Cekodok Pisang & Kopi suam

Sewaktu Sarah (bukan nama sebenar) datang bertamu ke rumah saya pada suatu petang yang damai, saya sedang sibuk menyediakan juadah minum petang. resepi paling ummp kegemaran keluarga, iaitu cekodok pisang yang saya padankan dengan kopi o jenama Jantan. Ianya masih panas-panas lagi ketika saya hidangkan sejurus sahaja punggung Sarah singgah di kerusi kayu di ruang makan rumah saya .

Sebenarnya kedatangan Sarah adalah untuk membeli asam jawa kampung buatan mak mertua saya. Saya sebenarnya pengedar asam jawa terkemuka di sekolah saya. Sebagai Eksekutif Pemasaran untuk produk mak mertua, stok asam jawa memang agak banyak juga di rumah saya….itu yang Sarah suka, asam jawa kami high quality dan harga pun berpatutan pula. Tapi datangnya Sarah bukan sekadar untuk asam jawa sahaja…bukan juga datang untuk cekodok pisang dan kopi o saya…Sarah datang membawa cerita, cerita tangisan isteri yang berduka. Alahai..saya pun seorang isteri juga….saya memang alergik dengan cerita isteri dan airmata.

Sarah adalah jiran selang sebuah rumah dari rumah hamba. Sarah juga mek klate seperti saya. Dia dua tahun lebih muda tapi anaknya sudah lima. Dek kerana jelitanya dia, belumpun sempat ambil spm dah disambar putera lawa…fuyyooo kontraktor beb….poket dia ..fuuh!

Dah 17 tahun berhijrah ke sini…untungnya berkahwin pada usia muda. Seorang isteri muda seusianya sudah ada anak teruna remaja dan juga anak dara. Untuk itu saya rasakan saya sebenarnya jauh lebih ‘muda’…kerana anak-anak saya masih cumit-cumit semuanya..hee..he

Berbalik pada Sarah dan ceritanya, kami bersembang agak lama juga. Dari gelak-gelak ketawa cerita pasal telenovela tv3 yang ditontonnya, sehinggalah cerita jurai-jurai airmata telenovela yang dialami sendiri olehnya…..sedihnya hati saya, bermadu tiga rupanya kawan saya si manis jelita. Tak cukup rasanya tisu muka di atas meja buat menyapu airmata pilu, yang tak putus-putus membasahi pipi lawanya. Yang lebih menyedihkan hati saya….hingusnya pun meluncur sama. Dalam terhingut-hingut Sarah bercerita tentang kisah lukanya yang baru diketahui seminggu nan lalu. Pandai sungguh putera lawanya menyimpan rahsia. Dia ni pun kelantan juga…lelaki Kelantan memang terror berbini dua tiga. Itulah yang saya ni pun tumpang merasa bangga. Kata Sarah lagi, baru sekarang puteranya itu sudi membuka bicara, itupun secara tidak sengaja isteri keduanya geram dan membocorkan rahsia pada si isteri tua…semuanya gara-gara membantah hasrat putera lawa itu membuka cawangan ketiga…aiik masa dia dulu tak pe pula ya…haaa sekarang dah terbongkarlah segala-galanya.

Sarah semakin lemas dalam isak tangisnya, saya pula terkedu tak tahu nak kata apa. Lalu minda saya pun berlegar-legar dalam kotak ingatan lampau, mencari-cari kalau ada ‘koleksi bahan ilmiah’ yang boleh saya kongsi dengannya…saya ingin sangat meredakan deru airmatanya. saya tahu dia sungguh kecewa, sedih, marah dan mungkin malu juga. saya faham,memang berat benar apa yang ditanggungnya….. walaupun saya sendiri belum pernah merasa berat menanggungnya. bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi airmata setempayan…..jesteru itu saya gagahi jua untuk menasihatinya…seikhlas dari lubuk hati saya..

Penderitaan adalah kurniaan Allah untuk hambaNya yang istimewa. Bukan semua hamba Allah yang sanggup merasa derita, sebab bila derita manusia sebenarnya sedang terputus dengan nikmat dunia.. Ada manusia, tatkala derita menjelma, terus mengambil dunia untuk melupakannya…manusia mabuk, berdansa, merokok, menagih dadah, mengambil pil khayal dan sebagainya untuk merawat rasa derita…inilah manusia yang mengambil penawar dunia buat penghilang derita di jiwa. Tapi penawarnya adalah bersifat sementara, malah yang teruknya ‘penawar dunia’ ini membawa virus penyakit yang lain pula. Manusia akan lebih lupa pada Tuhan dan agamanya sebab tiada lagi cahaya yang hidup dalam jiwanya. Inilah bahana manusia yang mencari penawar bukan dari farmasi Tuhannya.

saya terus memujuk sarah, kata saya lelaki bukanlah segalanya-galanya bagi kehidupan kita. Sehebat mana pun kesetiaan yang dapat dibuktikan kepada kita, dia tetap bukanlah teman kita yang paling setia sebenarnya. Sekalipun dia seorang suami yang sentiasa disisi menemani kita walau di mana sahaja, ketika sihat maupun sakit, ketika senang mahupun susah, dia tetap takkan mampu menjadi teman kita yang paling setia. Cubalah wahai sarah kita selami satu nasihat dari Hatim Al ‘Assam : kata beliau aku lihat ramai manusia mempunyai kekasih. sebahagian mereka sanggup menemani kekasihnya sehinggalah waktu ajal menjelma. Ada pula kekasih yang setia itu akan menemaninya hingga ke liang lahad. selepas itu mereka akan pulang dan tinggalah simati ini keseorangan di dalam kuburnya. lalu aku pun berfikir, ” sebaik-baik kekasih yang akan setia menemaniku sehingga ke dalam kubur sekalipun, aku tidak pernah menemukan kekasih yang lebih setia selain dari amal solehku. lalu kemudiannya aku jadikan amal soleh sebagai kekasihku, agar ia menjadi amalanku, pelita menerangi kuburku nanti, menghiburkanku malah setianya tidak sekalipun meninggalkanku keseorangan “. Nah Sarah, kekasih yang paling setia adalah amal solehmu… maka jadikan sifat redha itu sebagai amal soleh, dia akan menjadi kekasihmu yang setia dan kamu tidak akan kecewa dengannya.

Ujian berupa kesedihan pasti mendatang tanpa perlu memberi amaran. Samada bersedia ataupun tidak, dia pasti datang menjengah sesiapa saja yang disukainya . Biar siapa pun kita, biar apa pun usia, bangsawan mahupun si hina kita pasti pernah diuji derita…kerana itulah peringatan dari Allah, bahawa kita ini adalah ‘hamba’. Sebaiknya kita banyak mengingatiNya.

Berhentilah bersedih wahai Sarah…..ko tak kesian ke cekodok ku dah sejuk dan kopi pun dan suam juga.

Untuk Sarah saya hadiahkan buku Cakar Harimau :Teknik Berkesan Merubah Suasana, tulisan Ustazah Norbahyah Mahmud….hanya itu yang saya boleh bagi padanya, yang mungkin membantu merubah suasananya…..mudah-mudahan lah ya !

Sarah akhirnya bermohon pulang setelah habis sepinggan cekodok pisang saya dibahamnya..tinggal lagi kopi yang tak dihabiskan….pahit ‘kopimu’ katanya….. sepahit ‘madu-madumu’, kata saya pula…. sarah senyum akhirnya …alamak! senyumannya nampak pahit benor… lebih pahit dari kopi suam saya sebenornya…he..hee

ummuhanah

13 komen

  1. ummu abdulrahman berkata,

    25 April 08 pada 4:58 am

    tahniah…sila kembangkan bakat terpendam anda dengan menghantar pula ke media….jangan lupa sertakan biodata diri penulis……

    Najib, Akhbar Wasilah ( bijann25@yahoo. com)

    Majalah Anis (majalahanis@ yahoo.com)

  2. Tawel berkata,

    26 April 08 pada 2:10 pm

    Assalamualaikum cikgu ummuhanah. Ni anak murid datang nak menuntut :D Penjual asam jawa juga rupanya di masa yang sama. Mesti anak-anak murid cikgu tak kurang asam sangat kan. Okeh, nanti kalau saya kurang asam, saya cari cikgu..hehe.

  3. 27 April 08 pada 11:37 am

    :) pemerhati hanya membaca jer.Tak boleh mempengaruhi apa-apa keputusan.Teruskan menulis cikgu!

  4. nuriman berkata,

    28 April 08 pada 12:25 am

    assalamualaikum..alhamdulillah cantik blog cikgu ni….selamat berblog ya….menarik kisah cekodok pisang ni…

  5. ummusaif berkata,

    28 April 08 pada 2:51 am

    lapar cekodok pisang cicah air asam jawa..mmm bestnya..

  6. fardk berkata,

    28 April 08 pada 6:33 am

    untung la kau cekodok pisang,kopi jantan dan asam jawa kerana boleh jadi cerita kat web juga.

  7. ummu abdulrahman berkata,

    28 April 08 pada 11:14 am

    tak tau nak send kat mana… nie web blog ust nuruddin..

  8. ummuhanah berkata,

    28 April 08 pada 3:35 pm

    ummu abdulrahman

    thanks untuk lamaran..nanti le saya consult dgn wali dulu ye…bukan apa ikut prosedurrr….thanx gak website tu..

    tawel…mmmm ada orang yang teringin nak kurang asam dengan saya ke? memang nak merasa le tu kena sumbat dgn asam jawa saya. Dalam kelas saya selalu kata,.. tiada akar rotan pun berguna, tiada rotan asam jawa pun boleh juga..huh! nanti le dia..

    dhuat..bestnya dengar kaset kat blog awak..buat lagu ‘asam jawa bonda’ boleh tak ..teringin pula nak promote asam dlm bentuk lagu..cuba deal dgn amy search..suara serak basahnya memang cun le ngan asam jawa saya…

    nuriman.timakasih daun keladi..lainkali mai le lagi

    ummusaif….memang unik selera awak…pembaharuan sering dikaitkan dgn penambahbaikan..saya memang kena cuba menikmati keunikan rasanya !

    fardk..selamat singgah, ada tongkang kosong tak? saya nak bawak asam jawa ke tanah indon…hi..hi..hi

  9. globalmalau berkata,

    29 April 08 pada 2:30 pm

    Tahniah Ummmuhannah…boleh bawa pembaca sana sini…kiter pun baru lepas ambik buah…asam gelugok…kat kebun dekat utan…best jugak bawa gang ambik sendiri…dapat lah 2 3 guni …cukuplah stok 2 tahun…tapi kita tak jual…kita sedekah jer…sebab buah yang kuar itu dari bumi jugak…tidak ada modal pun yang kena bayar…cuma kita perasan buah nya makin banyak bila kita sedekah pun banyak…yang best pengutip buah tu seorang ibu yang tidak mempunyai suami yang sehat…suaminya seorang tua yang udah sakit…Si isterilah yang sering kesana kesini untuk mencari seringgit dua untuk belanja harian…kabarkan wanita ini adalah pejuang kepada anak anak…saya kesian dan kekadang simpati diatas nasib yang menimpa mereka…apa yang boleh, buah gelogok yang dikutipnya adalah untuknya…itu saja ummuhannnah…salam dari kita dan tulislah cerpin sedih sikit…kot kot kiter pun terkuar air mata…

  10. bulanmasa berkata,

    30 April 08 pada 10:17 am

    Kuih kodok,
    Kuih cekodok,
    Jeput pisang,

    Seringgit 3 biji
    Seringgit 4 biji
    Seringgit 8 biji

    Lain padang lain belalang
    Lain tempat lain keadaan

    Apa yang hendak dihairankan
    Kita semua makhluk Tuhan
    Dari Nya kita datang
    Kepadanya kita pulang

    Bulanmasa

  11. ummuhanah berkata,

    1 Mei 08 pada 9:04 am

    globalmalau
    terliur pulak bila sebut asam keping..kat kampung saya cuma ada pokok asam jawa dan pokok Petai je…..sapa nak sedekah asam glugoq kat saya ni..mmm..tak leh ler kalau en global asyik nak sedih-sedih je…nanti lencun satu Jitra dgn airmata en global…susah gak tu

    bulanmasa,
    lain padang lain belalang
    lain tempat lain keadaan
    lain orang lain pulak perasaan
    cekodok pisang saya bukan untuk dijual
    jual asam jawa je ya

  12. soleh M berkata,

    8 Mei 08 pada 4:15 pm

    cekodok cikgu mesti sodap…nak gi umah le makan cekodok cikgu bleh??hihi

  13. ummusaif berkata,

    10 Mei 08 pada 2:04 pm

    Kalau nk menyelami perasaan lelaki pegila youtube search for ‘zawjati’ oleh syekh al bukhatir..sure meleleh airmata bila tengok senikatanya. lelaki,suami ni sebenarnya jenis lemah,manja, kena ada isteri dok layan sepjg masa, yang tu depa suka cari lain bila isteri sebuk dgn anak.apapun suami tu hanya pinjaman…alat untuk kita mencapai syurga..eh, macam familiar plak bunyinya..oh ya, yg cecah cekodok dgn air asam tu member sekerja saya.dia tgk saya tk log out(mklumle,rabun i.t,) dia pun tlg tambah.click ignore je ye!


Kirim Komen