le..penuh penghayatan..betol tak? angguuuk (ada pengajaran besar dlm sketsa ni)

Tapi acara yang paling kerap saya sertai setiap kali diadakan malam kebudayaan muslimat ialah acara dikir barat….pasti teman-teman lama masih mengingati ‘tok joro’ atau tekong dikir barat yang hebat ini..cheeewwaah ! dan pasti teman-teman lama juga tak lupa pada lagu ‘Husin Boya’ yang team kami dikir baratkan malam itu….wahh best betul lah persembahan you all… especilly ‘tok joro’ dia….hmmm depa le yang kata..bukan saya kata…dan saya tak de le perasan pula…ehem! apa-apa pun kalaulah ada orang offer satu time machine kat saya untuk kembali ke zaman remaja, saya pasti pilih zaman saya mengalunkan dikir barat husin boya bersama rakan-rakan saya…yeesszzer…dan untuk petang tadi…petang yang mulanya lesu dan memenatkan, bertukar menjadi bertenaga lantaran khayalan saya pada kisah-kisah lama…dan untuk petang tadi juga…. saya lepaskan angin meroyan saya dengan serangkap dikir barat ‘anak tupai’ khusus untuk anak-anak murid saya…eleh skali-skala …biaq pi la…apa salahnya..itu memang saya, lagipun kalau kat rumah tu, memang kekadang terdengar juga le lagu dikir barat kelantan dari saya…biasalah, saya menyanyi di sinki ketika sedang basuh pinggan, menyanyi tepi kuali ketika sedang goreng ikan, tak menyanyi kat jamban kerana banyak syaitan, menyanyi tepi bakul kain ketika melipat pakaian…tepi buaian, tepi longkang, tepi ampaian….adeh deh pendek kata kalau sesekali ada kelapangan, saya akan berdikir la sorang-sorang….ehem! kasi can la weh… lagipun saya nyanyi kecil-kecil je…slow-slow jer….bukan nak nyanyi besar-besar macam Siti Nurhaliza…macam tu memang tak bleh laa…nak menyanyi tak pa…tapi batasnya kena ada la…kena jaga…..betol tak…angguuuk..

….setelah DiBaBoNa berakhir…kami tinggalkan bilik seminar dengan senyuman terukir di bibir…

ado sekor anok tupai….

atas julai mokte…

kudung ekor perut lapar…

jale caghi make…jale caghi make…

Dalam seni dan hiburan, patutnya kita boleh lihat cantiknya Islam punya susunan…memang benarlah, apa saja perlakuan kita, semuanya Islam sediakan panduan. Memang benarlah juga…fitrah manusia tidak diabaikan dalam Islam, cuma diletakkan garis panduan bertujuan menjaga kemaslahatan dan keselamatan kita juga. Fitrah manusia memang mahu merasa gembira dan suka berhibur. Maka Islam mengizinkan hiburan yang tidak melalaikan dan tiada percampuran antara lelaki dan perempuan. Pokoknya Etika-etika Islam perlu dijaga, hiburan itu pula adalah tidak berlebihan sehingga melalaikan kewajipan, dan ianya juga mempunyai pengiktibaran yang dapat menambahkan keimanan… betoi tak…angguuuk

InsyaAllah…jumpa lagi

( Rujuk ‘menyanyi dan muzik‘ oleh Yusuf Qardawi )

13 Komen

  1. nuriman berkata,

    10 Mei 08 pada 5:03 pm

    salam cikgu…bestnya blog cikgu ni terhibur membacanya…..selamat hari ibu jugak untuk cikgu……..

  2. fadzlien berkata,

    10 Mei 08 pada 9:45 pm

    assalamualaykum mlmh!
    buleh x mlmh emel kn gamba2 time dibabona tuh kt emel ana??

    fadzlien9@yahoo.com

    terima kasih mlmh! =)

  3. orang berkata,

    11 Mei 08 pada 10:20 pm

    assalamualaikum..mllmh…x dak pon gambaq f3 tawakkal…he…he…he…

  4. sri berkata,

    13 Mei 08 pada 4:48 pm

    boleh saya berkenalan dgn penulis.saya amat meminati tulisan anda.adakah anda cikgu ?

  5. ummuhanah berkata,

    14 Mei 08 pada 7:29 pm

    nuriman..thank you

    fadzlien…boleh download dari blog mlh ni

    orang…sori…masa f3 performed…bateri camera muallimah out la…bila ganti..u all dah sudah..mmm tak de rezeki..sori yek

    sri…salam kenal…boleh kenal..tak salah…ya saya seorang cikgu…

  6. neo rantissi berkata,

    16 Mei 08 pada 5:20 am

    aaa, berbakat betul banat-banat SMAI, mcm kumpulan Banat Syria plak, hehe. Rindu pada kenangan di SMAI dulu bersama kawan2, dan para mu’allim dan mu’allimah~

  7. NaUfAl arif berkata,

    16 Mei 08 pada 11:00 pm

    saya udah bace cikgu punya blog…blog ini untuk student *** [cikgu] je ke??atau untuk tontonan umum??saya cadangkan cikgu sertakan kata-kata hikmah untuk student-student cikgu…lastly “HAPPY TEACHERS DAY”…

  8. ummuhanah berkata,

    18 Mei 08 pada 1:05 am

    rantissi…memang berbakat…anta tak tengok banin dgn ‘muslim star’ nya..lagi power…he..he

    NaUfAl….nantilah cikgu fikirkan kata-kata hikmah tu ya..

  9. 1 Jun 08 pada 10:27 pm

    salam…
    mlmh x de gmbr dibabona taun lps ke..
    ltk la stu dua…
    taun lps first batch kiter buat dibabona…
    teringin nk tgk gmbr f3 taun lps buat
    bertema kan jihad…dmn ade 3 jns..
    jihad sbg sorg pljr,para sahabat,n zmn skrg..
    miss u mlmh…
    ~ukhwah itu manis jika kita btemu n bpisah krn Allah~

  10. sudi berkata,

    13 Jun 08 pada 12:28 pm

    salam muallimah…ana dah tgk blog mlh!tgh tgk la ni…asal gmbr dibabona sket je…tak pel la…janji gambo ana ada… okla mlh…undur diri dlu…,AJA AJA FIGHTING!!!salam….

  11. ummuhanah berkata,

    15 Jun 08 pada 10:38 am

    salam sudi…amboi nak banyak-banyak yer…. ada kat komputer mlh ni… cuma ada yang tak berapa sesuai jadi mlh tak letak ler kat bolg ni…..nak tengok mai rumah mlh ya..

  12. aniisa_tasnim berkata,

    1 Julai 08 pada 12:05 am

    ingat pulak masa.. form 1 kami berlakon dulu..

    muallimah jugak jd director.. hehe

    yg dirasi sudah tentu skali tidak sama
    ketika mengalami..

    rindunya!

  13. ummuhanah berkata,

    1 Julai 08 pada 7:30 pm

    aniisa…
    ye ke pernah berlakon…cerita apa ya ?…lupa..


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.